m

92.2K 2.4K 36
                                    

Syukri duduk di ruang tamu rumah. Sudah 5 bulan sejak tempoh anaknya di ijab kabulkan dengan Arif. Safa Safiyyah.. Terasa hiba hati tuanya. "Abang, teringat kat Safa?" Soal Sakinah, membawa kopi. "Macam mana lah dia sekarang.." Keluh Syukri. Jujur dia amat merindui SAFA SAFIYYAH. "Kita lawat dia bang?" Suha yang masuk terus menghalang. "Jangan abah! Biar dia merasa macam mana sakitnya rasa kita." "Suha tak rindu adik?" Soal Sakinah. "T..tak!" Suha terus meninggalkan kedua orang tuanya. 'Suha rindu... Sangat dekat Safa!'

----

@iarifairham
Safa melihat akaun Instagram suaminya itu. Banyak betul gambar dirinya bersama kekasih hatinya, @raishaevonnesmith . Gambar baru yang di upload Arif menarik perhatiannya. Tangan Arif menggenggam erat tangan Raisha.
➖ your hand fits mine perfectly ❤️

Bohong kalau dia tidak terasa, bohong kalau dia tak sakit. Isteri mana yang suka suaminya menduakan dirinya. Air matanya jatuh untuk kesekian kalinya.
"Ya Allah... Apa yang patut aku lakukan?" Dia mengesat air matanya. 5 bulan yang terlalu perit untuk ditelan. Mindanya terimbau kembali mengenai 'jamuan' Flora.
~~

"Fa, pergi lah eh dekat majlis jamuan nanti?" Fatin masih tidak jemu memujuk.
"Fatin, aku tak nak. Bukannya ada apa pun. Lagipun, Flora mesti faham yang aku bukannya social butterfly macam korang." Safa mengemas baju pakaiannya.
"Safa Safiyyah! For Flora's sake please.. Kau dah grad. Kau pun ada kerja kat sini, ada duit belanja. Apa yang kau takutkan?"
"Give me 5 reasons why I must go."
"First , ini untuk semua budak akaun. Second, kau dah nak balik ke pangkuan keluarga kau. Third, kau perlu pergi sebab majlis ini special untuk kau. Empat, kau patut pergi sebab yang dia orang nak celebrate paling utama tu kau. Lastly, sebab this is majlis perpisahan, kau kesiankan kita orang tak?"
Safa memandang wajah rakannya dengan kasihan. "Okay. Aku ikut." Fatin melompat kegirangan! Dia memeluk erat tubuh Safa.

"Hotel, Fatin?" Hairan. "Yes, dia orang sewa satu bilik tau untuk kita perempuan." Kata Fatin. Safa hanya mengangguk.
"Mana eh?" Fatin memeriksa setiap pintu yang tidak bertutup rapat. Safa memerhati tingkah laku rakannya itu. "Yang ni kot.." Fatin seperti bercakap sendirian. "Safa, kau masuk je dulu." Kata Fatin lantas menolak Safa ke dalam sebuah bilik yang agak gelap.

Safa duduk di sofa panjang bilik itu. Macam ada rasa seseorang yang berbaring di belakang sofa itu. Namun, dia tidak menghiraukan.

Safa memalingkan wajahnya, "ahhh!" Terkejut melihat lelaki yang hanya menggunakan boxer itu. Lelaki itu terkejut lantas bangun, namun dia terjatuh dan menimpa Safa.

Pintu terkuak, "Astargfirullahalazim."

--

Safa tersedar dari lamunan panjang itu. Kerana peristiwa itu lah, dirinya berkahwin dengan Arif. Dia terus menggelengkan kepala, mencuba untuk mengusir hasutan syaitan.

Suratan Takdir UntukkuWhere stories live. Discover now