Kepada H,
aku amat merindui kau . Ya mungkin kau telah pun melupakan aku dengan orang baru. Aku yakin kehilangan aku bukanlah masalah bagimu. Malahan kehilangan aku juga tidak melemahkan dan merugikanmu
Walau bagaimana sekali pun.Jujur aku katakan perempuan mana sekali pun jarang menerima lelaki yang telah mematahkan hatinya untuk kekal sebagai kawan . Ya aku tahu boleh tapi memerlukan masa . Kerana menerima orang yang kau masih sayang yang sudahpun tidak lagi menyanyangi kau dan hanya sekadar kawan selepas segala kata -kata dan janji manis yang disuanya itu amatlah perit untuk ditelan.
Maaf yaa tapi aku berharap yang kau akan setia menunggu aku dalam masa kita membesar menjadi lebih matang supaya kita boleh bersatu kembali. Maka aku serahkan segalanya kepada takdir dan namamu turut aku selitkan dalam setiap sujud semoga kau berbahagia dan dipermudahkan segalanya . Kerana jikalau mungkin kita memang tidak akan dipertemukan kelak , setidaknya kau bahagia bersama orang yang selalu ada bersama kau dan bukannya aku.
Aku masih menangisi kau bila terkenang. Mungkin aku hanya cintakan memori kita dan bukannya kau. Ecehh.
Ya kerana rindu itu berat , menyakitkan dan tidak salah untuk merindui cuma jangan pergi mengejar kembali hanya sekadar melihat dari jauh dan hanya masa akan sembuhkan segalanya. Walaupun terkadang ada benci tersirat aku maafkan pemergian kau sayang. Aku telah usaha menjadi sehabis baik buat kamu , niat aku hanya tidak mahu kau kesepian dan menangis kerana hidup kita berbeza aku dilimpahi kasih sayang kedua ibu bapa serta adik adik yang comel . Kau? Dibuang . Bukan mencintai kerana simpati tapi tulus ingin menemani mu . Mungkin aku bukan yang terbaik bagimu . Semoga berjumpa lagi
Game itu tidak akan aku main kerana wataknya saja sudah membuatkan aku teringat akan kau dan kenangan kita bermain bersama . Sulit aku menerangkan semua ini terasa mahu menangis. Kerana game yang pada mulanya aku mula main kerana orang lain sebelum ditinggalkan dan kini aku meninggalkan game yang sama kerana ditinggalkan orang buat kali ke dua.
Aku cukup menjaga hati sendiri buat masa kini . Terima kasih sayang untuk segala memori tergempak kita berdua .semoga bersatu kembali jika nama kau memang tertera di luh mahfuz untuk aku. Yang aku pasti jodoh kematian sahaja kini.
Yang pernah dicintai ,
Octavia silvano (octane) @ H
YOU ARE READING
LIMPAHAN KOLAM PERASAAN
Randomhanya sekadar membuang masa dan memuntahkan isi hati .random semuanya tpi pasti telah dipendam lama. Atau mungkin sekadar pendapat diri .