positive

15 5 5
                                    







Berulang-ulang kali Puteri, Farisha, Adila , Husna , Adrian dan Ayan mendengar video yang dikirim Dexter semalam. ADDICTED!.

"Hmm sedap gila suara dia, kan best kalau suara aku pun macam tu " kata Adrian sambil menghirup kuah meggi cup miliknya. Dia dan Ayan sedang duduk di berandar rumah milik Ayan sambil menikmati meggi.

"Tula, sedap dia macam bebetul orang luar negara . Eh jap, dia chinese kan. Dia pindah Malaysia ke, dia lahir malaysia? ". Tanya Ayan.

"Katanya pindah Malaysia". Adrian menjawab.

"Tapikan, aku macam familiar la suara ni, ah lantak la, bukan masalah aku". Ayan dan overthinkingnya berpisah tiada.

"Elehh bro, kalau iri bilang temann". Adrian menepuk bahu Ayan sambil terkekeh.




Hari demi hari, persahabatan mereka semakin rapat walaupun hanya dalam talian!. Tidak pernah jemu menghantar mesej. Ada sahaja gelagat masuk air mereka. Habitat favourite mereka adalah skrinshot chat kemudian post status. HAHAHA.

"Aku teringin nak meet and great"- Husna
"Tunggu la besor sikit, aku masih kecil"-Adrian
"Bestnyaa"-Puteri
"Tashabor"-Adila
"Hmm"-Albert

"Why Albert?"-Dexter
"Kau lupa ke mommy and daddy kata nak pindah hujung tahun ni"-Albert
"Ohh haah la, aku lupa bro"- Dexter

"Ceh, serumah pon nak chat dalam group". Kata Ayan seorang diri. Dia asyik toxic saja kebelakangan ini. Entahla mengapa.

"Seriyes laa"-Husna
"Takpe still boleh jumpa kann"- Farisha
"Hmm maybe not"- Albert
"WHYYYYYY"-Adrian
"Hiksss jangan giniii" Puteri
"Sebab aku kena pindah newyork, Dexter kena pindah US" - Albert
"Kenapa kena pindah? "-Ayan
"Daddy suruh belajar kat sana"- Albert
"Then why terpisah? " - Ayan
"Banyak tanya la kau ni"- Dexter
"Tanya pun salah"-Ayan
"HIKS HIKS HIKSS, UMMI JODOH ADIK NAK LARI"-Adila

Malam tersebut, mereka meluahkan perasaan sedih bersama. Farisha, Adrian, Adila dan Husna mengedit video Dexter dan Albert menggunakan lagu perpisahan.

Ayan melihat video-video yang diedit secara teliti.

"Ape pasal gambar Dexter ni berubah-ubah?. Kejap rambut perang, kejap rambut hitam. Tiap minggu tukar ke cane? Mata pun kadang kecik kadang besar. Hm Isokeyy maybe filter" . Kata Ayan seorang diri sambil melihat video tersebut berulang kali. Best pulak lagu ni!

"Ehh gambar Albert ada vibe idol korea la. Hmm something wrong here." Dengan pantas Ayan menekan nama yang tertera 'Airiena'.

"Yeena, cuba tengok gambar yang aku send ni. Ada nampak macam k-pop idol tak? ". Ayan menghantar mesej tersebut. Dia mengechat Ariena kerana Airiena merupakan seorang kpoper berjaya. HAHAHA

"Hmm taktaula, tak kenal. Bukan kutt". Airiena menjawab mesej tersebut selepas 5 minit.

"Okay thankyou"

"Hmm firasat aku je kut. Come on Ayan, remove the negative". Kata Ayan sambil mengetuk kepalanya berulang kali.

"Hoi, kamu dah kenapa ketuk kepala sendiri. Baik kamu pergi kedai belikan santan kotak dengan ubi kentang. CEPAT sebelum aku yang ketuk kepala kamu tu. " kata Mama Ayan dan menyuruhnya ke kedai. AMBIL KESEMPATAN!.

"Yela kejap nak ajak Adrian makan cendol". Berdesup laju Ayan mencapai cap kegemarannya dan mencapai dua keping not RM50 di dalam dompet lalu pergi mengetuk pintu rumah jiran kegemarannya A.K.A Adrian.
























Tbc-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

They're LIAR Where stories live. Discover now