"Kau nak pergi perpustakaan tak nanti?" soal Renjun pada Yuri.
"Nak nak" balas Yuri.
"Okey, nanti lepas sekolah jumpa kat depan pagar" ujar Renjun lalu dia pergi masuk ke dalam kelasnya. Yuri pula teruskan perjalanannya untuk ke kelas.
--
"Kelas kita sampai di sini sahaja, semua boleh balik" ujar Encik Lee lalu beredar dari kelas tersebut.
Yuri pun mula mengemas barang-barangnya.
"Yuri, kau nak ikut aku, Haechan dengan Jaemin pergi makan ayam tak?" soal Hyein.
"Emm tak kot, sebab aku nak pergi perpustakaan dengan Renjun" balas Yuri.
Hyein mengangguk paham "Nanti kalau ada lebih aku bungkus untuk kau"
"Eh kau ni Hyein tak payah lah. Korang makan la sampai habis, bagi kenyang"
"Iyelah kau, takpe kalau ada lebih aku bungkus jugak. Okeylah aku pi dulu" Hyein pergi keluar dari kelas tersebut.
Yuri pun menggalas beg nya lalu keluar. Apabila sampai di depan pintu keluar sekolahnya. Terlihat Renjun yang sedang menunggunya.
"Renjun"
"Sampai pun kau. Jom kita pergi"
"Sorry lambat, banyak pulak barang nak kemas"
"Eh tak apa lah, aku tak kisah pun" ujar Renjun
"Kau tunggu lama ke?" soal Yuri.
"Tak ada la lama sangat" balas Renjun.
Yuri pun mengangguk tanda paham.
--
"Yuri tak join ke?" soal Haechan pada Hyein.
"Ohh dia tak dapat nak join" balas Hyein.
"Kenapa?" soal Jaemin pula.
"Dia nak pergi persutakaan katanya" jawab Hyein.
"Sorang je ke?"
"Tak lah dia pergi dengan Renjun"
"kenapa dengan Renjun?"
"Eh kau ni Jaemin banyak pulak tanya, mana la aku tau kenapa dia pergi dengan Renjun" ujar Hyein yang stress menjawab soalan si Jaemin.
"Halah kau ni Hyein. Aku tanya je"
"Dah dah bising pulak korang dua ni" Haechan mula bersuara.
Mereka pun meneruskan perjalanan mereka.
--
Setelah beberapa minit akhirnya mereka tiba di perpustakaan.
Mereka memilih meja yang berada di bahagian hujung kerana tempat itu sedikit tersorok.
"Aku nak pergi cari buku dekat bahagian sana tau" ujar Renjun pada Yuri. Yuri pun mengangguk paham.
Yuri pergi ke bahagian buku subjek sains. Dia pun melihat-lihat buku yang ada.
"Noona"
Yuri memandang budak yang memanggil nya itu.
"Wae?" soal Yuri pada budak itu.
"Noona boleh tak tolong ambilkan buku untuk Jiho?" soal Jiho.
"Ohh boleh ii. Dekat mana buku tu Jiho?"
Jiho pun menarik tangan Yuri ke bahagian buku cerita kanak-kanak. Dan menunjukkan buku tersebut.