Bab 9

303 18 1
                                    

Ivan Qidran : His Pleasure Addiction
"oh my abe iqie"

☆꧁༒~~~~~༒꧂☆

Mak Yam mendekati Aeris yang sedang berehat, hati tuanya risau melihat keadaan Aeris. Dia tahu ada sesuatu yang Aeris yang cuba sorokkan sejak dari mula mereka bertemu mata.

"Kaki Aeris macam mana? Sakit lagi ke?" Mak Yam menyapa.

"Sakit juga Mak Yam. Tapi sikit je ni. Nanti esok lusa baiklah. Tadi Aeris dah sapu minyak angin"

Mak Yam menatap wajah pucat Aeris. Tangan Mak Yam naik mengusap perlahan pipi Aeris.

"Mak Yam bukan nak menyibuk, tapi siapa yang buat Aeris macam ni nak? Mak Yam rasa ni bukan kali pertama Mak Yam tengok muka Aeris ada kesan macam ni. Masa mula mula Aeris datang sini pun Mak Yam perasan"

Aeris tersenyum memegang tangan Mak Yam.

"Mak Yam ni baik lah, sebab tu Aeris saayangg Mak Yam. Walaupun kita baru kenal tapi Aeris dah anggap Mak Yam macam keluarga Aeris sendiri"

"Mak Yam pun sayang Aeris. Aeris dah macam anak Mak Yam sendiri. Aeris kena dera ya? Aeris kena pukul? Mak Yam tahu kesan macam ni kesan kena pukul" soal Mak Yam seperti menahan sebak.

Aeris diam, masih berat mulutnya untuk memberitahu hal sebenar kepada Mak Yam.

"Mak Yam bukan nak masuk campur pasal Aeris, Mak Yam cuma tak nak tengok Aeris macam ni. Arwah anak Mak Yam pernah kena dera dengan bekas suami dia sampai satu badan lebam. Silap Mak Yam sebab terlalu percayakan menantu daripada anak sendiri, rupanya menantu Mak Yam syaitan bertopengkan manusia" air mata Mak Yam mulai mengalir perlahan.

Aeris menjadi serba salah. Patutla suara Mak Yam sedari tadi seperti menahan sebak. Dia jatuh kesian dengan nasib yang menimpa arwah anak Mak Yam.

"Inalillahiwainailahirajiun. Mak Yam...janganlah menangis. Aeris bukan tak nak buka cerita sebenar tapi Aeris segan"

"Jadi betullah Aeris kena pukul?"

Aeris mengganguk perlahan.

"Ayah tiri Aeris yang buat semua ni. Dia berang sebab Aeris menjawab dan tak bagi dia duit. Yang haritu pun dia jugak yang tampar Aeris. Aeris hampir kena culik, tapi Allah hantar Encik Qid untuk selamatkan Aeris. Itu sebabnya kenapa Aeris kat sini"

"Habistu kenapa tak buat repot polis?"

"Tak semudah tu Mak Yam, lagipun sekarang mak Aeris ada dekat hospital. Aeris risau kalau libatkan pihak polis, nyawa mak jadi galang ganti. Walaupun Aeris minta pihak hospital ketatkan kawalan, tapi Pak Cik Wadi tu licik dia akan cari bermacam cara untuk buat Aeris tunduk pada dia. Aeris pernah gertak untuk repot polis tapi dia tahu Aeris takkan berani buat, sebab mak kelemahan Aeris"

Mak Yam menatap Aeris sayu. Tak sangka nasib Aeris hampir sama dengan arwah anaknya, batang tubuh Aeris ditarik erat dalam pelukannya.

꧁༒<><><><><>༒꧂

"Kau nak pergi mana?" Soalan Ivan mengejutkan Aeris yang baru keluar bilik.

"Oopocot!" Aeris memegang dada kerana terkejut.

"Ya Allah terkejut saya. Eh awal Encik Qid kat sini? Encik Qid tidur sini ke semalam?"

"Jawab soalan aku!"

"Errr saya nak pergi jaga Aunty Ida. Alang alang Encik Qid ada kat sini, saya nak tumpang boleh?"

"Kau ni kenapa Alaia? Buat buat bengap ke? Aku dah bagi cuti kan?!"

Ivan Qidran : His pleasure addictionWhere stories live. Discover now