episode 13

1 0 0
                                    

FAVOURITE PERSON?

Jelas sekali aku sedang menjaga hati seseorang yang aku cintai dengan tulus walaupun pada akhirnya aku masih
Ditinggalkan.

Dan kau masih mengejar dan berharap aku akan menjadi milik kau?
Tidakkah ianya menyakitkan hati sahaja? Malahan sia sia semua

Pernah terbit rasa sayang tapi berlapikkan sayang sebagai kawan dan tidak lebih. Aku berani mengucapkan sayang aku kepada sesiapa sahaja aku hargai tetapi tidak pernah lebih

Aku tidak tahu cara yang sesuai untuk mengawal ' situationship' dimana kita rapat lebih daripada kawan tapi tidak bercinta . Ya memang tidak akan kerana hati ini mencintai orang lain pada ketika itu , walaupun ada kalanya mereka menyatakan diri kau jauh lebih baik daripada yang aku dambakan setiap masa.

Dan pada akhirnya kita tewas dalam peperangan ego tatkala jiwa dan hati yang masih baru ingin meneroka apa erti  cinta yang sebenar  benarnya . Ya kita awalnya tewas dengan penjelasan aku sudah berpunya dan mungkin kau terasa dan mula bersikap dingin dengan aku . Aku sedar semuanya. Pada akhirnya kita tewas dan aku bersedih kerana takut jika memang ini pengakhiran pengenalan kita dua remaja yang masih baru di dunia dewasa .

Ajaib..
Sebelum tibanya ulamg tahun kelahiran kau kita berjumpa lagi. Pasti bersebab mengapa tuhan menjumpakan kita kembali . Tetapi kali ini aku pula tersakiti. Kau kembali dengan khabar yang kau juga telah dimilikki oleh perempuan yang jauh lebih muda dari aku malahan lebih cantik dan memiliki segalanyadari aku yang hanya mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan bersama kamu mahupun sesiapa sahaja yang aku sayang jika aku mahu. Banyak kali aku berharap kau akan menunggu aku dan berharap kita hanya kekal kawan sehingga di ijab kabulkan dengan sempurna.
Dan kau hadir bersama perempuan yang aku tidak kenal sekalipun menerjah kembali hidup aku . Adakah itu sebagai kifarah buat aku? Setelah tidak menyatakan status aku yang sebenar kerana tidak mahu kau menjauh mahupun tersakiti. Sakitnya itu dirasakan

"Asal kau hantar gambar kat aku? hantarlah
kat boyfriend kau"

Walaupun tidak sekuat  mana kerana aku masih bersama dengan orang yang aku cintai . Masih ada tempat berpaut dan bermanja .

Dan kita hanyut kembali dalam lautan egois

Mula merenggang bagaikan musuh. Yang paling menusuk aku apabila ada satu ketika aku tidak mahu kau mengalah dan mati dalam peperangan menentang penyakit kau hidapi . Aku hanya memesan kerana sayang. Dan pada akhirnya kau memang menyakitkan aku sebaiknya. Aku memutuskan hubungan kita sekali lagi Tetapi usaha kau memujuk aku dan mendapatkan aku jauh berhak dihargai daripada bekas kekasih yang aku dambakan selama ini. Cuma ego aku yang terlalu menggunung .

Dan pada akhirnya, aku ditinggalkan oleh kedua dua orang yang aku sayang . Satu bersama kehidupan baharu bersama orang baharu. Manakala seorang lagi sibuk mengejar cita-citanya. Aku? Duduk termenung sehingga cahaya fajar subuh menyinsing , angin subuh lembut menampar pipi ini.

Pada akhirnya aku sedar Tidak mustahil
Yang pergi akan kembali,
Yang disayangi tidak akan hilang
Yang dikejar akan datang sendirinya
Yang diharap meruntuhkan harapan
Yang dicintai belum pasti akan mencintai
Yang hilang akan pulang
Yang sakit bertambah sakit
Yang sakit akan pulih
Yang menunggu akhirnya tewas
Semua atas kehendak tuhan
Hanya masa sebagai penentu
Hanya masa yang mengutuskan

Adakah kau berhak dicintainya
Mahupun
Adakah kau berhak dimilikkinya
Ataupun semua hanya anganan sahaja
Bagi menenteramkan hati ?

Aku pasti jika ada jodoh memang akan ada
Hanya masa dan pertemuan kita akan diatur tuhan sebaik perancang.

Aku berharap kedua dua yang aku sayangi sentiasa, yang aku sulamkan namanya didalam doa aku sentiasa dipayungi rahmat tuhan, dihujani rezeki melimpah ruah, dilindungi dari segala ketakutan dan diselimuti ketakwaan sebagai khalifah dibumi Allah . Aku menyayangi mu..

Dalam diam tanpa adanya secuit harapan
Cukup sekadar mendoa kan kebahagiaan kamu Sudah memadai
Kerana aku yakin  kau telah berbahagia
Sudah memadai

LIMPAHAN KOLAM PERASAAN Where stories live. Discover now