⁰ Prolog

19 0 0
                                    

"Selamatkan Hadi dan Ainul dulu, abang!"

Abu Bakar berlari menuju ke arah isterinya.

"Bangun sayang. Api makin marak ni."

Abu Bakar cuba untuk membangkitkan badan isteri dan anak anaknya yang sedang mencangkung untuk elakkan diri mereka dari terhidu asap hitam.

Namun, kaki kanan Hayati sudah melecur teruk menyebabkan dia tidak mampu untuk bangun.

"Abang pergi dulu bawa dia orang."

"Tapi takkanlah nak tinggalkan sayang sorang kat sini."

Bakar membalas sambil mendukung Hadi dan menggenggam tangan Ainul. Kemudian sambung memandang isterinya.

"Tak apa, abang pergi cepat bawa dorang keluar dulu, lepastu abang datang balik kat saya ya." balas Hayati menenangkan suaminya. Dia tahu suaminya risau akan keadaannya.

Bakar mengangguk laju lalu berlari keluar menggendong Hadi dan menggenggam erat tangan Ainul, meninggalkan isterinya keseorangan di  bilik anak mereka.

Bakar pandang ke arah pintu utama rumahnya. Api terlalu marak sehingga menutup jalan menuju ke pintu dan tingkap yang berada di ruang tamunya itu.

Memang tiada harapan untuk keluar melalui pintu utama.

"Uwekk uwekk", Hadi dan Ainul menangis ketakutan.

Dia menoleh ke arah dapur. Dia berlari pantas dan melihat dapur rumahnya yang mempunyai api yang kurang marak dan asap yang sedikit. Keadaannya tidak teruk seperti di ruang tamu rumahnya.

Terus sahaja dia bergegas ke pintu belakang. Dia melepaskan sekejap tangan kiri yang memegang tangan Ainul.

Dia menyelerakkan semua barang dapur yang berada di situ. Tuala, periuk, pengisar dan lain-lain.

Aduh, mana bini aku letak kunci ni?

Isterinya pernah memberitahu bahawa dia akan meletakkan kunci pintu belakang berhampiran dengan pintu ini. Tapi dia tak pernah tanya secara spesifik lokasi sebenar kunci itu.

Dia terlalu malas untuk ambil tahu tentang hal rumah yang selalu menjadi topik perbualan isterinya seringkali dia balik dari kerja.

Dia sudah penat dengan urusan kerja, kemudian isterinya menambahkan lagi kepenatannya apabila sering bercakap tentang hal rumah. Pada pendapat dia, perkara itu sangatlah remeh dan hal yang sia-sia.

Bakar membiarkan sahaja isterinya menguruskan rumah. Yang dia tahu, dia perlu keluar bekerja untuk cari nafkah sahaja.

"Ya Allah..."

Bakar masih dalam keadaan kelam kabut mencari kunci.

"Mana kunci ni?!!", Bakar menjerit.

"Ayah cari apa?", Ainul bertanya.

"Kunci... Kunci pintu belakang."

Tiba-tiba Ainul menyentuh lengan Bakar dan menunjuk ke satu arah.

Terdapat gantungan kunci yang tergantung pada paku di dinding belakang mereka.

Bakar mengeluh, lalu mengambil kunci tersebut dan membuka grille pintu belakang dengan pantas.

"Bakar! Hayati! Cepat keluar!"

Satu suara berteriak dari belakang rumah.

"Bakar! Ya Allah nasib baik kau selamat. Yati mana?", tanya Halim jiran belakang rumah Bakar. Dia menepuk belakang Bakar.

"Bini aku kat dalam lagi. Tolong jagakan anak anak aku sekejap, aku nak masuk balik."

"Biar aku masuk sekali dengan kau. Aku hantar dia orang ke rumah aku biar isteri aku jaga.", balas Halim sambil mengambil tangan Ainul dari pegangan Bakar.

"Tak sempat. Aku nak masuk sekarang juga. Tolong jaga dia orang.", pesan Bakar.

Belum sempat Halim balas, Bakar sudah pun hilang dari pandangan mereka.

. . .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MATA HATiWhere stories live. Discover now