CHAPTER 2

11 1 0
                                    

"Assalamualaikum Nak macam mana sekolah kamu hari ni?" Apabila Hairi Muqris melangkah masuk ke dalam kereta pak leman memulakan bicara di antara mereka.

Pak leman telah menganggap Hairi Muqris itu seperti anaknya sendiri kerana budak itu banyak menghabiskan masa bersamanya kerana kesibukan yang sering di alami oleh mama Dan papa Hairi Muqris.

"Waalaikumsalam, rasanya tak ada apa yang baik atau buruk sangat pasal hari ni cuma tadi kena puji sikit lah dengan cikgu Bahasa English saya sebab banyak jawapan yang betul hehe" jawapnya dengan keadaan yang sedikit teruja sebab seperti biasa dia mengalahkan budak pandai di dalam kelasnya dengan Skor lebih banyak di dalam soalan itu.

"Ouh baguslah tu pakcik Tau kamu ni memang pandai dari dulu lagi kan bahasa-bahasa orang asing ni kan pakcik pun hentahlah Tau sikit-sikit je lah sebab pernah jadi pemandu pelancong dulu, bukan dari belajar satu-satu macam kamu ni" kata pakcik leman yang menyentuh tentang pekerjaannya semasa dia muda-muda dahulu sebelum menjadi pemandu Peribadi seperti sekarang ni.

"Alahh belajar tu kan meluas pak cik macam mana pun kita boleh belajar asal Tau kan?. Tapi kan pak cik saya nak Tanya sikit kenapa hari ni pak cik nampak kemas semacam ja siap bercukur semua, ada apa-apa yang penting ka hari ni?. Haa saya Cuba teka pak cik nak bawak mak cik temu janji candle light dinner ek?." Cakap Hairi Muqris dengan pelbagai pertanyaan kerana melihat orang tua itu memakai kemaja berwarna biru lembut yang di masukkan dalam seluar slack yang berwarna krim dengan sentuhan jam tangan di tangan kananya.

Hari-hari lain pakcik leman mengambilnya hanya lah memakai t shirt putih Dan seluar slack Hitam sahaja kerana dia juga ada pekerjaan di rumah sebagai pekebun Dan orang tua itu memang suka dengan flora jadi bukan jadi kerja lebih kepada hobi kepada dia.

"Ehh kamu ni orang muda zaman sekarang memang imaginasi mereka hebat kan boleh fikir ke Situ haihh hari ni ada lah sesuatu kamu Balik tengok sendiri lah nak oiii" jawap secara bersahaja oleh pak cik leman kerana dia takut kalau lebih-lebih terbongkar plak "surprise" tu.

"Okay kita nak sampai rumah dah" pakcik leman dapat melihat Hairi Muqris membuka mulutnya untuk mengajukan lebih banyak Pertanyaan seperti wartawan yang sedang mempunyai topik hangat yang akan viral.

Pak cik leman memusing ke selekoh terakhir yang akan sampai ke rumah Hairi muqris Dan pagar Automatik pun terbuka untuk pak cik leman parking di depan rumah yang tersergam indah itu.

Hairi Muqris melihat pak cik leman tergesa-gesa untuk masuk dahulu ke dalam rumah itu Dan meninggalkan dia Sahaja yang Cuba untuk mengalas begnya. Hairi muqris tidak mengendahkannya tapi dia tidak terus masuk ke rumah tetapi dia menyapa dahulu kucing kesayangannya yang berada tidak jauh di rumah.

"Hello Lola...Lola dah makan ke tu? Panas tak ala ala. Lola, Hairi cuma nak cakap terima kasih kepada Lola sebab dah tolong jadi kawan di rumah ni teman masa sedih Dan gembira ri" kucing bewarna kelabu itu hanya mengiau dengan kata-kata yang telah di sampaikan oleh Hairi Muqris kepada kucing yang telah ia bela dari kucing itu digelar anak kucing lagi di beli olehnya di kedai haiwan kerana kucing itu telah menarik minatnya.

"Huhu Lola pun patut terima kasih kepada RI sebab dah bela Lola huhu" tiba -tiba ada satu suara di belakangnya.

"Ish kau ni lahhh....Rayyan Zairil apa lah kau buat dekat sini kacau ja aku baru ja nak feeling -feeling ngan kucing aku ni" dia menoleh dengan cepat kerana dia kenal dengan tuan punya suara itu tidak lain tidak bukan kawan sekolahnya yang datang ke rumahnya mungkin nak datang bermain atau buat kerja sekolah sama-sama but lebih kepada Hairi Muqris yang buat kerja sekolah tu dia copy and paste ja. Tapi Dia perasan pemakaian kawannya itu pun nampak lain.

" Yang kau pakai lawa-lawa Mai rumah aku ni dah kenapa buang tabiat ke?" Dia melihat kawannya itu memakai kemeja biru tua dengan seluar berwarna Hitam rambut di sikat rapi.

"Peliknya tadi pakcik leman pun pakai biru juga si Rayyan Zairil ni pakai baju biru juga memang ada apa-apa ka hari ni dekat rumah aku atau mata aku yang tak betul dah asyik nampak biru ja" kata kepada dirinya sendiri kerana sebuah kebetulan yang pelik itu.

"Anyway jom lah kita masuk dalam rumah kau mentang-mentang kau tetamu utama hari ni jangan lah kau lupa "tetamu" satu lagi plak" kata Rayyan Zairil sambil menarik Hairi Muqris pergi dari sangkar more like tak boleh cakap sangkar dah macam mini house dah tengoknya Dan mereka masuk ke dalam rumah berdua.

"Eh kau ni dah kenapa nak suruh aku masuk sangat dalam rumah cepat-cepat. Haa ada tetamu ke? Mana Kau Tau ni?" Sambil berjalan mengikut kawannya itu sebab kena tarik.

"Kau ni banyak Tanya lah banyak Tanya dekat sekolah tak pa juga kau ada Ilmu lebih boleh share dekat aku hehe dah lah masuk cepat" Rayyan Zairil mendorong Badan Hairi Muqris untuk masuk dahulu ke dalam rumahnya apabila dia sudah membuka pintu.

"Hishh haduh sakit lah kau ni. Aikk kenapa gelap ja rumah ni tak buka lampu ke tak Dak elektrik" Hairi Muqris bercakap bersendirian apabila melihat sekitar dalam rumahnya itu.

Tiba-tiba lampu di buka Dan dia melihat ramai orang di dalam rumahnya itu Dan....

"SURPRISE!!!" Di jerit oleh orang ramai di dalam rumah itu terutamanya Rayyan Zairil yang berada di belakangnya.

"Apakah?!" Kata Hairi Muqris


BERSAMBUNG.....

THE STEPWhere stories live. Discover now