eksiden dalam hujan

1.2K 75 0
                                    

Suasana makin gelap kerana awan hujan mula menyelubungi dada langit. Suho yang baru sahaja pulang dari kelas tambahan melajukan kayuhan basikal nya.

Jalan raya sudah lengang. Semua orang pasti dah ada kat rumah dan berehat,aku je yang tak sampai2 rumah lagi,rungut Suho di dalam hati.

Sedang dia mengayuh basikal nya dalam keadaan top speed,suatu benda melintas secara tiba2. Suho tidak sempat menarik brek basikalnya lalu melanggar benda tersebut. Suho juga hampir terjatuh ke atas jalan tar namun dia sempat melompat turun dari basikalnya.

"Apa benda yang aku langgar tadi,ya ? Putih semacam pulak warna dia" Suho bercakap sendiri. Warna benda tu sangat pelik. Putih berseri,macam bercahaya pun ada. Rasa seram pulak. Hujan dah mula turun rintik2. Nak tinggalkan ke nak pergi tengok ? Hm...

Setelah berfikir,Suho mengambil keputusan untuk pergi melihat benda atau mungkin sekali makhluk yang dilanggarnya tadi. Sejak kena langgar tadi makhluk tu tak bergerak2 langsung. Dah mati ke ?

Setapak2 Suho melangkah mendekati makhluk itu.

"Lah,anak musang rupanya." Kata Suho sambil mengangkat musang kecil yang menjadi mangsa langgar nya itu. Hidup lagi ni. Hm,apa nak buat ni.

Kepala nya didongak melihat dada langit yang masih menitiskan hujan yang semakin lebat. Kalau tinggalkan kat sini je,boleh mati kesejukan anak musang ni. Lagipun aku yang buat dia sampai macam ni .

Kalau bawa balik mesti Omma marah. Sebab omma nya melarang Suho memelihara atau membawa balik haiwan adalah sebab Suho seorang yang jarang ada di rumah. Suka keluar menghabiskan masa dengan sepupu kesayangannya,Kai. Kalau ada di rumah pun cuma masa makan dan tidur. Even homework pun dia buat di rumah Kai,

"Aduh,apa nak buat ni" suho berkata perlahan sambil memandang anak musang itu

mencari Yeoja buat Wolf (EXO Suho fanfic) |malayWhere stories live. Discover now