"Huh huh" kelihatan dua lelaki dan dua perempuan bersama sebuah robot bulat berwarna kuning sedang berlari dari sesuatu.
"Fang aku akan teleport korang ke tempat yang lebih selamat!" kata Ochobot. Seperti yang dikatakan,Ochobot membuka portal ke suatu tempat.
Setelah mereka masuk,portal tertutup. Masing masing mengambil nafas,meredakan lelah.
"Haiyaa~ Raksasa tu memang tak tahu menyerah kalah" kata Ying sebelum meneguk air yang dibawanya.
"Apa yang penting,kita dapat lari dari dia" tambah Yaya.
"Betul kata Yaya. Buat masa sekarang mari berehat dan fikirkan rancangan seterusnya" kata Fang.
"Haiihh~ Kalaulah Boboiboy ada,mesti raksasa tu dah kalah!" keluh Gopal. Keadaan menjadi hening. Gopal yang sedar tentang kesilapan dia menampar mulutnya.
Setelah berita tentang kematian superhero nombor 1 bumi,Boboiboy tersebar,ancaman serangan makin meningkat.
Dengan faktor usia yang makin meningkat,kawan kawan Boboiboy agak mengalami kesusahan.
Sudah setahun setengah berlalu namun,rasa kehilangan masih berbekas dalam hati mereka. Terutama insan yang paling rapat dengannya,Ochobot.
"Korang... A-Aku mintak maaf. A-Aku tersasul.." sahabatnya yang lain hanya tersenyum kecil.
"Tak ada apa apa,Gopal. Kitorang faham" kata Yaya.
"Sudah la tu. Jom bincangkan strategi kita" sambung Ying. Mereka berkumpul dan mula berbincang strategi seterusnya.
Namun,fikiran Ochobot melayang ke memori lama. Dari liar,dia kelihatan biasa namun rindu pada sahabatnya begitu besar.
Tak pernah dia luahkan perasaan sebenarnya pada rakan dia yang lain. Dia tak nak mereka bimbang tentang dia.
Malam menjelang di planet asing yang mereka singgahi. Ochobot membuka matanya. Semua rakan rakan dia telah lena dengan nyenyak.
Ochobot keluar dari pot pengecasan dia. Dia terbang hingga ke gerbang gua.
Langit malam di sini sama seperti di bumi namun bintang di sini lebih terang dan besar.
"Boboiboy... Aku rindu kau.." sayu suara Ochobot. Sentiasa dia bayangkan kalau dirinya adalah manusia,pasti sekarang air mata mula mengalir.
"Boboiboy,macam mana keadaan kau kat sana? Kau dah berjumpa ayah dan mak kau ke? Tok aba sekali?" hening suasana malam,hanya suara Ochobot yang bercakap dengan langit malam.
"Sejak kau takde,ancaman makin menjadi jadi. Ramai yang datang nak buru aku.. Ramai yang nak kan kuasa aku.."
"...Boboiboy... Aku takut.."
"Aku..Aku tak rasa selamat.."
"Aku nak bersama dengan kau.." Ochobot menutup matanya.
"Aku boleh tolong tunaikan hajat kau" terkejut,Ochobot segera memandang ke atas.
Salah satu pemburunya berada di sana. Tersenyum bangga bagaikan pasti kali ini dia pasti berjaya.
"K-Kau..! Yaya! Ying! Fang! Gopal!" takut,Ochobot masuk semula ke dalam gua hanya untuk melihat rakan rakannya sedang bergelut dengan anak buah pemburu tersebut.
"O-Ochobot!" Fang memandang Ochobot cemas. Ochobot berundur sedikit namun dirinya berlanggar dengan pemburunya.
Pemburu tersebut mencengkam dia lalu dijulang.
"Akhirnya! Power sfera Ochobot berada di tangan aku! Hahahahahaha!" Ochobot meronta.
"L-Lepask-kan aku!"

ANDA SEDANG MEMBACA
☘︎𝔽𝕠𝕣𝕖𝕧𝕖𝕣 𝕋𝕠𝕘𝕖𝕥𝕙𝕖𝕣☘︎
FanfictionJangka hayat power sphera lebih panjang dari manusia bukan? Maka, waktu itu pasti tiba bukan? Waktu mereka, tuan dan robot berpisah. Bukan kerana gagal mengalahkan musuh namun kerana lumrah kehidupan manusia. Kehilangan insan yang paling dikasihi. I...