31

20 0 0
                                    

malam suram.
bukan pada suasana tapi pada rasa.

ini yang kedua.
beribu-ribu zarah tak bernyawa dalam rumah ini terasa kosong.
semuanya leka,
tak terganggu sedikit pun dengan gegak gempita perang udara.
teratak ini suram.
luar dan dalam.
tidak kerana satu lampunya padam,
tetapi kerna watak utamanya luput,
diambil Tuhan.

ini yang kedua.
masih memutar memori "waktu 'dia' ada, kita buat apa ya?"
rasanya baru lebaran lepas kita bersama.
tapi rupanya ini yang kedua.

sangkut besi tadi kelihatan ganjil,
patutnya yang tersangkut teluk belanga ada dua.
hahaha masa masih tak terima lagi.
sedang sebelum ini tak pun peduli,
yang kalau sebelum kedua ini kita berbilang ganjil, tapi kini yang genap baru rasa asing.

asing.

Tentang RasaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang