Teaser 2

41 5 0
                                    

*Nota penting: Unedited version sebab dah lama taip tapi kita kasi teaser dulu ye 😊*

Just because I let you go, it does not mean that I wanted it.
- Quotezia via Pinterest

"You're sure of this?" Soal Hazriq untuk entah berapa kalinya.

Sejak dua minggu yang lalu, itulah soalan yang diajukan kepada Caroline. Namun, isterinya tetap berkeras dengan keputusan untuk pulang ke England semula.

Sebagai seorang suami, dia merasakan di waktu ini dia telah gagal mengetuai rumah tangganya. Caroline meminta dia melepaskan pun dia tak mampu. Hati seorang Hazriq Arryan terluka dengan apa yang berlaku dalam perkahwinannya.

Perjalanan ke KLIA terasa jauh. Hatinya berat untuk melepaskan tetapi demi kebahagiaan Caroline, dia terpaksa bersetuju. Sayang dan cintanya buat Caroline Isabelle masih utuh.

Betullah kata daddynya, cinta sahaja tidak cukup untuk bahagia untuk selamanya. Perkahwinan yang dibina bukanlah untuk sehari dua, ia adalah untuk sehingga ke hujung hayat.

Dia dan Caroline terlalu muda, terlalu naif dengan keseronokan alam percintaan. Cuma harapannya adalah supaya Caroline kekal menjadi isterinya buat selamanya.

"I will miss you, my love…" Ujar Hazriq kepada Caroline.

Entahkan didengari oleh Caroline atau tidak. 

"I will always love you, walaupun kita terpisah." Terdengar suara halus milik Caroline membalas.

Sebelah tangan Hazriq memaut tangan kanan milik Caroline. Hazriq menghela nafas, dadanya terasa sedikit sesak ketika ini. Sayang sangat.

"I am so sorry for everything, Belle." Ucap Hazriq dengan penuh rasa sedih.

Depan Caroline, dia menjadi lelaki paling lemah dengan rasa yang membaluti di jiwa dan raganya.

Siapa sangka dia yang dahulunya tidak percayakan cinta boleh saja tewas dengan seorang gadis berbangsa Inggeris yang bernama Caroline Isabelle Carter?

𝐌𝐲 𝓢𝔀𝓮𝓮𝓽  𝐂𝐚𝐫𝐨𝐥𝐢𝐧𝐞 (TBD)Where stories live. Discover now