"Jin..jinjjayo?" balas Catty terketar ketar.
"Nae, sebab tu aku tarik kau, masalahnya, semua kepala tu.. berulat, darah dengan lendir yang memang... aku tak sanggup nak ingat."
"Dah relax la, mungkin kau tak rest kut," Catty menenangkan Suga.
"Kau.. ada tanya kan kenapa aku kata aku ni kejam?"
Catty terdiam, rasa serba salah nak angguk sebab Suga masih boleh dikatakan trauma, tetapi melihat dia sudah bersedia menceritakan, Catty mengangguk.
"Dulu.. aku ada yeoja chingu, kitorang boleh dikatakan buat fake relay. Tapi aku tau dia sayang aku sangat, everytime jugak la nak berkepit."
"Sampai one day, time aku pergi tasik dengan dia, macam dating la.. tahap kecemburuan ni melampau. Dia rampas jer phone aku sesuka hati then tengok no. phone chingu aku yang lain, dia delete semua no. chingu yeoja aku, masalahnya tu semua classmates."
"Aku.. aku tak tau satan mana rasuk aku masa tu, aku tolak dia ke tasik. Nobody around us, aku memang tak waras gila time tu. Aku pandang.. cara dia terkapai minta tolong, tapi aku lemah sangat." terang Suga sambil menunduk menahan sebak. Catty setia mendengar.
"Aku balik dan berkurung, lama juga dalam dua tiga hari, family aku risau. Diorang pujuk aku keluar, sebab nak lepaskan segalanya, aku ceritakan. Guess what? Family mana tak terkejut kan?" Soal Suga sambil tersengih.
"Omma aku menangis, appa aku diamkan diri... tapi satu aku terkilan, tiada siapa tuntut hak dia, aku tak tau dia ada family ke tak? So.. bila takde benda berlaku, kitorang semua senyap. Sekolah pun buat tak kisah, kitorang tunggu family dia, pun tak ada,at the end bila semua sunyi, aku try lupakan dia, tapi aku tetap benci diri aku.. aku bukan tak kenal dia macam tu.."
Catty mengertap bibir, cerita Suga sungguh menusuk kalbu.
"Apa nama yeoja chingu kau tu?" soal Catty lagi.
"Emylina Kim,"
"Ah~ Lawanya nama.." Catty mengangguk faham.
"Aku rasa aku namja paling kejam dekat dunia ni, so aku decided taknak fall in love dengan yeoja lagi, aku taknak aku jadi gila lagi macam dulu," Suga mengeluh perlahan.
"Bukan kau orang paling kejam Suga, stay strong boy," ujar Catty memberi kata semangat. Suga tersenyum.
"Dah cepat habiskan, eh kau tak call parents kau ke?" Catty cuba mengalihkan topik supaya Suga tidak lagi dihimpit rasa sedih.
"Dah diorang benarkan kau tinggal dekat sini, but now diorang bagitau diorang extend lagi masa kerja diorang, so tak boleh buat apa.."
"Oh.. aku tak susahkan kau ke?"
Suga memandang Catty hairan, "Ani, aku rasa aku yang susahkan kau sebab selalu suruh kau masak." jawab Suga sambil tertawa, Catty pura pura merajuk. Mereka berpandangan sebelum ketawa bersama.
---
Sudah seminggu lebih Catty tinggal di rumah Suga, namja itu semakin gembira kerana mempunyai rakan yang memahami dirinya.
Suga bermalasan di kerusi sofa sambil menukar nukar siaran tv, tiada yang menarik pada waktu petang, dia pun berasa sunyi. Menyesal tak teman Catty pergi taman.
---
"Suga,"
"Apa?" Suga membalas bersahaja sambil matanya tertumpu pada skrin phone.
"Jom pergi park, boring la duduk rumah," ajak Catty.
"Park? Pfft, malas la boring jer park tu,"
YOU ARE READING
kucing
Mystery / Thriller|| Min Yoongi || Satu malam yang mengubah hidup Min Yoongi ataupun Suga. Pertemuan dengan gadis bernama Catty sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan sehari-hari Suga. Apatah lagi memori lama berkait dengan apa yang berlaku. Dendam tidak kesampaian...