Suga terus mencapai kunci kereta, dia turun ke garaj. Selepas menghidupkan enjin, dia terus keluar tetapi sempat menjeling pada tingkap bilik Catty, yeoja itu memerhatikannya. Terus Suga memecut kerana takut.
---
"Maafkan saya cik, cik pernah tengok tak pelanggan ni?"
"Maaf, saya tidak pernah nampak."
"Oh kalau macam tu, saya pergi dulu, maaf mengganggu."
Suga kecewa, butik yang diperginya semua tidak mengenali Catty. Dah la dia ingat 3 butik sahaja, itu pun terpandang bag time dia menarik Catty menjauhi 'benda' pelik di mall seminggu lepas. Suga terduduk dibangku yang terletak di taman berdekatan mall.
"Nak? Kamu tak apa apa?" tegur seorang tua.
"Ah? Oh.. tak ada apa apa," bohong Suga.
"Boleh ahjumma minta tolong?"
"Nae, tolong apa eh?" balas Suga ramah.
"Tolong hantar ahjumma balik rumah, dari tadi tunggu bas tak sampai pun." jelas orang tua itu lagi, Suga mengangguk.
"Marilah, saya hantar." Suga membantu orang tua itu berjalan ke keretanya, dia terlupa sekejap hal Catty.
---
''Ahjumma tinggal dekat mana?" Suga bertanya untuk mengelak kesunyian di dalam kereta.
"Dekat dengan asrama anak yatim," jawapan orang tua itu mengkakukan Suga, serta merta dia teringat Catty.
"Masuk mana ni ahjumma?" tanya Suga sambil memerhati satu satu lorong yang dilintasinya.
"Kamu nampak papan tanda rumah anak yatim tu? Masuk situ," Suga menurut arahan orang tua itu, rasanya ini jalan yang dilalui oleh dia dan Catty ketika dia membawa yeoja itu ke mall.
"Masuk lagi eh ahjumma?" tanya Suga lagi, matanya melihat keadaan sekeliling, sudah mulai gelap.
"Masuk je, sampai kamu nampak rumah kayu," terang ahjumma itu.
Suga meneruskan perjalanan, tiba di satu simpang, terdapat sebuah bangunan yang sudah tiada rupa bangunan. Hitam dan hanya kelihatan rangka, Suga memberanikan diri bertanya kepada orang tua dibelakangnya.
"Ahjumma, rumah siapa tu?"
"Tadi tu? Bukan rumah, asrama anak yatim." jawab orang tua itu ringkas.
"Kenapa ahjumma? Terbakar ke?" banyak tanya pulak Suga nih.
"Tu rumah ahjumma," seolah olah tidak mahu menjawab, orang tua itu laju memotong percakapan Suga apabila ternampak sebuah rumah kayu yang kecil tidak jauh daripada asrama hangus tadi.
Suga membelok masuk ke perkarangan rumah kayu itu, sangat simple reka bentuk rumahnya. Mungkin cukup menampung diri orang tua itu seorang.
"Kamu nak berehat sebentar ke nak?" pertanyaan orang tua itu menyedarkan Suga.
"Ah.. boleh juga," jawab Suga, dia keluar dari kereta untuk mengambil udara.. segarnya~
"Jemput masuk nak," pelawa orang tua tersebut, Suga tersenyum dan mengikut orang tua itu masuk ke rumahnya.
Rumahnya ringkas, hanya terdapat satu set perabot yang kelihatan lusuh, dan mungkin dua bilik di belakang.
"Rehat la dulu, ahjumma bawakkan air," Suga tersenyum, dia memandang keliling ruang tamu itu, matanya tertancap pada satu frame gambar.
YOU ARE READING
kucing
Mystery / Thriller|| Min Yoongi || Satu malam yang mengubah hidup Min Yoongi ataupun Suga. Pertemuan dengan gadis bernama Catty sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan sehari-hari Suga. Apatah lagi memori lama berkait dengan apa yang berlaku. Dendam tidak kesampaian...