"korang aku gerak lu au, ni korang berdua jaga diri leklok jangan hancurkan dapur sudah, kalau lapar order la grab food ke ape" ujar Liana sedikit bimbang yelah, tinggal Elieya dan Elisya sahaja di rumah mereka, Lydina sudah berangkat 2 hari lebih awal akibat keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran.
"yela yela, macam kitorang ni budak budak pulak" jawab Elieya merasa jika Liana seperti mak mak sahaja.
"kau ni, lia tu risau takut rumah ni lia dengan dina balik balik dah hancur sebab perangai kau" sampuk Elisya meyangkal.
"ciss" Elieya sudah menjeling Elisya.
"haih korang ni, aku tak gerak lagi pun dah bergaduh macam mana lah aku tak risau?" Liana benar benar pening kepala dibuatnya.
"Lia kau balik je, bia aku handle semua ni jaga diri leklok!" Elisya menyemangatkan Liana akibat pertunangan itu.
"hm yela, oke ah aku pergi dulu grab pun dah sampai" ujar Liana berlalu pergi sehabis sahaja menyalam tangan kedua sahabatnya.
Liana terus berjalan ke arah grab yang di pesannya, bukak sahaja pintu grab itu Elieya menjeritkan sesuatu.
"nanti bila dah jadi tunang orang bagitau kitorang!" sakat Elieya sedikit terjerit, Liana yang mendengar itu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
Liana pun terus memasuki kereta grab itu tanpa berlengah lengah, tampak dari kejauhan Elieya dan Elisya setia melambai Liana.
kereta grab itu terus bertolak pergi ingin ke station bas yang sudah di tempah Liana.
sambil Liana melihat pemandangan dari luar tingkap, Liana memikirkan apa yang dikatakan Elieya tadi, senyuman yang terukir di bibir Liana terus menghilang, Liana tidak tahu harus berbuat apa sekarang, dirinya benar benar buntu.Liana termenung memikirkan pasal pertunangan nya nanti.
notification whatsapp Liana berbunyi, Liana terus membuka handphone nya lantas membuka chat seseorang yang sebuk mengganggunya itu.
mr. arrogant
woii liana
lianaaa
ye, eh salam kau mana ek
assalamualaikum ya ukhti
Liana tersenyum akibat perlakuan bodoh Adam itu.
'haih mamat ni, boleh pulak buat lawak bodo dia tu' Adam juga boleh dikira mengganggunya.
mr. arrogant
woii liana
lianaaa
ye, eh salam kau mana ek
assalamualaikum ya ukhti
waalaikumussalam, ha nape
tkde la, aku nk tanya malam ni kau free tk sbb ingatkan nk bincang assigment dgn kau
miss fira kata minggu dpn hari jumaat uni tetibe buat karnival so kena siapkan cpt cpt tapi katanya kena hantar minggu dpn lagi
lah srs ah?
ye ade dkt group kelas
YOU ARE READING
Mr. Arrogant
Romance📝first story Liana merupakan pelajar uni biasa yang tinggal bersama kawan-kawan nya, di kerana kan assignment project nya dia di kenal kan dengan lelaki yang di anggap bala untuk nya iaitu Adam, lelaki yang sombong dan kasar. ayah Adam merupakan le...