| 03 |

200 27 0
                                    

11 Mac 2026, 07

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


11 Mac 2026, 07.00 pagi

KRING! KRING! KRING!

Bunyi jam loceng yang amat membingitkan telinga mengganggu lenaku. Aku mencapai jam loceng besi tersebut kemudian membalingnya ke sudut bilik. Aku hampir tiba ke alam mimpi sebelum kepalaku dipukul dengan bantal.

"Mak jap lagi la. Lagi 5 minit." Gumamku sambil melindungi kepalaku dengan selimut.

"Kepala hotak kau! Siapa mak kau ha?" Suara garau mengejutkan aku hingga aku bangkit dalam keadaan duduk.

Sahabatku yang juga merangkap sebagai teman sebilikku, Khairul sedang bercekak pinggang di hujung katil.

"Bangun lah woi dasar. Kelas Dr Sim mula pukul 8.30 ni."

Aku mengelipkan mata beberapa kali. Sekarang jam berap a? Umpama dapat membaca fikiranku, Khairul bersuara santai menyapu jem strawberi pada roti bakarnya. "Jam 8.10 minit."

What the fish! Tanpa membuang masa, aku melompat daripada katilku, mencapai bakul yang berisi barang mandianku dan memecut ke bilik mandi. Seperti yang aku jangka, bilik mandian dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang lain. Peak hour lah pula dah.

Aku menyelit di kalangan mereka sambil membisikkan perkataan excuse me yang  kemungkinan hanya aku yang dengar.

Beberapa pelajar lelaki memprotes apabila aku mencapai salah satu pintu tandas yang baru sahaja kosong. "Senior," ucapku menunjuk diri sendiri sambil tersengih.

Aku berusaha mandi sepantas yang boleh seterusnya memecut ke bilikku dan memakai baju serba sederhana. T-shirt polo hitam dipadankan dengan seluar beige. Aku memandang sepintas ke arah jam loceng di sudut bilik, jam 8.25 pagi. Khairul masih santai mengunyah toast bread miliknya.

"Bapak laju siak kau bersiap."

"Mana tak laju kau nampak jam berapa dah sekarang?" Dia pantas mencapai telefonnya untuk melihat masa.

"Astaghfirullah, lagi 4 minit." Dia pantas mengemas peralatan tulis di atas meja belajarnya.

Aku mengambil jaket denim hitam dan beg sandangku yang bersangkut di belakang pintu. Aku sempat menyusun selipar yang berterabur di hadapan bilik sebelum memecut bersama Khairul ke bangunan kuliah. Aku bersyukur kolej kediaman kami yang bergelar Diamond itu cukup dekat lokasinya dengan bangunan kuliah.

Kelihatan masih ramai pelajar yang masih keluar masuk daripada pintu dewan kuliah A1 menunjukkan pensyarah kami, Dr Sim masih belum sampai.

Kami mengambil tempat duduk di hujung dewan di mana rakan-rakanku yang lain sedang bergelak sakan.

"Woah lengcai sudah mari. Apa pasal lambat?" Justin bersuara sebelum menghirup kopi Americano kegemarannya.

"Kau tanya pakcik sorang ni. Subuh tadi baru balik ofcourse la lambat bangun." Khairul menjawab sambil mengeluarkan toast bread daripada begnya. Aik? Sempat tapau.

Perhatian rakan-rakanku beralih kepadaku. "Apahal kau balik lewat sangat? Bos kau suruh OT sampai subuh ke? Ke kau sambung dating lepas kerja?" Anas menyoal bertubi-tubi.

Aku menghela nafas panjang. "Bos aku takda la gila mana nak suruh OT sampai subuh. Nak dating pula dengan siapa? Makcik korea jual soju kat sebelah kafe bos aku tu? Takda la, anak kakak aku sakit so aku hantar dorang ke rumah parents aku kat KK."

"Fuh larat kau drive 3 jam ulang alik Mentani ke KK? Aku tak sanggup. Lagi-lagi semalam budak med kata jalan jammed habis." Ucap Hafidz.

Aku pantas mengangguk setuju. "Ha'ah jammed gila semalam. Ada apa-apa event ke kat KK? Jam 10 sunyi dah semalam bandar Mentani, ramai dah gerak."

Justin hampir tersedak seterusnya meminta kami berkumpul dekat dengannya. "Mommy aku kata yang gerak tu semua orang-orang penting. Dorang dapat notis rahsia yang suruh dorang berpindah keluar daripada pulau Mentani secepat mungkin."

Kami mengerutkan dahi, mencerna perkataan yang keluar daripada mulut Justin. Lelaki separuh Cina-Korea itu kelihatan cukup serius. Ibu Justin bekerja sebagai pegawai yang bertugas di kedutaan korea di Kota Kinabalu. Kemungkinan informasi daripada ibunya itu sahih namun masih ada sedikit unsur keraguan di suaranya.

"Tapi I'm sure if this correct or not. Mommy aku suruh aku gerak sekali semalam tapi my dad cakap mommy aku sengaja nak aku pindah kat KK so aku tak percaya la."

Kami cukup maklum dengan situasi keluarga Justin yang dimana ibubapanya dalam proses penceraian. Ada kemungkinan ibunya memancing dia untuk keluar daripada Pulau Mentani untuk tinggal bersamanya.

Baru sahaja Anas hendak bersuara, kami dikejutkan dengan suara jeritan nyaring daripada luar dewan. Pelajar berpusu-pusu berlari masuk ke dalam dewan kuliah. Kami serentak berdiri. Seorang pelajar lelaki melanggar bahuku apabila dia berjaya masuk ke dalam dewan kuliah bersama ramai lagi pelajar.

Aku sempat menangkap lengannya, menghentikan dia daripada bergerak. "Apa yang berlaku?"

"Ada seorang perempuan dijangkiti wabak EX16!" Maklumnya sebelum kembali berlari ke belakang dewan kuliah. Kami tersentak menerima kata-kata pelajar lelaki tersebut. Jeritan nyaring semakin kuat. Beberapa pelajar berusaha menahan pintu dewan kuliah.

"AMARAN! AMARAN!" Perhatian semua pelajar tertuju pada speaker dinding di sudut dewan kuliah. "SEMUA PENDUDUK PULAU MENTANI DIMINTA UNTUK BERPINDAH KE STADIUM BAYU. TOLONG SELAMATKAN DIRI ANDA—" Pengumuman tersebut terhenti seketika kemudian diiringi bunyi siren kecemasan.

"Lari Izz, lari!"

Genesis | ERROR  [Side Story 1]Where stories live. Discover now