「i」

1.2K 88 10
                                    

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa, pokok-pokok dijalanan berliuk lentok mengikut tiupan angin, barangkali malam itu akan hujan.

Suga membuka pintu rumahnya, dia bosan terperap di dalam bilik, lama dia tak keluar mengambil angin malam. Dengan sweatpant dan sweater nipis yang menutup baju t-shirt, Suga keluar untuk duduk di meja terletak di laman rumahnya. Appa dan omma tak ada sebab urusan dengan klien yang terletak di luar negeri, jadi dia duduk seorang diri di rumah banglo 2 tingkat itu.

Suga meniup tapak tangan, terasa sejuk dan segar duduk di luar ni, angin lembut memukul muka putihnya. Namja itu memandang sekeliling, gelap, hanya lampu jalan menerangi kegelapan itu. Dia mengeluh, alangkah bagusnya dia ada adik beradik, boleh diajak borak, ni tidak. He is a lonely boy~ Ni la nasib anak tunggal, keseorangan.

Gedebukk!!

Suga memandang ke luar pintu gerbang rumahnya yang agak jauh dari tempat dia duduk, matanya dikecilkan untuk melihat benda yang terjatuh diluar pagar rumahnya. Dengan diterangi cahaya lampu, Suga hanya dapat melihat lembaga hitam bergerak gerak di tepi pagar. Seperti, mengutip sesuatu setelah jatuh. Mukanya agak tidak jelas kerana tidak ada cahaya yang menyuluh dirinya.

Suga sedikit takut, malam malam dengan sorangnya, risau macam macam benda jadi. Dia teragak agak sama ada mahu masuk rumah atau menolong orang itu. Takut takut berani, Suga melangkah ke pagar rumahnya.

"Nuguseyo?" Suga bertanya perlahan, tangan diseluk dalam poket sweater untuk menghilangkan ketakutan.

Orang tersebut menghentikan pencarian dan memandang Suga dengan muka speechless, tangannya terdiam dari mencari benda.

"Nae... nae?" suara perlahan orang tersebut kedengaran, lebih kepada suara yeoja.

"Apa kau buat dekat sini?" Suga bertanya lagi.

"Umm... aku cari buku aku terjatuh tadi, malam jadi tak nampak," jawab yeoja tersebut.

Suga mengangguk menandakan dia memahami jawapan yeoja tersebut.

"Aku kacau ke?"

"Ah? Tak la, cuma tadi terdengar benda jatuh, tu aku tengok," jawab Suga.

"Oh..." yeoja tersebut terus mencari cari lagi barang yang dikatakan buku itu.

"Nampak ke? Cahaya malam ni malap, kalau nak aku boleh ambilkan torch light," pelawa Suga setelah melihat yeoja itu mengalami kesusahan tidak dapat mencari dalam gelap. Malah dia sendiri tidak nampak muka yeoja itu.

"Takpe, aku ada mata kucing," jawapan yeoja tersebut membuat Suga tertawa kecil.

"Kau ada mata kucing? Wow, first time aku dengar," Suga menggeleng kepala, ada jugak manusia yang mendakwa dirinya bukan bukan.

Yeoja itu memberhentikan tangannya mencari dan membatukan diri, tetapi masih tertunduk. Suga berasa hairan.

"Kau okay?"

"Kenapa? Kau tak percaya aku ada mata kucing ke?" pertanyaan yeoja itu perlahan tetapi kedengaran tegas, Suga sedikit kecut.

"Kau terasa ke? Maaf la, aku main main jer, tak cakap aku tak percaya." Suga cuba membuat yeoja itu tidak salah faham. Kedengaran tawa halus yeoja itu membuatkan bulu roma Suga naik.

"Aku gurau jelah,"

"Heh, aku fikir apa tadi," Suga mengurut dada.

"Takkan takut kut," yeoja itu tergelak kecil.

"Takde la, cara kau gelak menyeramkan, lagi lagi gelap macam ni. Eh, nama kau siapa?" sedari tadi berbual, nama pun tak ditanya.

"Ah? Oh nama aku... Cattylina Kim, boleh panggil Catty,"

"Cattylina Kim? Comelnya nama, aku Min YoonGi, panggil Suga," ujar Suga ramah, Catty tersenyum.

"Oh Suga, ah... boleh tolong aku cari buku aku tak?" Catty yang terkial kial dari tadi meminta pertolongan Suga.

"Oh lupa, kejap aku ambil torch light," Suga berlari anak masuk ke rumahnya dan keluar semula dalam masa beberapa minit.

"Catty? Kau dekat mana?" Suga menyuluh nyuluh kawasan rumahnya.

"Hey Suga, nak tolong tu buka la pintu pagar ni,"

"Ah okay..." haih Suga Suga..

Suga menyuluh dihadapan pintu pagar dan sepanjang laluan di depan pintu pagar rumahnya, dia tidak sengaja tersuluh Catty.

"Ah!"

"Eh, mianhae, aku tersuluh mata kau, sakit ke?" Suga suspens.

"Tak tak aku okay, mata aku pun memang sakit ni, bukan salah kau," jelas Catty sambil cuba mengelak dari Suga menyuluhnya lagi.

"Kita masuk dulu la, letak ubat mata,"

"Andwae! Kita kena cari buku tu sampai dapat, tu diary aku,"

"Oh okay." heleh minah, sesuka hati jer suruh aku tolong sekali.

Mereka mencari sehingga memakan beberapa minit. Nak dekat sejam actually.

"Catty, kau punya ke ni?" Suga terjumpa sebuah buku berwarna merah hati, didepannya tertampal sticker kucing.

"Huh? Yes! That's mine, I'm so glad, thanks Suga," Suga hairan melihat Catty terlalu gembira berjumpa dengan diary nya. Ada rahsia mungkin?

"Gomawo Suga, kalau kau tak tolong, sampai subuh la aku mencari," Catty bersungguh sungguh berterima kasih, Suga menjadi janggal.

"Ah, small matter, eh dah lewat ni, jom tidur rumah aku nak?" pelawa Suga.

"Parents kau takde ke?"

"Diorang outstation, duduk jelah, aku pun sensorang jer dalam rumah ni,"

"Aik? Lain macam jer ayat kau ni," kata Catty sambil mengambil beberapa langkah menjauhkan diri.

"Ey, jangan fikir lain la." Suga memandang Catty atas bawah, terkekek yeoja itu ketawa.

"Okay, lagipun aku punya rumah jauh, kau tak kisah kan?"

"Tak, jom la," Suga menarik lengan Catty, yeoja itu tersenyum. Bermakna.

---

Klik!

"Kau tidur sebelah bilik aku, bilik tu kosong, apa apa hal aku dekat sebelah jer," Suga memberitahu Catty tanpa memandangnya, dia merasakan tiada respons dari belakangnya membuat dia berpaling.

"Catty? Kau okay?" Suga cuba memegang bahu Catty yang menunduk.

"Ah? Aku okay, mata aku sakit sikit ni," ujar Catty.

"Eh lupa pasal mata kau, jom aku ambil ubat,"

"Eh takpe, tunjukkan je bilik aku, tidur nanti elok la,"

"Okay jom," Suga mula memanjat menaiki tangga diikuti Catty.

---

"Ni bilik kau,"

Catty masih menunduk, "Bilik air ada dekat dalam kan?"

"A'ah," balas Suga sepatah.

"Oh okay, aku masuk dulu," cepat cepat Catty menutup pintu, Suga membuat mimik muka.

'Suka hati jer tutup pintu bilik rumah orang bila owner ada depan mata,' Suga mencebik dan berlalu ke biliknya.

---

'Kenapa Catty ni pelik sangat? Macam ada something yang dia sorokkan, dah la taknak tunjuk muka, musykil aku,' Suga memikirkan pasal yeoja yang baru dijumpainya, sehingga dia tertidur.

Malam itu Suga tidur tidak berapa lena kerana asyik diganggu dengan bunyi ngiauan kucing yang dirasakan amat dekat.

kucingWhere stories live. Discover now