Di padang, kelihatan dua orang lelaki sedang berlatih bermain pedang. " Dinda! Fokuslah pada bahagian yang terdedah ", kata Putera Han. Dia merupakan abang kepada Putera Silver. Putera Silver sedaya-upaya menahan pedang milik abangnya, kemudian dia akhirnya tumbang selepas ditendang pada bahagian perut oleh abangnya. " Argh! Mana adil kalau kanda main begitu! ", marah Putera Silver. " Musuh tak pernah adil dan tidak akan melepaskan peluang untuk jatuhkan kamu bila berada dalam medan perang dinda. Itu yang diajarkan ayahanda kepada kanda ", balas Putera Han sambil membantu adiknya bangun.
" Hanya kanda yang disayangi oleh ayahanda. Kenapa harus memaksa dinda berlatih pedang sedangkan dinda lemah dan tak sekuat kanda? Lagipun, dinda tidak akan berada dalam medan perang ", kata Putera Silver. " Walaupun begitu, kamu tetap harus untuk berlatih. Sekurang-kurangnya untuk melindungi diri kamu sendiri ". Putera Han pun mengundur beberapa langkah ke belakang dan bersiap-sedia untuk berlawan. Putera Silver menghela nafas panjang dan membetulkan semula postur badannya. Namun, belum sempat dia berbuat apa-apa, pedang Putera Han tiba-tiba sahaja muncul entah dari mana menyebabkan dia terpaksa mengelak ke kanan dan terus melarikan diri.
" Woi dinda, mana ada orang lari begitu ketika berlawan! Pengecut namanya! ", jerit Putera Han lalu mengejar adiknya. " Masalahnya, kanda yang menyerang tanpa dinda bersedia tadi!! ", balas Putera Silver. " Musuh tak akan menunggu kamu bersedia dinda!! ".
Sementara itu, Raja Sunan memperhatikan dua orang puteranya dari jauh dengan wajah yang serius. " Bagaimana Putera Silver yang menerima takdir sebagai pemimpin Kerajaan Gold White ini sementara diri dia lemah dan bermain-main ketika sesi latihan pedang? Sangat memalukan! ", kata Raja Sunan. " Patutkah kita membunuh tukang ramal itu kerana memberikan ramalan yang salah? ", tanya Permaisuri Rose. " Ya, mungkin. Dan kita patut menawan Kerajaan Bunga Utara untuk membuktikan ramalan itu salah ". Permaisuri Rose diam kemudian tersenyum sendiri. Seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan. " Bagus rancangan kanda. Ouh ya, minum petang sudah tersedia. Dinda panggilkan putera-putera kita sebentar ". " Putera kita hanya Putera Han. Putera Silver terlalu lemah dan tak akan beta mengaku dia sebagai putera kandung beta! ", kata Raja Sunan dengan penuh amarah. " Ya, baiklah ", balas Permaisuri Rose lalu pergi.
YOU ARE READING
KEKASIHKU MUSUHKU
FantasíaMengisahkan tentang cinta seorang ratu Kerajaan Bunga Utara dan putera Kerajaan Gold White yang penuh dengan misteri dan cabaran.