å+

94K 2.3K 95
                                    

(Dah kehabisan huruf))

Raisha menghempas pintu biliknya. Geram! Benci!

Perutnya ditumbuk-tumbuk. "Lepas satu, satu lagi. Budak ni menyusahkan aku!" Geramnya yang teramat kepada bayi yang tidak berdosa itu.
Perutnya mulai menunjukkan bentuk.

Dia teringat kata-kata Imran..

"Arif!"

Telefonnya dicapai dan dia terus menulis sesuatu.

---------

Puan Sri A'idah mencapai telefonnya yang berdering sebentar tadi.

Satu Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.

Tanpa melengahkan masa, A'idah membuka mesej dan membacanya.

"Astargfirullahal'azim... Abang! Abang!!" Dia memanggil Tan Sri Irham.
"Ada apa ni, A'idah? Kenapa?" Soal Irham.
"Abang tengok ni!" A'idah menyerahkan telefonnya kepada Irham

Irham terus membacanya.

Salam, Puan Sri.
Ini saya, Raisha Evonne. Mungkin aunty sudah lupa, saya ini kekasih kepada anak aunty, Ihtisyam Arif Aqil. Untuk pengetahuan aunty, saya sudah bercinta dengan Arif lebih dari 2 tahun.
Walaupun selepas 'berkahwin', kami masih meneruskan hubungan kami, dengan pengetahuan isterinya, Safa.
Sejak dari mula bercinta sehinggalah sekarang, saya dan Arif bebas melakukan apa-apa tanpa batas and just so you know, sekarang saya tengah mengandungkan anak Arif untuk kesekian kalinya.
Selalunya, saya akan buang, tapi kalau saya buang untuk kali ini, saya tidak akan dapat mengandung lagi.
Jadi, saya nak Arif bertanggungjawab atas perbuatannya.
Nak atau tak nak, Arif mesti bertanggungjawab sebelum saya menyebarkan perkara ini kepada seluruh Malaysia dan reputasi keluarga Puan Sri akan tercalar atas perbuatan Arif.
Ini, saya bagi gambar, sebagai bahan bukti dan rujukan.

Tan Sri Irham melihat gambar yang diberi Raisha.

Gambar-gambar Arif bersama Raisha yang sangat memalukan.
Dan ada gambar penguji kehamilan serta pengesahan doktor.

"Kamu telefon Arif, A'idah!"

--------------

"Assalam..." Satu tamparan dihadiahkan pada pipinya.
Arif memandang wajah mamanya, tidak percaya.
"Mama.."
Puan Sri A'idah memberi telefonnya kepada Arif.

Terbuntang mata Arif membaca mesej dari Raisha.

"Ya Allah.. Astargfirullahal'azim.. MashaAllah... Ini fitnah, mama, papa! Demi Allah! Ini fitnah. Sejahat-jahat Arif, Arif tak pernah sentuh perempuan lain. Arif hanya pernah menyentuh seorang wanita. Wanita yang bergelar isteri kepada Ihtisyam Arif Aqil, Safa Safiyyah. Tolonglah, percaya.."

Arif menolak rambutnya ke belakang.
Dia beristighfar di dalam hati.

"Fitnah atau tidak, kamu perlu berkahwin dengan Raisha!" Tegas Tan Sri Irham.
Arif memandang wajah papanya, sungguh tidak percaya.
"A...Arif.. Arif tak nak!"
"Kenapa tidak?!" Soal Puan Sri A'idah pula.
"Because, she's not the one!" Arif memandang wajah mamanya dengan mata yang berkaca.

Raisha Evonne isn't the one. I feel like, there's something inside me, that's missing, since... Since... Safa Safiyyah left...

"Whether she is the one or the last or whatever it is... Kamu kena kahwin dengan Raisha! That's it! Muktamad!" Kata A'idah, terus bangkit dari duduknya.

Tumpah lagi air mata lelakinya. Arif terus keluar dari kediaman orang tuanya.

--------------

Arif memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah.
Rumah keluarga mertuanya.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now