"Mechabot.. Maaf kau.."
"Uhuk uhuk! terpaksa lihat aku dalam.. keadaan ni.."
Mechabot tidak menjawab. Matanya memandang pasu bunga disebelah. Enggan memandang wajah Amato yang berkeredut dan pucat.
"Mechabot.. kau tahu aku dah takkan uhuk uhuk uhuk!" Amato menggosok dadanya.
"Tak payah nak tergopoh gopoh. Cakap aje slow slow. Tak lari kemana pun aku ni" kata Mechabot. Masih enggan melihat Amato.
Amato hanya tersenyum pahit.
"Bila tiba masanya nanti.. kau bebas lakukan.. apa saja yang kau nak.."
"Kau bebas.. nak cari tuan baharu.."
"Kau bebas ke mana pun yang kau nak.."
Amato menutup matanya. Teringat memori bersama robot hambanya. Air mata ditahan dari mengalir di pipi tua berkedut miliknya.
"Mechabot, aku tahu kau ni.. uhuk uhuk.. bukannya jahat. Kau robot uhuk uhuk!"
"Kau baik. Walau kadang kadang kau buat kerja tak ikhlas" Amato ketawa. Mengingat balik perangai robot pemusnah yang kerjanya mintak upah karipap.
Mechabot hanya menjeling Amato. Amato tersenyum lagi.
"Mechabot,kau tahu kan?" Mechabot hanya berdiam diri.
"Kami manusia. Jangka hayat kami pendek"
"Aku tahu..." Mechabot bersuara kembali.
"Aku tahu sejak... Umi meninggal.." kata Mechabot perlahan.
"Sejak aku.. di diagnosis kan lagi kau tahu.. kan.." Amato memandang Mechabot yang enggan melihatnya.
Mechabot diam. Amato betul.
Dia tahu, sejak Amato di diagnosis menghidap barah otak, dia perlu bersedia.
Bersedia untuk kehilangan mereka yang dia kasihi.. lagi..
"Kau kena terima Mechabot.."
"Aku.. dah tak lama.."
"Aku dah.. 73.. tahun Mechabot.."
"Kalau aku.. tak ada barah.. sekali pun.. aku tetap akan.. pergi.."
"Aku harap.. erkk!" Amato menyentuh dadanya. Nafasnya seakan akan tersekat.
Mechabot yang perasan akan hal tersebut memandang Amato cemas.
".. Haha.. kau.. akhir.. nya tengok.. pun aku.." Amato mencekam dadanya.
Rasa bagai di tikam, di tahan. Walau di detik akhirnya, tak ingin dia kelihatan lemah di hadapan robot pemusnah berhati taman di hadapannya itu.
"Woi Amato, k-kau OK tak ni? Aku pergi panggil Boboiboy!"
Mechabot ingin pergi sebelum Amato menahannya.
".. Mecha.. bot.."
"...Hidup..lah..dengan gem.. bira.." Mechabot memandang Amato dengan takut.
"Amato, kau jangan macam macam! Kau jangan nak buat drama kat sini!" tangan kurus dan berkedut Amato yang menahannya, Mechabot genggam.
Mesin ECG di sebelah Amato di kelih Mechabot. Ritma di mesin ECG semakin rendah menandakan detakan jantung Amato juga makin lemah.
".. Mecha.. bot.. "
" AMATO, JANGAN KAU BERANI MATI DEPAN AKU! KAU MATI, AKU BUNUH KAU!" jerit Mechabot. Raut wajahnya kelihatan bimbang dan cemas.
"BOBOIBOY! BOBOIBOY!!" jerit Mechabot sambil memandang pintu wad Amato. Berharap anak kepada tuannya datang dengan segera.
Amato tergelak kecil.
"KAU MASIH BOLEH GELAK DALAM KEADAAN MACAM NI?!" teriak Mechabot marah.
"Mecha.. bot.."
"Teri..ma kasih..sebab..selalu ada.. dengan a.. ku.."
Amato tersenyum lebar. Air mata mengalir juga akhirnya.
"Terima kasih.. Mechabot..!"
beep------
Mata Amato tertutup sepenuhnya. Mechabot melepaskan tangan Amato yang digenggamnya.
Jatuh,menandakan di hadapannya kini cuma lah jasad tanpa roh sahabatnya.
"Tak... tak.."
"Amato.." Mechabot jatuh bagaikan graviti bumi menarik dia.
"Doktor!!" suara Boboiboy di dengari namun Mechabot abaikan sahaja.
Walau hanya robot, dirinya dibina bersama perasaan bagaikan makhluk hidup.
Akal dan hatinya bercelaru. Matanya masih terbuka luas.
Dia bersedia. Dia yakin dia telah bersedia. Jadi, kenapa dia tak dapat menerima apa yang baharu saja terjadi?
'Amato.. kau.. tak guna..'
Dapat Mechabot rasa dirinya diangkat dan Mechabot tahu bahawa yang mengangkatnya adalah Boboiboy.
'Perasaan tak guna. Aku harap kau tak pernah diprogramkan..'
Dan di saat begini juga, memori dia bersama Amato, dari saat mereka berjumpa di kapal angkasa yang terhempas hinggalah saat Amato tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai hero lagi, bermain di cip ingatannya.
Kalau dia manusia, pasti wajahnya basah dengan air mata..

YOU ARE READING
☘︎𝔽𝕠𝕣𝕖𝕧𝕖𝕣 𝕋𝕠𝕘𝕖𝕥𝕙𝕖𝕣☘︎
FanfictionJangka hayat power sphera lebih panjang dari manusia bukan? Maka, waktu itu pasti tiba bukan? Waktu mereka, tuan dan robot berpisah. Bukan kerana gagal mengalahkan musuh namun kerana lumrah kehidupan manusia. Kehilangan insan yang paling dikasihi. I...