「vi」

553 63 17
                                    

"Namja yang gempal meninggal selang beberapa hari selepas itu, kematian dia ngeri sangat. Badannya penuh dengan garis halus seperti dihiris, lidahnya dipotong. Kemuncak kematian dia, lehernya disembelih sehingga hampir putus."

"Yang Nam Hong itu, hilang.. puas pihak asrama cari, rupanya dia mati didalam hutan, badannya dicucuk pada buluh tajam pada bahagian perut, ususnya tiada. Katanya usus dia telah dikorek awal dan disumbat didalam mulutnya."

"Lagi dua itu dilemaskan didalam sinki bilik air, muka mereka sangat tidak masuk akal, mereka tidak mempunyai mata hidung dan mulut, badan mereka sangat pucat dan berulat, seperti sudah lama mati, tetapi sebenarnya baru dijumpai." terang orang tua itu sepanjang alam, Suga terdiam.

(P/s: otak aku tengah suci so cara bunuh dia memang tak gempak la ek)

"Habis? Yang lain lain tu? Maksud saya selain 4 orang tu kan ada yang buli dia lagi," Suga bertanya.

"Setahun lepas tu, asrama tu terbakar. Tiada seorang yang selamat, ramai orang cakap tu kerja roh Catty dan Emy yang tak aman, tapi orang yang lalu tepi asrama itu selalu nampak gadis yang lebih kecil. Mungkin itu Catty." sambung orang tua itu.

"Macam mana ahjumma boleh tahu semuanya ni?" tanya Suga musykil.

Orang tua itu kelihatan gugup, dia menjawab perlahan, "Ahjumma seorang cleaner dekat situ, kebetulan waktu kebakaran, ahjumma takde dekat asrama, kiranya hanya ahjumma yang selamat."

"Jadi... selama ni kematian Emylina, dihebohkan.. kenapa aku tak tau?!" Suga melepaskan kemarahannya pada diri sendiri, orang tua itu terkejut.

Tanpa sepatah kata, Suga bergegas keluar dari rumah orang tua itu dan menuju ke keretanya. Pantas Suga memecut pergi, orang tua itu sekadar memandang.

"Kenapa..." telinga ahjumma itu menangkap suara seperti rintihan dibelakangnya, perlahan lahan dia berpaling, mata tuanya menangkap satu susuk tubuh betul betul dibelakangnya.

"Kau," orang tua itu tenang, "Kenapa masih tak pulang,"

"Kenapa.. kau cerita terlalu banyak?" suara yang terbit dari mulut orang itu membuatkan ahjumma tersebut terdiam.

Cakk!!

"Argh! Ahh..." orang tua itu terduduk. Mukanya berkerut menahan pedih.

"Kau bagitau dia terlalu banyak, kenapa?" tanya orang itu berulang kali, ahjumma yang terduduk itu semakin berpinar pening.

"Balik la.. Catty, Emylina takkan suka apa yang kau buat.. pintu masih terbuka, tenangkan 'diri' kau Catty," ucapan orang tua itu membuat orang itu marah.

"Aku selalu dengar budak budak yang membuli aku tu cakap," orang itu berjalan setapak dan mendalam sedikit pisau yang menusuk perut yeoja tua itu tadi, darah mengalir keluar dari mulut orang tua malang itu.

"Kalau nak jadi jahat, jadilah yang paling jahat," bisik orang itu ditepi telinga ahjumma. Dia akhirnya membenamkan seluruh hulu pisau itu, mata orang tua itu menahan sakit yang teramat dan ketika itu, dia merasai nyawanya seolah olah ditarik secara perlahan.

"Supaya neraka dapat menerima kita dengan pintu yang terbuka luas." sejurus itu, orang yang menikam ahjumma itu menolak kuat orang tua yang sudah kehilangan nyawa tersebut.

---

Suga terus memecut laju, dia tidak memikirkan apa apa kecuali Catty, tiba di satu simpang yang lampunya sudah merah, Suga terus memecut tanpa menghiraukan kiri dan kanan, bunyi hon yang nyaring tidak dihiraukan.

Sesampai sahaja di depan pintu rumah, Suga terus memanggil Catty.

"Catty! Cattylina Kim, keluar sekarang!"

kucingWhere stories live. Discover now