Chapter 8

16 4 0
                                    

"liana nanti jumpa saya dekat bilik guru eh" beritahu Miss Fira sehabis sahaja pelajaran biology mereka tamat.

"baik miss" jawab Liana sambil tersenyum ramah ke arah Miss Fira.

Lydina dan Elieya berpandangan lalu membuat muka jahil mereka.

"haaa lia kau buat ape haa sampai kena panggil masuk bilik guru" sakat Lydina untuk menakuti Liana.

"ayok ayok" Elieya pun turut menakutkan Liana.

Elisya mencebis lantas bersuara.

"korang ni mende la, liana ni mana lah pernah buat perangai tak baik, liana tk macam kau eh yaya" ujar Elisya sedikit menyindir Elieya kerana tahun lepas sahaja sudah tiga kali Elieya masuk bilik guru akibat perlakuan nya terhadap geng Qistina.

"yela mana tahu liana ni ade buat something ke" ujar Lydina lantas tangannya diletakkan di bahu Liana.

Liana hanya mengangguk, boleh jadi juga jika dia ade buat kesalahan.

Elieya hanya memberi pandangan maut ke Elisya akibat sindiran nya tadi. manakala Elisya menjelerkan lidahnya seperti mengejek Elieya.

~~~~

sekarang Liana berada di depan pintu bilik guru, tanpa membuang masa Liana terus membukanya lantas pergi ke arah Miss Fira.

"miss ade ape ye panggil saya?" tanya Liana dengan sopan.

"eh liana, takde lah saya cuma nak beritahu awak pasal projek berpasangan kita nanti" jawab Miss Fira lantas menyuruh Liana untuk duduk di kerusi yang berada di hadapannya.

Liana masih tidak paham lalu terus mendudukkan dirinya di kerusi.

"projek berpasangan?" tanya Liana yang masih tidak mengerti.

'eh kalau namanya projek berpasangan mestilah kena dua orang kan, ya allah aku harap aku dengan sahabat aku ya allah' sungguh jika Liana bersama Qistina memang disahkan dirinya akan menukar pasangan.

"sebab tula saya panggil awak ni, nanti kita akan ade projek biology yang saya baru ajar tadi, projek ni saya buat dua orang sahaja satu perempuan dan satu lelaki, ni sebab saya nak tengok teamwork awak semua dengan lain jantina dan akan dapat markah penuh kalau semuanya baik" jelas Miss Fira panjang lebar.

Liana hanya mengangguk lalu tiba tiba otaknya mencerna maksud "satu perempuan dan satu lelaki".

'HAH DENGAN LELAKI?! YA ALLAH SEMOGA AKU TAK DENGAN AD-'

"dan awak akan berpasangan dengan ketua murid kita iaitu adam" nyata Miss Fira lantas tersenyum.

baru je doa :), adakah ini ujiannya untuk bersama dengan mamat poyo itu.

"t-tapi kenapa saya dengan adam ye miss?" tanya Liana yang sudah mulai ingin gila dengan penyataan Miss Fira.

"saya pilih pun ikut kecerdasan yang sesuai" jawab Miss Fira.

Liana hanya tersenyum kaku tidak percaya dengan semua ini.

"ohh lagi satu saya nak awak tolong saya bagi senarai nama projek ni dekat adam eh sebab hari ni adam sebuk sikit sebab dia tolong gantikan iman dalam perlawanan bola sepak lepastu saya pulak tengah ade kelas ni" kata Miss Fira lagi lantas memberi senarai nama projek berpasangan mereka.

~~~~~

Liana sekarang sedang mencari keberadaan Adam bersama kertas senarai nama murid berpasangan di tangannya, sungguh sekarang ini hilang ke mana entah padahal perlawanan bola sepak itu sahaja sudah tamat.

Liana teringat apa yang dikatakan Miss Fira tadi.

"saya tak sure adam ade dekat mana awak carikan dia sekali ye" ujar Miss Fira 10 minit tadi.

"haih satu kerja la aku nak carik mamat tu" monolog Liana seorang diri.

Liana berpikir bahawa sahabat sahabat nya mesti sedang bersenang-senang kerana guru minggu ini sahaja ramai yang tiada. Liana hanya mampu memikirkan nasibnya yang malang ini dengan mukanya yang sudah bertukar murung.

Liana baru sahaja ingin melalui perpustakaan tanpa memasukinya kerana tidak yakin orang seperti Adam memasuki perpustakaan. tiba tiba Ikhmal keluar dari dalam perpustakaan.

Liana yang melihat itu mukanya terus berubah menjadi ceria.

"eh ikhmal, kau tahu tak adam dekat mana?" tanya Liana yang apabila mendapat peluang emas ini tidak di sia siakan.

"ohh dia ade dekat dalam tu ha pergi ah masuk" jawab Ikhmal sambil tangannya menunjuk perpustakaan di belakangnya.

"okey thanks yaya!" ujar Liana benar benar berterima kasih ke kawan baik Elieya sewaktu mereka masih kecil dulu, lantas Liana terus memasuki perpustakaan tanpa berpikir panjang.

Ikhmal yang di beri gelaran seperti itu pun terus mukanya memerah, di sepanjang jalannya untuk menuju ke kelas pun di ingat perkataan "yaya" itu.

Liana pun terus mencari keberadaan KETUA MURID mereka itu.

"woii kau buat ape ha dekat sini?" sergah Adam yang tiba tiba berada di depannya itu.

Liana yang lantas terkejut akibat Adam tiba tiba menyergah dirinya itu pun terus mengundurkan dirinya lantas badannya ter langgar almari buku itu membuat semua buku buku berjatuhan ke arah Liana. Adam yang melihat Liana yang seperti akan menimpa musibah itu pun lantas menolak liana menggunakan buku di tangannya untuk mengelak supaya buku itu mengenai Liana. semua buku buku itu pun berjatuhan.

"astagfirullah, kau ni terkejut lah aku!" kata Liana yang tiba tiba bersuara itu.

Adam hanya mengangkat bahu tak acuh.

'ceh mamat ni bukannya nak mintak maaf ke ape!' Liana benar benar tidak habis pikir dengan Adam.

mereka berdua pun mencari tempat duduk untuk berbincang dengan selesa.

"ni list nama projek berpasangan, miss fira suruh aku bagi kau" ujar Liana lantas mengulurkan kertas itu.

Adam yang melihat itu terus mengambil kertas yang dihulurkan Liana itu.

"aku dengan kau?" tanya Adam sehabis sahaja membaca kertas itu dengan tidak percaya nya.

Liana hanya mengangguk.

"ceh setakat projek ni aku sorang pun boleh lah" kata Adam seperti lebih selesa bersendirian.

"hahaha, kalau macam tu cakap lah dekat miss fira sendiri yang kau tak nak berpasangan dengan aku tapi kau nak dengan qistina" ujar Liana sinis, ceh mamat ni ingat Liana hamak sangat ke nak dengan dia.

"kau gila! memang tak lah aku dengan dia, takpe lah better aku tak tukar" jawab Adam final.

"dah lah, aku nak masuk kelas dulu" kata Liana lalu terus berdiri dari duduknya.

"eh Liana jap" tegur Adam lantas menarik kerusi Liana untuk membuat Liana tidak pergi terlebih dahulu.

Liana hampir terjatuh tapi nasib Liana sempat menahan tangannya di meja untuk tidak terjatuh, ingin sahaja Liana memarahi si Adam ini.

"ye?" tanya Liana singkat padat dan jelas.

"bagi no fon kau, biar senang nanti aku nak inform ape ape" terang Adam dengan handphone yang sudah berada di tangannya.

Liana mengeluh pelan lantas terus mengambil handphone Adam lalu meng dail no telefon nya. Liana pun terus berlalu pergi sehabis sahaja memberikan no telefon nya itu.

Adam tersenyum lalu menggenggam handphone nya yang di berikan Liana tadi.

to be continued~

sorry sgt sgt sbb dah lama tk up, semoga sukaa

happy reading!



Mr. ArrogantWhere stories live. Discover now