CHAPTER 3

9 1 0
                                    

Hairi Muqris melihat ramai orang yang ada di dalam rumahnya apabila lampu terbuka. Bukan ramai orang sahaja tetapi di sekeliling ruang tamunya di hiasi dengan belon yang berwarna biru tapi ada juga belon berwarna pink yang akan di pasangkan dengan belon berwarna pink Dan biru itu belon berwarna gold. Cantik di hiasi sekeliling ruang Tamu tu seperti ada majlis......Hari jadi?

"Happy birthday Hairi Muqris!!" Jerit kawannya itu iaitu Rayyan Zairil yang berada di belakangnya sejak dari tadi dia menjerit kerana melihat kawannya di depan Dah tercengang tanpa ada apa-apa reaksi seperti patung dengan kejutan itu.

"My birthday?today?" Hairi Muqris keluar dari lamunanya itu Dan pusing kebelakang melihat kawannya di selangi dengan tetamu yang ada di depan.

"Of course lah apa lah anak mama ni boleh lupa birthday dia sendiri nasib baik mak sendiri tak lupa" ada suara yang Hairi Muqris sangat kenal ya itu ialah mama dia sendiri di sebelah dapat di lihat papa dia sekali.

"Papa Dan mama dah Balik!" Hairi Muqris pergi kepada mama Dan papanya untuk berpelukan.

"Yea hari penting ri ni kami kena lah Balik. Oklah semua tetamu yang hadir boleh menjamu selera dulu ya Dan bermain permainan yang diadakan" beritahu mamanya selaku tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran tetamu yang dapat datang selepas waktu sekolah jadi tak ramai lagi yang datang untuk membuat kejutan tadi.

Semua tetamu pun beredar dahulu ke tempat yang mereka mahu tuju iaitu sama ada menjamu selera atau melayan kerenah anak mereka untuk bermain permainan kanak-kanak.

"Kenapa mama Dan papa tak beritahu yang dah sampai di Malaysia bolehla ri pergi jemput dengan pakcik leman" Hairi Muqris berasa mahu sedikit merajuk kerana selalunya dia Dan pemandunya itu akan pergi ke lapangan terbang untuk menjemput kedua mama Dan papanya.

"Kalau kamu datang jemput kami tak jadi lah kan kami punya surprise ni untuk kamu lagipun kan ni baru surprise yang first Tau" balas mamanya

"Haa? Mesti hadiah menarik kan Dan hadiah tu tak muat dalam kereta kan?" Teka Hairi Muqris sambil terbayang hadiah menarik yang dia akan dapat sempena hari jadinya yang ke-15.

"Haha hurm masalahnya hadiah kamu ni tak boleh letak dalam Bonet kereta tapi duduk tengah antara mama Dan papa" balas Dato' rizkal sambil mereka tiga beranak berjalan menuju ke sebuah bilik.

Hairi Muqris kenal akan bilik tu sebab dia kerap nampak pembantunya keluar masuk dari bilik tu tapi dia tak mengendahkan sangat sebab mungkin ingat itu cuma salah satu bilik stor.

"Hairi Muqris bin Dato' rizkal mama perkenalkan kamu dengan adik perempuan kamu yaitu Alia rissa " sambil mamanya berkata begitu dan membuka pintu itu terbuka luas.

Hairi Muqris dapat melihat seorang budak perempuan yang dihiasi dengan indah Dan cantik dengan memakai gaun merah jambu rambutnya sedikit kepirangan tapi panjang sehingga kebahu Dan dia memakai flower crown yang mana bunganya disusun berwarna pink Dan putih. Budak perempuan itu duduk di bangku solek Dan bangun apabila kami bertiga masuk.

"Err..hello" sapa budak perempuan itu

Hairi Muqris merasa tercenggang Dan berharap ini hanyalah sebuah mimpi Dan dia buat pertama kalinya mahu mendengar jam locengnya berbunyi pada saat ini.

"What? Apa ni mama papa? Mama papa dah bosan sangat ker tengok ri je kenapa perlu ada seorang lagi?" Tidak kisah budak perempuan tu masih di situ dia meluahkan terus apa yang terbuku di hatinya apabila kedatangan orang baru di depan matanya itu.

"Sayang jangan macam ni mama ngan papa bahagia sangat bila hidup bersama kita tiga but why not kita menyerikan lagi rumah ni? And ri ada teman bermain lagi" balas mamanya kerana takut akan membuat Alia rissa takut Dan bersedih sambil Cuba menenagkan Hairi Muqris.

"No! Mama ni tak betul semuanya tak betul haaa sudahlah" Hairi Muqris pergi meninggalkan mama papa Dan Alia rissa Dan keluar dari bilik itu.

Semasa dia keluar dia Nampak di luar seorang dia kenal sedang memerhati dari luar

"Rayyan Zairil kau tahu pasal ni kan?! Kau...Hugh!"dia tidak menghabiskan kata-katanya Dan tidak memberi peluang untuk Rayyan Zairil mengatakan apa-apa untuk membela dirinya.

Rayyan Zairil melihat semua penghuni di dalam bilik itu Dan melihat semula ke arah Hairi Muqris pergi Dan mengejarnya

"Ri!!! Tunggu!!" Dia segera mengejar Hairi Muqris bagi pihak yang lain

Hairi Muqris tetap berlari dengan sekuat hati dia Dan menyelit dari kesemua tetamu yang ada untuk keluar dari rumah itu.

"Kenapa?! Jarang Balik rumah dan luangkan masa dengan anak lelaki mama ngan papa ni tiba-tiba bawak anak yang lain pula?!" Katanya kepada diri sendiri sambil berlari mendapatkan pakcik leman.

"Pakcik! Jom bawak saya ke tempat biasa" kata hairi Muqris apabila terjumpa pakcik leman sedang minum di luar.

"Tapi nak, majlis tengah berjalan lagi ni"jawap pakcik leman kepada hairi Muqris apabila dia melihat masih ramai yang tengah hadir Dan baru sampai.

"Pakcik nak ingkar arahan saya ka? Jom ja lah" Hairi Muqris berkata begitu sambil pergi ke kereta Dan pakcik leman hanya pasrah Dan mengikut sahaja.

Kereta mereka pun keluar dari perkarangan rumah.

"Ri! Nanti!" Rayyan Zairil sampai lambat apabila melihat mereka sudah pergi jauh

"Aduh kau ni memang suka bertindak tak fikir kan? Pakcik Malik jom cepat ikut kereta pakcik leman tu" Rayyan Zairil memberikan arahan kepada pemandu peribadinya Dan mereka bergegas masuk ke kereta Dan memecut ikut.

BERSAMBUNG...

THE STEPWhere stories live. Discover now