M 1

16.6K 293 1
                                    

Adara berjalan masuk ke dalam Pusat kebajikan yang dijalankan oleh kedua orang tuanya, dia berasa sangat gembira dan tenang untuk belajar bahasa isyarat bersama-sama dengan orang-orang yang kurang berkemampuan yang lain di pusat itu.

Dia sudah membantu di pusat itu dari zaman diplomanya lagi hingga zaman kerjanya dia masih lagi datang ke tempat itu.

"Adara! Cepat! Akak nampak orang baru tadi! Kita tak cukup orang!" Laung Flora dari tingkap.

"Oh! Ok ok!" Adara terus berlari masuk ke dalam untuk memberi bantuan.

Mereka berdua pun bergegas ke kaunter hadapan.

Seorang wanita sedang duduk di kerusi menunggu sambil melihat budak-budak yang bermain di dalam pusat itu.

"Kakak dah datang ye." Puan Fyra iaitu mama Adara yang datang dulu menegur wanita itu.

Wanita itu kelihatan sangat gembira dan teruja melihat Puan Fyra, mereka terus bersalaman dan berpelukan.

"Mama kau kenal ke?" Soal Flora sambil berjalan perlahan-lahan menuju ke arah mereka berdua.

"Tak tau, aku tak pernah nampak makcik tu." Jawab Adara, dia juga jarang berada di rumah kerana sibuk bekerja.

Puan Fyra mula berbahasa isyarat dengan wanita itu, mereka berdua jadi tahu bahawa wanita itu juga orang istimewa.

Mata Puan Fyra dan Adara bertembung, Adara sengih seperti biasa kepada mamanya.

"Ini lah anak saya tu, anak kedua saya Adara Putri." Kata Puan Fyra dengan nada lembut saja.

"Adara sini." Puan Fyra memanggil anaknya kemari.

Tanpa berlengah Adara pun berlari menghampiri mereka berdua, dia senyum lalu menyalami tangan wanita itu.

"Kenalkan inilah bestfriend mama yang mama selalu cerita tu, dia dah tolong mama masa mama tak ada apa-apa dulu. Kakak Aisyah." Jelas Puan Fyra dengan gembiranya.

Adara menatap mamanya lama, dia tidak pernah melihat mamanya itu tersenyum gembira begitu sejak Papanya jatuh sakit.

"Saya Adara Putri Makcik." Kata Adyra dengan kuat.

Puan Aisyah tertawa tanpa suara, dia gembira melihat semangat Adyra untuk bercakap dengannya.

"Ish Adara, Makcik ni boleh dengar lah." Kata Puan Fyra tegas.

Adara menayangkan senyuman kambingnya.

"Maaf makcik, Dara tak sengaja." Adara terus memaut lengan Puan Aisyah.

Adara memang seorang yang mudah rapat dengan orang.

Puan Aisyah menggelengkan kepalanya memaafkan Adara.

"Jadi makcik ni lah kan Mama bakal suami Dara tu?" Soal Adara terus terang saja, dari dulu lagi Puan Fyra sudah pernah memberitahunya bahawa Mamanya akan menikahkan dia dengan anak dari kakak yang pernah membantunya dulu.

Bukan dia kisah pun sebab dia pun tak ada minat untuk bercinta ni, baik kahwin terus tak buat zina.

Raut muka Puan Aisyah berubah kerana melihat Adara seorang gadis yang sempurna, dia mula tidak senang hati dengan hal itu.

Puan Aisyah menatap Adara lama, dia mula berbahasa isyarat.

"Kalau kamu tak nak kahwin dengan anak makcik pun tak apa, mak cik tak nak paksa kamu."

Adara membaca itu dengan mudah kerana sudah lama belajar.

Adara turut menatap Puan Aisyah lama, dia sudah boleh mengagak apa yang difikirkan oleh Puan Aisyah.

MUTED (In Editing)Where stories live. Discover now