~10🖤~

1.9K 64 1
                                    

Dia tidak menyangka dia diterima kerja di syarikat Luqman sdn bhd.Betapa bahagianya sehingga dia terlupa dia masih lagi dicari oleh penjahat penjahat itu.

"Thanks beb.Thanks juga untuk daddy kau.Dia terima aku kerja kat syarikat dia"kata nabila tersenyum manis.

"Bagus la tu kan daripada kau duduk je kat rumah ni.Tak buat apa apa"kata Maya menjeling Nabila.suka la tu dapat kerja yang dia impikan selama ni.

"Hehe jangan la buat muka macam tu,maya.Macam tak ikhlas je hm"jelingan maut dari sahabatnya itu membuatkan hati nya sakit.Rasa nak korek je mata tu.

"Ala..Mana ada.Eh Nabila,Macam mana dengan kes ibu tiri dengan adik tiri kau tu?polis dah jumpa ke siapa pembunuh nye?"Maya menukar topic perbualan mereka.

"Aku tak tahu la siapa bunuh tu.Polis pun tak bagitau apa apa.Kes tu tutup macam tu je la kot"kata nabila.Air matanya mula bertakung.Menunggu masa untuk jatuh.

"Ala jangan la nangis.Aku tanye jela"rasa serba salah pula dibuatnya.

"Eh mana ada.Aku just tak percaya"Air matanya terus mengalir.Pantas ibu jarinya mengelap air mata tersebut.Kenapa orang yang dia sayang pergi semua?kenapa tinggal dia sebatang kara sahaja?

"Dahlah nabila..aku tak suka tengok kau sedih.aku minta maaf sebab ungkit benda tu tadi.Aku just tanya.Aku minta maaf okayy"Maya memujuk sahabatnya itu.

"Eh no la.Bukan salah kau pun.Kau kan hanya tanya"kata nabila kepada maya.Dia tidak mahu sahabatnya itu risau.

"Selamat pagi tuan luqman"sapa nabila.

Hari ini adalah hari pertama nabila berkerja sebagai engineer disyarikat bapa kepada sahabatnya itu.

"Selamat pagi,Nabila.Masuk bilik saya sekejap"kata tuan luqman kepada nabila.Nabila hanya mengangguk sahaja.

"Baik tuan"laju kaki ke bilik nya sekejap sebelum ke bilik tuan luqman.

Dia minum air supaya tidak gugup bila bercakap dengan bossnya itu.Ni mesti ada something.Belum apa apa dah kena panggil alamak.

Tok

Tok

Tok

"Masuk"jerit Luqman dari dalam.

Lalu nabila masuk ke dalam selepas tuan luqman membenarkannya untuk masuk.

"Ye tuan?ada apa tuan panggil saya?"kata nabila tersenyum manis.

"Saya ada benda nak bagitahu kamu.Duduk dulu"lalu nabila duduk dihadapan tuan luqman.

"Kamu kenal tengku harith??"lepas mendengar itu.Badan nabila terus mengeras.Of course aku kenal.

"Tak"jawab nabila singkat.Menipu sekali sekala tak pa la kan.

"Betul???"Kali ini suaranya keras sedikit.Ingin memastikan adakah benar gadis dihadapannya ini tidak kenal dengan lelaki itu.Famous kot takkan tak kenal.

Nabila tidak tahu apa tujuan bossnya ingin menemui nya.Hanya sekadar bertanya aku kenal ke tak lelaki itu.Kalau tu je baik aku masuk bilik aku pergi buat kerja aku.Hari pertama pun dah banyak kerja.Kau ingat hari pertama ni goyang kaki je ke?And ada banyak benda lagi yang aku perlu belajar kat pejabat ni tau.

"Betul saya tak kenal.Apa kaitan dia dengan saya?kenapa tuan tanya..saya kenal dia ke tak??"tanya nabila.Jantungnya sudah berdetak kencang.

"Saya rapat dengan dia.Bapa dia dulu sahabat baik saya.Anak dia Tengku Harith.Saya tahu awak pekerja baru..jadi saya nak awak uruskan projek tu dengan dia"setiap perkataan yang keluar dari mulut tuan luqman membuat jantung nya mahu luruh.Dia tidak tahu kenapa.

"Kenapa saya?kenapa bukan orang lain?"nasib baik tak gugup.Pelik beno suruh aku kerjasama dengan lelaki tu.dahla first day.

"Nabila tolak ke?"tanya tuan luqman kepada nabila.Rasa serba salah pulak bila tanya soalan macam tu.

"Eh tak,bukan tolak.Saya terima"kata nabila tersenyum.eh jap dia cakap dia terima???damn tersasur!

"Jadi nabila terima lah?kalau macam tu besok kita boleh mula bincang dengan tengku harith lah ya"kata tuan luqman tersenyum.

"Nak tak nak aku kena terima jugak"kata nabila perlahan.Takut dia ingin berjumpa dengan lelaki itu.baru beberapa hari yang lepas aku stalk kau.Tak sangka la pulak akan berjumpa.










JANGAN LUPA VOTE 💐

Mrs Luthfi [OG]Where stories live. Discover now