6 tahun yang lepas...
Pang !
Pipi yang terasa kebas akibat ditampar hanya dibiarkan. Kepalanya pula hanya ditundukkan ke bawah. Menahan diri daripada menangis.
" Kau memang tak boleh diharap! Aku suruh kau sediakan breakfast untuk aku dan keluarga aku, takkan benda simple macam ni pun kau tak boleh buat. " Tengking Datin Sri Halimah kepada anak tirinya yang sorang itu.
" Maafkan Deena, Datin. Pagi tadi Deena terbangun lewat. Deena late night study. itu yang terbangun lewat tu. Maafkan Deena ye, Datin. " Ucap gadis yang bernama Ardeena itu dengan suara yang serak.
Selama 12 tahun dia tidak pernah dianggap keluarga. Statusnya di rumah banglo mewah itu hanya seperti orang gaji sahaja. Sedihnya, ayah kandung sendiri juga mengaggap kewujudan dirinya hanyalah sebagai orang gaji dan bukanlah seperti anak kandung.
Setelah mendengar penjelasan dan kata maaf daripada Ardeena, Datin Sri Halimah mula memandang sinis kepadanya.
"Apa? kau study? Huh, anak aku pun study jugak tapi takdelah beria macam kau. Ingat orang macam kau ni ada kelayakan ke nak nak sambung belajar? Kau dengan mak kau tu sama sahaja. Dua-dua bodoh. " Hambur Datin Sri Halimah dengan perasaan geram dan angkuh.
" Datin!! Datin boleh hina saya, caci maki semua but not my late mother. " Keras Ardeena berkata dengan pandangan yang mencerlung kepada Datin Sri Halimah. Hilang semua rasa hormat keatas wanita itu. Sememangnya dia sangat sensitif soal arwah ibunya.
" Wah kau dah pandai tinggi suara dekat aku ya. Engko ni kan memang tak serik-serik. Kau ikut aku sekarang " Datin Sri Halimah mula bertindak mengheret Ardeena.
Ardeena pula hanya terkapai-kapai tidak berdaya untuk melawan kerana tubuh badannya yang kecil berbanding dengan tubuh Datin Sri Halimah yang sedikit gempal itu.
Sebaik sahaja sampai di bilik air, Datin Sri Halimah terus merendam kepala Ardeena ke dalam baldi yang penuh diisi dengan air. Sekali lagi, Ardeena terkapai-kapai meminta Ibu tirinya untuk menghentikan tindakan tersebut.
Apabila Datin Sri Halimah berpuas hati, dia menganggkat kepala gadis tersebut. Terbatuk-batuk Ardeena seketika. Wajahnya juga merah padam mencari oksigen untuk bernafas.
" Kau nak melawan cakap aku lagi tak ? Nak tak? Eh jawablah bodoh "
" Tak datin... Tak... " Geleng Ardeena laju bersama kedua anak matanya yang mula berkaca. Tunggu masa mahu jatuh sahaja.
" Bagus and bulan ni jugak sebab kau, semua bibik dalam rumah ni dapat cuti. So, kau jangan bermimpilah nak berehat ke nak keluar. Kalau kau berani ingkar arahan aku, kau tahulah nasib kau. Dah berambus " Usai mengeluarkan beberapa arahan, wanita itu terus menolak tubuh Ardeena untuk keluar dari bilik air.
Ardeena pula sedaya upaya untuk bangun dari duduk dan mula bergerak untuk melakukan pelbagai tugasan rumah yang telah diarahkan oleh mak tirinya.
Walaupun gadis itu tahu sekuat mana pun dia bertahan, namun tidak dapat dinafikan juga perasaan rapuh yang sarat dengan perkataan rindu.
Ya rindu. Rindu kepada kehidupannya yang lalu bersama orang yang tersayang.
Mama dan Papa.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐥𝐞
Romance𝐇𝐚𝐧𝐬 𝐀𝐫𝐣𝐮𝐧𝐚 | 𝐀𝐫𝐝𝐞𝐞𝐧𝐚 𝐑𝐞𝐢𝐬𝐬 ִֶָ♡ִֶָ ࣪ 𑊢𝐘𝐨𝐮𝐫 𝐟𝐥𝐚𝐰𝐬 𝐚𝐫𝐞 𝐩𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐥𝐲 𝐟𝐢𝐧𝐞 ִֶָ♡ִֶָ ࣪ 𑊢 " who are you? " - Hans Arjuna Gadis itu... Gadis yang dia tidak pernah kenali tetapi seringkali muncul dalam mimpi ma...