BAB 29

646 60 3
                                    

"Ika?" Aku menolak pintu bilik Ika. Kelihatan Ika sedang duduk menghadap balkoni yang terbuka luas.

"Ika, kau tak siap lagi ke? Cepatlah. Along dah membebel dah tu." ujar aku sambil membetulkan selendang aku.

"Kau pergi lah.. aku tak pergi..." ujar Ika dengan suara yang serak.

Aku syak Ika menangis sebab suara dia serak. Lantas aku berjalan menghampiri Ika.

"Ika, kau okey ke?" Aku memandang wajahnya dan aku terkejut melihat wajah dan matanya yang kemerah-merahan.

"Ika, kau menangis??"

Aku duduk di sebelah Ika. Kedua bahunya aku pegang. Ika tersenyum sedikit sambil mengusap air matanya.

"Aku okeylah. Mana ada."

"Tipu. Kau menangis!" Aku memandangnya dengan tajam.

"Aku okey..." dia mengusap hidung seraya itu mimik wajahnya bertukar sayu dan dia menangis teresak-esak.

Aku mula gelabah, dan aku terus memeluknya menenangkan hatinya.

"Ika.." aku mengosok belakang badannya apabila terdengar tangisannya.

"Sampai hati dia, May. Dia dah nak kahwin. Dia dah tak cintakan aku.." ujar Ika dengan tangisan yang pilu.

Aku mengusap tubuhnya dengan perlahan.

"Relakan jelah Ika.. dia bukan jodoh kau.."

"Aku tak boleh, May. Aku sayang gila dekat dia. Kau tahu kan?" ujarnya sambil menolak tubuh aku perlahan.

Aku memandangnya dengan simpati.

Tiba-tiba pintu bilik ditolak. Terlihat wajah Aydan Qays yang bengis.

"Ni kenapa ni? Ika? Kau tak siap lagi??" bebel Aydan Qays.

Melvin di dalam dukungan Aydan Qays terkebil-kebil memandang wajah garang daddy nya.

"Aku tak nak pergi."

"Kau jangan nak mengada eh!" Disebabkan suaranya keras, Melvin tiba-tiba menangis. Tercebik-cebik wajahnya memandang Aydan Qays.

"Abang!"

"Eh, chagiya ku. Daddy tak marah awak sayang. Alolo nangis pula anak daddy ni." pujuk Aydan Qays.

Melvin berhenti menangis. Tetapi wajahnya mencebik.

"Sayang, paksa dia juga. Abang tak kira! Kau jangan mengada ye Ika." Pesan Aydan Qays seraya berlalu daripada situ.

"Ika.."

"Kenapa aku perlu pergi? Nak sakitkan hati aku ke haa??"

Mata aku terkebil-kebil melihat kemarahan Ika.

"Erk, diorang nak suruh kau hancurkan weeding Sir Maliq kot?" Jawab aku sambil tersengih-sengih.

"Tak lawak Maysa!"

********

"Cincahh??" aku terjerit kecil apabila mendengar cerita daripada Aydan Qays. Si dia mengerutkan dahinya.

"Cincah apa you ni?" tanyanya dengan riak pelik. aku menjeling sedikit.

"You??" aku berpeluk tubuh. Yelah, tak pernah nak beryou ni.

Aydan Qays tersengih-sengih sambil itu tubuhnya meratapi aku. Aku mengeraskan tubuh apabila dia memeluk pinggangku.

"Alah, gurau pun tak boleh. Nak dapat baby lagi ke sayang?" tanyanya sambil mencium bahu aku. Aku mencebik.

"Ish apa la abang ni. Tak, betul ke ni? Kenapa abang jahat sangat berkomplot dengan Sir Maliq ni??"

Aydan Qays melepaskan pelukkannya.

"Biarlah. Itu je cara yang boleh kita buat. Sedarkan Ika." ujarnya bersahaja sambil mencuit pipi bulat Melvin.

"Ishh, abang! Masalahnya menjadi ke??"

Aydan Qays tersenyum. Senyuman penuh makna.

"Senyum macam tu kenapa? Jap, abang fikir bende ni menjadi ke? Silap-silap Ika yang murung tau! Abang pun tahu kan, Ika sayangkan Sir Maliq?"

Aydan Qays nampaknya tak terkesan, malah dia ketawa terbahak-bahak membuatkan aku bertambah geram.

"Abang! Betul-betul la!" aku merengus geram.

"Dahlah sayang. Kita tunggu je esok. Dah, abang nak tidur ni. Mengantuk dah." ujarnya sambil menepuk bantalnya dan berbaring di sebelah Melvin yang tertidur nyenyak.

Aku diam berpeluk tubuh memandang wajahnya. Aydan Qays menjongketkan keningnya, seraya itu dia tersenyum.

"Ouh sayang nak abang eh? Melvin macam mana??" ujarnya sambil tersengih-sengih.

Aku menjulingkan mata aku seraya bangun daripada dudukku ke bilik air.

"Tak nak abang!"

Aydan Qays hanya ketawa terkekeh kekeh.

*******

"Sayang, menung apa tu? Cepatlah keluar. Ingat siapa ni? Abang dah ade kat sebelah kan?" lamunan aku terhenti apabila terdengar bebelan Aydan Qays. Seraya itu aku menoleh ke arahnya. Suamiku nampak kacak berbaju melayu warna biru cair, serta bersongkok di kepala. Spontan aku tersenyum.

"Sayang, kita dah lambat ni. Kenapa dengan dia ni." ujar Aydan Qays lagi sambil mengerutkan dahinya. Dia sudah berada di hadapan aku sambil memegang pintu kereta nya. Lantas aku menarik bajunya sehingga dia terdorong pada aku. Wajahnya nampak terkejut.

"Kenapa abang hensem sangat hari ni? Kalau perempuan lain nak ngorat abang macam mana?" ujar aku dengan suara berbaur cemburu.

Aydan Qays tersenyum senget. Aku mengetapkan bibir.

"Kalau diorang ngorat pun, abang bukan layan pun sayang. Abang sayang Maysa seorang je. Jom sayang, kita dah lambat. Ish sayang ni saja je kan. Jom." ujarnya dia dengan mata sengaja dibulatkan.

Aku ketawa kecil. Selepas itu, aku keluar daripada kereta dan mengekorinya.

Sebaik sahaja aku masuk rumah Sir Maliq, suasana mula kecoh. Aku terpinga-pinga apabila melihat Ika sedang menangis di hadapan semua orang.

"What the heck? Apa hal ni??" aku memandang wajah Aydan Qays, tetapi dia hanya beriak selamba.

"Sampai hati abang nak kahwin dengan orang lain! Ika tak kan bagi abang kahwin dengan perempuan tu!!"

"Ika! Duduk! Jangan malukan mama!" ujar mama yang duduk sambil mendukung Melvin, dengan tegas.

"Sampai hati mama buat Ika macam ni!! Mama tahu kan, Ika sayang kan abang Maliq!"

Aku di sebelah Aydan Qays terus menarik hujung lengan baju Aydan Qays.

"Abang, apa ni! May tak faham?"

"Bawa Ika ke atas."

"Haa??" aku memandang Aydan Qays dengan riak terkejut.

"Ika yang akan berkahwin dengan Maliq."

"What??"

AYDAN QAYS (STOP KEJAP)Where stories live. Discover now