~7🖤~

1.9K 61 1
                                    

MALAYSIA

"Nabila kau stay rumah aku je eh.Sebab rumah kau tu masih dalam siasatan.Okay???" Tanya maya kepada nabila.

"Aku minta maaf,maya.Sebab dh susahkan kau.Aku betul betul minta maaf"kata nabila.Air mata nya mula mengalir dengan deras.Tubuhnya didakap oleh sahabatnya.

"Eh jangan la cakap macam tu.Kau kan sahabat aku mesti la aku tolong kau"kata maya.Baju nya sudah pun basah akibat air mata nabila.Tubuh nabila dilepaskan dari dakapan itu selepas gadis itu berhenti menangis.

"Aku nak keluar jap beli makanan.Kau naik la atas rehat.Jangan lupa kunci pintu okay"kata maya lagi.

Maya keluar dan menuju ke destinasi yang ia ingin pergi.Nabila masih lagi termenung sambil melihat televisyen itu.Matanya di televisyen tetapi fikirannya melayang memikirkan nasib nya yang akan datang.

7:30 malam

Sudah 30 minit sahabatnya itu keluar.Sepertinya belum ada bunyi kereta memasuki kawasan itu.Nabila menuju ke biliknya ditingkat dua.Beberapa langkah menaiki anak tangga Bunyi lonceng di pintu depan membatalkan niatnya untuk ke bilik.pantas dia memutarkan tubuhnya dan ke pintu itu.

Dia membuka pintu itu.Tiada orang.Pelik.Mungkin itu hanya halusinasinya tadi.pantas dia mengunci pintu itu.Dia belari anak ke bilik.Takut.Sudah lah dia sorang saja dirumah itu.

Lelaki disebalik pokok itu tersenyum sinis kerana dapat melihat gadis kesayangannya itu walaupun sekejap.Tetapi dia sangat puas dapat melihat wajah itu.Cantik.Sangat sangat cantik.Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

Nabila sibuk bermain dengan telefon bimbitnya itu.Dia scroll instagram dan terbuka satu profil di instagram tersebut.

"Handsome..."itu sahaja yang keluar dari mulutnya selepas melihat wajah.Tengku Harith Luthfi.

Tangan gatalnya laju menekan butang yg ada di skrin tersebut.Sekarang dia sudah Follow instagram lelaki tersebut.Di profil lelaki tersebut jelas memaparkan kosong following di instagram.Bermaksud lelaki tersebut tidak mengikuti sesiapa pun di instagram.Tiba tiba dia ingin tahu dari mana asal usul lelaki itu.Jarinya menekan goggle dan menulis nama Tengku Harith Luthfi disana.Tidak ada apa apa yg keluar.Pelik.indentiti lelaki tersebut disembunyi.Siapa lelaki itu?Kenapa goggle tidak memberitahu tentang lelaki itu?Lelaki itu sangat banyak Followers di instagram takkan tak masuk goggle?Tetapi Nama lelaki itu seakan pernah didengarnya.Luthfi?

Tok

Tok

Tok

Tok

Pintu Bilik Nabila diketok dari luar.Nabila berlari ke pintu itu.Muncul lah muka sahabatnya itu.

"Eh sampai pun ingatkan tak balik dah"kata nabila sambil membuat muka merajuk.yela orang tengah lapar kot.Dia boleh pulak balik lewat.

"Ala jalan j-"belum sempat maya menghabiskan ayatnya Nabila sudah pun mengambil Makanan yang ada ditangan Maya.Kurang Ajar punya kawan.










nanti saya update lagi.Okey.enjoy guys

Mrs Luthfi [OG]Where stories live. Discover now