19 (i)

36 2 0
                                    


Selamat hari jadi.

Tahniah masih punya peluang menyedut udara dingin hari ini.
Menjadi dewasa depan mata kuyu mak yang semakin kecil dimamah usia.
Menjadi dewasa untuk tunjuk dekat bapak yang kau boleh capai cemerlang yang tak disangka.
Jika bukan Tuhan yang menjaga segala tatacara dewasa ini, siapalah aku.

Selamat hari jadi.

Jadilah dewasa yang punya harga diri.
Yang tak menuding benar hanya pada diri sendiri.
Jadilah dewasa yang matang fikiran.
Bukan hanya merungut "Oh, aku mahu mainan".
Jadilah dewasa yang sering menggumam "Oh, mak sudah terlalu penat. Aku patut buat."

Selamat hari jadi.

Hari genap usia dewasa tapi bapak tak wujud disisi.
"Aku dah besar, bapak."
Boleh pegang impian pakai kudrat kepala hingga kaki.
Cuma belum kuat tempuh sendiri.

Mac 6,2022-0034

Tentang RasaWhere stories live. Discover now