🌷bab 4

127 5 0
                                    

Kokk! Kokk ooo!

Bunyi ayam yang membingitkan di kiri telinga membuatkan aku mendengus kasar dan mencapai bantal di tepi dan aku tekup dekat seluruh kepalaku.

Bising betul! Aku nak tidur pun susah!

Dua orang lelaki yang memerhati di hadapan birai katil aku hanya mampu menahan gelak. Marah lah budak kecil ni kalau tidur dia kena ganggu, hehehe!

Sekali lagi mereka membuat bunyi yang sama tapi kali ini lebih kuat dan lebih tepat di hadapan muka ku.

Kokkk! kokk! kokooo!

Sabar sudah tipis lalu aku melemparkan bantal yang digunakan untuk menutup telinga tadi dan tepat kena pada muka kedua jejaka itu. Tanpa mata terbuka tapi ikut naluri hati.

Pakk!

"Aduh..." Kata salah seorang dari jejaka itu mengadu apabila bantal yang dilemparkan tadi sangat kuat.

'Habis hidung mancung akuu!' Getus hatinya geram.

Aku mencelikkan mata perlahan lalu duduk dari baring dengan malas.

"Ishhh ayam mana pula yang sesat dalam bilik aku nii! Papa takde pun pelihara!" Ujar aku geram.

Dua jejaka tadi sudah menggelengkan kepala lalu mengambil tempat di sebelah menyebelah ku. Dapat aku rasa hembusan nafas diorang di pipiku.

"Hye pretty! Do you wanna go out with me?" Soal salah seorang jejaka itu seksi di telinga kanan aku kerana dia sedang berada di sisi kanan aku manakala jejaka yang disebelah kiri ku itu sudah mengekek ketawa.

Sekali sekala ajak gaduh budak kecik ni hehehe!

Langsung terbeliak mata ku mendengar pertanyaan begitu. Makk! Aku kat mana ni?!! Terus aku memandang kiri dan kanan ku dengan laju.

Dua jejaka itu sudah tersenyum sumbing.

"Hai adik!" Sapa si jejaka di kiri aku lalu dia memaut bahu ku dan di peluk tepi tubuh adiknya.

"Ish! Ish ish! Anak dara bangun lewat? Apa nak jadi dengan kau ni dik?" Soal si abang sebelah kanan aku pula sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Ishh! Abang Rul ngan abang Ril ni memang takde kerja lain ehh selain nak kacau Rina?" Aku mendengus geram sebelum berdiri dan mencapai tuala di birai katil dan diletakkan di bahu kanan. Muka nampak cemberut saja ditambah lagi air liur basi.

Jejaka yang dipanggil Rul itu atau nama sebenar ialah Airul Aqzim anak sulung Dato'Ikhtar dan jejaka yang dipanggil Ril pula ialah Khairil Arsya anak ke dua Dato' Ikhtar.

Yelahh! Kalau dah kena kacau tidur sedap kau memang akan macam tu lerhh! Betul kan?

"Alololololo adik kakak sorang ni...merajuk ye? Takpe meh sini kita peluk. Abaikan abang-abang kita yang sengal tu!" Kata seorang gadis mencelah lalu dia memeluk tubuh gennit ku.

"Aihh kakak... tak tenang tidur Rina sebab kena ganggu ngan dua ekor tenuk tuu..." Rungut aku tidak puas hati sejurus pelukan dilepaskan lalu gadis yang di gelar kakak itu hanya tergelak kecil saja mendengar. Alahai! Macam-macam betul!

Airul dan Khairil sudah berdiri lalu mendekati dua gadis cantik adik mereka itu.

"Eleehh baru kena kacau sikit terus nak mengadu kat kakak dia. Manja betul!" Kata Khairil sambil buat mimik muka menyampah.

Aku sudah panas hati mendengar. Sejak bila aku mengadu abang?! Ishh memang nak kena betul lah!

"Manja kalik dia..." Kata Airul pula dengan meleret.

Crushku Pengawas PSWhere stories live. Discover now