Chapter 14

21 3 3
                                    

Qistina memasuki kelas dengan amarah nya yang memuncak, dia lihat sahaja penampakan Liana dia terus pergi ke arahnya.

"eh liana, u kan yang buat kereta i kena cat merah bodoh u tu, i boleh saman u bila bila masa je tau!" ujar Qistina yang tiba tiba muncul di hadapan Liana dengan muka menahan geram nya.

Elieya segera bangun dari duduknya.

"ape benda yang kau mengarut ni eh?" ujar Elieya menahan geram.

pov Adam :

Adam dan Ikhmal sebuk berborak rancak di cafe, mereka sudah lama tidak lepak di cafe apabila pagi pagi seperti ini, terasa sangat lama sekali mereka tidak merasakan vibe vibe pagi di cafe uni ini, rasanya kali terakhir mereka seperti ini adalah semasa semester 1 dahulu.

"eh dam, qistina still kacau kau ke? lama aku tak dengar cerita pasal dia" heran Ikhmal, rasanya Qistina seminggu ini jarang menganggu Adam.

Adam mengeluh.

"kau tahu tak, aku dah block dia dekat ig boleh pulak dia buat account baru, bukan sekali au ni dah masuk tiga kali minah tu kacau aku, tak aman bangang hidup aku" jelas Adam lalu menghirup air kopi nya.

"uish, aku rasa dia dah terlampau obsessed dengan kau lah, sampai gitu lagak nya, tapi atikah member dia pun lebih kurang sama je, memang kalau dah member bodoh tu auto transfer ek?" kata Ikhmal.

"kau kena paham, kadang bodoh kau pun transfer kat aku au" jujur Adam.

Ikhmal tergelak lalu menjeling Adam sekilas.

"tapi ape lah yang buat naufal suka si puteri tu? tak paham la aku" Ikhmal benar benar pening dibuatnya, Naufal benar benar terbutakan dengan cinta ni.

Adam menggeleng tidak tahu, dia juga bingung.

notification whatsapp Adam berbunyi.

"ha panjang umur, si naufal chat aku" beritahu Adam sambil tangannya sebuk menekan chat Naufal.

"ha dia chat ape?" tanya Ikhmal sambil meneguk minumannya.

muka Adam tiba tiba berubah menjadi serious.

"mal kita kena pergi kelas cepat, qistina tengah carik masalah ni" Adam segera mengambil beg nya lalu bangun dari duduknya ingin pergi ke kelas.

"eh asal ni? carik masalah dengan kita?" walaupun Ikhmal tertanya tanya, tetapi dia setia mengikuti Adam dari belakang.

Adam pun menunjukkan chatnya bersama Naufal, terpapar jelas di situ menunjukkan gambar Qistina yang sedang menghentak meja Liana dengan muka penuh amarah, lalu terlihat Elieya yang berdiri seperti ingin menolong Liana.

"dia memang tengah carik masalah" Ikhmal rasanya tidak boleh membiarkan jika Elieya terluka kerana perempuan seperti mereka.

Adam dan Ikhmal pun berlari terburu buru ingin pergi ke kelas.

"hah? kereta kau kena cat merah?" Liana benar benar tidak paham dengan apa yang dikatakan Qistina ini.

"korang jangan nak pura pura bodoh lah! u ingat bila i tak datang uni ni minggu lepas u boleh lepas lah? i tak kira i nak saman u jugak!" Qistina benar benar di kuasai amarahnya yang sedang memuncak.

"eh kau jangan nak main tuduh je eh, mana bukti kau ha kalau liana yang buat semua tu?" Elisya tidak habis pikir dengan Qistina, tak habis habis nak carik masalah dengan Liana yang tidak bersalah langsung.

"entah nya, dah takde bukti lepastu nak saman saman bagai" kata Lydina menyambung Elisya.

Puteri yang tiba tiba memasuki kelas pun terus berjalan ke arah Qistina.

Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now