Putera Silver menyamar sebagai rakyat biasa selepas dia berjaya melepaskan diri dari istananya sendiri. Selepas berjalan dengan begitu lama, dia pun singgah di sebuah pasar yang kelihatan sangat meriah. Dia membeli sekeping roti dan sebekas air susu.
Dalam perjalannya, dia bertembung dengan seorang gadis dengan kerudung merah. Mereka pun bertentang mata antara satu sama lain. Dia perasan, ada beberapa kelopak bunga yang meninggalkan jejak gadis itu. " Bodoh, kenapa dia meninggalkan jejak di jalan? ", bisik hati Putera Silver dan mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Bimbang gadis itu akan berfikir perkara yang aneh-aneh.
*
Orkid bertembung dengan seorang lelaki yang menutup wajahnya dengan kain di pertengahan jalannya untuk menuju ke istana. Dia sempat bertentang mata dengan lelaki tersebut dan perasan ada lambang bunga orkid dalam matanya. Hatinya berbisik, " Diakah orangnya? Tak mungkin ". Lelaki tersebut kemudian mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
Orkid berhenti sebentar. " Kalau benar itu adalah orang yang kucari, pasti dia dapat menukarkan objek lain jadi emas putih ", kata Orkid. Dia berpaling ke belakang dan melihat lelaki tadi sudah hilang di tengah orang ramai.
YOU ARE READING
KEKASIHKU MUSUHKU
FantasyMengisahkan tentang cinta seorang ratu Kerajaan Bunga Utara dan putera Kerajaan Gold White yang penuh dengan misteri dan cabaran.