j

93K 2.6K 55
                                    

Arif menelefon mamanya menceritakan peristiwa yang berlaku. Sejak dari tadi Safa mendiamkan diri. "Safiyyah." Dia mencuit bahu isterinya. Cepat-cepat Safa mengesat air mata. "Maaf. Awak nak minum ke apa, saya pergi buat ya." Arif menarik lengan Safa. "Ouch!!" Jeritnya. "Sorry!" Arif memegang lembut lengan Safa. Terdapat kesan lebam pada kulit putih melepak isterinya. "Abah buat tadi, eh?" Safa mengangguk. "Jap."
Arif menyapu ubat perlahan pada kesan lebam itu. "Ada apa-apa yang perlu saya tahu?" Soal Arif lembut. Safa hanya menggelengkan kepala. "There must be something.. Okay! Kita main game! Awak cerita about you, I'll tell you about mine. Deal?" Safa tertawa kecil.
"Okay. So, nama Safa Safiyyah binti Syukri. Saya dilahirkan pada 09 September 1990. Saya anak bongsu dari dua beradik. Ummm, bersekolah di Tadika Ceria. Primary school saya dekat Qatar, ikut abah. Secondary pun sama. Lepas tu saya sambung belajar dekat London, dan saya ada suami. Suami saya....busuk." Arif mencubit hidung mancung Safa. "Nakal eh.." Dia tertawa kecil.
"My turn! Ihtisyam Arif Aqil bin Irham Auf. Saya lahir 18 August 1988. Saya anak tunggal. Saya belajar di Tadika Cempaka. Primary, secondary pun dekat Cempaka. Lepas tu saya buat A-levels. Now, take over papa punya syarikat. Saya dah kahwin, isteri saya ni, manja dan kuat menangis. Hingus dia meleleh je." Safa mencubit paha Arif. "Melampau!"
Arif memandang wajah isterinya. "Tak nampak macam Melayu." Ujarnya.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now