#3 (Boboiboy)

171 9 0
                                    

Boboiboy memandang ke luar tingkap. Tangannya mengenggam selimut hospital.

"Boboiboy,kau OK?" tanya Ochobot yang berada di sebelahnya.

Boboiboy memandang Ochobot yang risau dengan senyuman kecil

"Aku OK je. Cuma nervous" Boboiboy membelai Ochobot.

"Aku yakin semuanya akan OK!" kata Ochobot bersemangat

"Tahu tapi pembedahan kanser agak berisiko"

"Apalah sangat pembedahan ni dengan semua ancaman alien yang kau lawan selama ni" kata Ochobot untuk memberi semangat.

Boboiboy hanya tergelak kecil. Ochobot di angkat dan di peluk.

"Kau ingat tak first time kita jumpa?" tanya Boboiboy.

"Waktu kau ingat aku bola kemudian tendang aku keluar tingkap bila aku cakap dengan kau? Ingat lah" sekali lagi Boboiboy ketawa.

"Lepastu kau bagi kuasa. Aku beritahu kawan kawan aku,sorang pun tak percaya!"

"Hahaha! Bila Adudu datang nak ambik aku balik,diorang ingat Adudu pelakon iklan" Ochobot menyambung kisah Boboiboy.

"Jadi aku pun bagi kuasa dekat diorang bila kau tak boleh lawan Adudu sendirian"

"Kemudian Tok Aba pengsan! Hahaha!" mereka berdua ketawa.

"Ingat masa kau pertama kali hilang ingatan? Dua dua kena pulas telinga dengan Tok Aba! Hahaha!"

"Pertama kali korang jumpa Fang? Hahaha! Kesian Fang dulu,selalu kena fitnah" Ochobot ketawa.

"Kau dengan dia punya rivalry dulu memang tak relaks! Gopal ada cerita pasal dia hiaskan meja kau warna pink" Boboiboy menutup muka dia menggunakan sebelah tangan.

"Aiih Gopal. Buat malu je"

"Oh oh! Ingat tak masa kau lawan bola dengan Adudu dan Fang?" tanya Ochobot.

"Hahahaha! Patah riuk tulang Tok Aba! Fang pulak ego besar taknak mengaku tak pandai main bola sepak" gelak Boboiboy.

"Aku ingat lagi dulu Ejojo bagi nama robot tempur dia,Petai. Hahahaha!" kedua duanya ketawa mengingati kenangan lama.

Ochobot masih bercakap tentang memori memori lama manakala Boboiboy hanya diam dan mendengar. Dia tersenyum sayu.

Melihat Ochobot ketawa gembira membawa perasaan hiba dan sayu. Dia takut jika dia terpaksa meninggalkan Ochobot sama seperti ayahnya meninggalkan Mechabot.

"Ochobot,tolong ambilkan aku kertas,pen dan pelapik,boleh tak?" minta Boboiboy.

"Boleh! Kejap eh" Ochobot bangun dan terbang ke sebuah meja di dalam wad Boboiboy.

Laci dibuka dan sekeping kertas dan sebatang pen dibawa keluar. Sebuah majalah juga dicapai sebagai pelapik.

Barang barang tersebut dihulurkan pada Boboiboy.

"Terima kasih" Boboiboy mula menulis di atas kertas dengan berhati hati. Kadang kadang dia berhenti untuk memikirkan ayat.

Ochobot cuba mengintai namun Boboiboy menyembunyikan kertas tersebut.

"Aip. Kau tak boleh baca lagi. Nanti tak surprise" Ochobot memandang heran.

"Eh,kau tulis untuk aku ke?"

"Hehe,ha'ah. Sebab tu kau tak boleh tengok" Boboiboy tersengih nakal.

"Alah,setakat untuk aku,beritahu je lah sekarang" Ochobot cuba mengintai sekali lagi.

"Tak boleh~ Ni rahsia penting. Kau boleh baca bila aku dah selesai bedah" Ochobot hanya mengeluh. Malas untuk bergaduh.

Dia hanya duduk di sebelah Boboiboy sambil memejamkan matanya.

☘︎𝔽𝕠𝕣𝕖𝕧𝕖𝕣 𝕋𝕠𝕘𝕖𝕥𝕙𝕖𝕣☘︎Where stories live. Discover now