42: Waiting for 'u' to complete 'us'
Tak mau kehilangan... tapi lelah berjuang
Bukankah rumah tempatku bersandar?
Sendiri ku tak bisa
Bersama kutersiksa
Ini kenyataannya kita tak baik saja
Sakit, tak sanggup
Sadarkah kita terlalu hancur?
Hilang habis tak bersisa
Tapi tak mampu kumenyerah
Tertawan hati
Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mataku melalui lekuk hidung. Lagu bertajuk Tertawan Hati daripada penyanyi Indonesia, Awdella begitu meruntun jiwaku yang sedang pilu.
Kali ini aku benar-benar lelah dengan manusia.
Selalu begini nasibku. Bila aku sudah mula selesa dan merasakan seseorang itu mampu membawa cahaya ke dalam hidupku, pasti pengakhirannya menyakitkan.
Aku tak mahu lagi percaya sesiapa mampu bahagiakan aku. Tapi Mein... dalam masa yang singkat saja aku meletakkan kepercayaan terhadapnya.
Aku percaya yang Mein berbeza. Aku percaya yang Mein akan berada di sisiku sentiasa. Aku percaya yang Mein mampu menggantikan duka dengan tawa.
Ternyata aku silap.
Mein pun sama saja seperti orang lain— datang membawa bahagia, pergi tinggalkan luka.
Apa salah aku sampai begini sekali orang perlakukan?
Ah, mungkin saja salah aku terlalu berharap pada manusia sedangkan aku masih punya Dia, yang Maha Esa. Aku terlalu dambakan cinta manusia yang pada akhirnya akan mati berbanding cinta Dia yang hakiki.
Mungkin, ini teguran daripada Dia, untuk aku yang terleka.
Aku berhentikan lagu yang sedang terpasang. Fon telinga dibuka. Aku bangun daripada perbaringan.
Air mata yang hampir kering disapu sebelum aku turun dari katil, ingin menyahut panggilan Tuhan.
Setelah berwuduk, aku menunaikan solat isyak. Usai melaksanakan kewajipan itu, aku duduk termenung sekejap di atas sejadah.
Aku nak buat apa lepas ni? Mein dah menghilang. Perancangan perkahwinan pun tak dapat dijalankan.
Ini ke orang panggil ujian bertunang? Ujian bertunang aku ni sampai tunang pun lesap sekali.
Aku mengeluh. Dah dua minggu berlalu sejak aku tahu Mein menghilang.
Aku tak tahu apa yang Mein hadapi sekarang ini. Ibunya tak mahu beritahu aku. Aku hanya diberitahu untuk menunggu sahaja.
Berapa lama lagi aku perlu tunggu Mein? Ada jaminan ke dia akan kembali?
Laptop di atas katil aku lihat. Terpapar beberapa draft sebuah cerita yang ditulis olehku di Wattpad, di mana kisah itu tentang aku, dengan Mein.
Semenjak Mein menghilang, aku menulis tentang kisah aku dengan dia dari awal perkenalan kami yang bermula dengan satu assignment, sampailah ke titik ini, di mana aku kini bersendiri.
Tergantung di situ. Kisah itu tidak dapat disambung olehku kerana Mein masih belum muncul. Oleh itu, aku meninggalkan muka surat kosong, kalau-kalau Mein kembali. Sebaik sahaja dia muncul nanti, bab-bab seterusnya akan ditulis sama seperti yang aku dengan dia lalui selepas itu.
YOU ARE READING
The Broken Healer
RomanceTiya si introvert. Mein si antisosial. Dua orang yang 'sakit' menjadi penyembuh antara satu sama lain. *** Cerita ini saya tulis suka-suka untuk ambil mood menulis pada awalnya. Jadi, saya tak titik beratkan penulisan yang sempurna sebab fokus saya...