🌷bab 8

88 4 0
                                    

     Aku geleng kepala tanda tidak setuju. Cadangan papa sangatlah mengarut! Aku tidak mahu pergi kelas tuisyen. Cukuplah kelas seni pertahankan diri yang akan aku hadiri setiap hari Ahad dan Sabtu.

Malas!

"No means no ok papa? Rina taknak pergi kelas tuisyen apa semua tu. Rina malas dan malas." Kata aku selamba lalu mencapai balang kerepek ubi di tangan adikku. Sekejap...

Kerepek ni aku punya! Perisa pedas pula tu. Aku memandang tajam ke arah adik ku. Hilang sudah mood mahu bincang tentang kelas tuisyen tadi.

"Mana kau ambik ni?! Aku dah sorok jauh dah benda ni? Macam mana kau boleh jumpa lagi?" Soalku marah.

Khaizul berdiri secara mengejut. Dia pamerkan sengihan buruknya dekat aku. Mama papa kakak abang melihat saja pergaduhan kami.

"Er... Mar ambik kat laci lah. Mar jumpa kat kabinet nombor dua." Jawapnya perlahan.

Mahu saja sampai tangan aku ingin memberi ketaman di tubuhnya terus terhalang bila mama bersuara.

"Rina... tak baik. Kongsi jela dengan adik nanti mama belikan lagi." Lembut suara mama memujuk lalu aku menjeling adikku menyampah.

Kau tunggu!

Aku biarkan saja dia duduk di sebelah ku semula. Tangan ku menyua kerepek ke mulut dengan wajah masam. Merajuk!

"Alahh kak janganlah marah. Pweaseee... lepasni Mar janji tak buat dah. Mar akan minta izin kau kalau Mar nak makan kerepek kau ataupun ambik pensil kau lepasni." Pujuknya dengan mata yang dikedip-kedipkan.

Aku membulatkan mata. Airul dan Khairil tergelak melihat reaksi ku. Tapi aku biarkan saja.

"Ouhh jadinya kes yang pensil aku selalu hilang tu kau lah. Kau rupanya toyol yang selalu ambik pensil aku. Eiyyy geram betul aku!" Kataku lalu balang kerepek aku letak atas meja sebelum aku karate si adik tidak berguna.

Dasar! Patutlah aku selalu hairan setiap kali dia cuti setiap kali itu jugalah pensil 2,3,4,6 dan 8B aku hilang. Macam-macam jenis tu wooo siapa tak marah an?! 

Srappp!

Aku akhirkan dengan simbahan air ke mukanya. Khaizul pasrah menerima. Dato'Ikhtar dengan isterinya hanya geleng kepala. Abang dan kakak ku pula tergelak.

Memang itulah yang jadi kalau aku dan adik gila aku ni bermain dan bersama. Memang akan buka gelanggang gusti terus.

"Hiks... kak ni jahat. Sanggup you rosakkan rambut i yang hesmes ni? You tunggu nanti my lovebird akan datang marah you juga." Kata Khaizul sambil mengusap-usap kepalanya.

Rambutnya jangan main kalau taknak kena marah tapi kalau dengan kakak singa dia ni, iaitu aku. Hehe.

Jangan main-main lah pula. Dia pasrah je semua.

"Biarlah dia datang. Ingat aku peduli apa?! Werkk." Ejek ku.

"Dah dah. Kamu dua ni. Rina betul ke ni taknak?" Soal papa lagi lalu aku mengeluh berat.

"Taknak paa... Rina malas lagipun Rina dah ada cadangan baru dah decide ngan Afiq ni." Kataku lalu mata terus bersinar mengingatkan si jejaka gila dalam kelas aku itu.

Sebelum cuti masa hari jumaat haritu dia ada tanya kat aku kalau mahu join belajar sama ngan dia sebab dia rajin ulang kaji. Tapi kat rumah dia lah katanya.

Aku pula bagi jawapan selamat 'insyaallah aku kena tanya mama papa aku dulu' dan tidak sangka pula idea si Afiq itu akan menyelamatkan aku harini.

Papa kerut kening memandang aku. Aku tersengih kerang sebelum bercakap.

Crushku Pengawas PSWhere stories live. Discover now