"Jaemin, bagi la aku pulak tangkapkan gambar"
"Budak pendek duduk diam-diam"
Yuri terus memukul lengan Jaemin "Kejam eh kau ni"
Jaemin hanya tersengih lalu sambung melakukan kerjanya. Yuri yang telah pasrah terus pergi dari situ.
"Yuri" panggil seseorang.
"Hyein, kenapa?" soal Yuri sambil berjalan ke arah kawannya itu.
"Kau kenapa jalan sorang ii, bukan kau dengan Jaemin ke?"
Yuri menghela nafas "Hmm malas la aku dengan dia tu, aku nak tangkap gambar pun dia tak bagi. Kedekut!!"
"AHAHA mesti gambar jadi buruk kalau kau yang ambil" sampuk Haechan.
"Ish kau pun sama" Yuri yang makin sakit hati terus meninggalkan dua orang kawannya itu.
Hyein memandang Haechan "Kau la ni, habis Yuri merajuk"
"Aku saja je usik, biarlah dia aku nak sambung tangkap gambar" kata Haechan.
Hyein hanya menggeleng kepala lalu menyambung tugasnya.
--
Yuri sedang duduk di sebuah kerusi yang ada di taman sekolah itu sambil memakan aiskrim.
"Yuri" sapa Renjun.
Yuri tersenyum "hai Renjun"
"Kau okey tak? nampak macam ada benda tak kene je"
Yuri menghentakkan tangannya ke kerusi "Jaemin dengan Haechan tu memang tak guna"
Renjun memegang dadanya kerana terkejut. Marah betul si Yuri ni.
"Dorang buat apa dekat kau?"
Yuri pun menceritakan tentang apa yang jadi dan Renjun pun meng 'ooo' kan jela.
"Kau memang kene banyak bersabar dengan dorang tu" ujar Renjun
"Kesabaran aku dah habis bila dengan dorang" Yuri menghela nafas "Renjun boleh tak nak tengok gambar yang kau tangkap?" soal Yuri sambil menunjuk camera yang ada di tangan Renjun.
Renjun menghulurkan kamera itu kepada Yuri "Tengokla"
Yuri pun mengambilnya lalu melihat gambar yang ada. "Wah cantiknya, memang sesuai untuk majalah sekolah kita"
"Janganla puji, riak pulak aku nanti"
"Dah memang cantik buat apa tak puji" ujar Yuri sambil tersenyum ke arah Renjun.
Renjun pun ikut tersenyum "apa-apa jelah kau"
"Hai Renjun" Jaemin tiba-tiba sahaja muncul di situ dan menyapa Renjun.
"Uish Jaemin hai" balas Renjun.
Yuri membuat muka menyampah apabila melihat si Jaemin.
Jaemin tersengih melihat riak muka si Yuri. Tanpa berfikir panjang dia terus duduk di tengah-tengah antara Renjun dan Yuri.
"Kau ni Jaemin, kerusi banyak lagi. Asal duduk sini jugak. Sempit kau tau tak" marah Yuri
"Alolo cik Yuri marah lagi ke, nah ambil kamera ni pergi tangkap gambar" Jaemin memberikan kamera nya pada Yuri.
"Tak mauu" Yuri terus bangun dan pergi dari situ.
Renjun menggelengkan kepalanya. "Tulah kau Jaemin, usik anak orang lagi"
"Mana la aku tau dia merajuk sampai macam tu" balas Jaemin.
Jaemin pun ikut bangun dan mengejar Yuri. "Yah Kang Yuri, Maafkanlah aku!!"