peliharaan baru

1.1K 74 0
                                    

"yaa,sekejap ! " Kai menjerit sambil menuruni anak tangga. langkahnya diatur menuju ke pintu hadapan.

DUNG ! DUNG ! DUNG !

Aishhh,siapa pulak yang datang ni. dah lah hujan,ketuk pintu bagai nak reban pintu rumah aku ni .

DUNG ! DUNG ! DUNG !

"yaa,nak cari sia...." belum sempat dia menghabiskan ayatnya,tangannya terpaksa menyambut seekor haiwan yang dihulurkan padanya.

"tolong dia,weh !" Suho meminta dengan bersungguh2. Kai pula masih terpinga2 dengan situasi itu.

"Cepat lah,kau nganga apa lagi tu. " Suho menarik tangan Kai menaiki tangga menuju ke bilik Kai. Rumah Kai ni boleh dianggap rumah kedua nya. Ibubapa Kai selalu takda kat rumah,jadi Kai selalu minta Suho datang lepak.

Sampai sahaja di bilik,Kai mengambil sehelai tuala lalu menghamparkannya ke atas katil. Haiwan itu kemudiannya dibaringkan di atas tuala tersebut.

"Apa kau dah buat dengan dia ni. Sampai patah kaki dia. Kesiannya kau,si kecik" Kai berbicara sambil merawat kaki anak musang itu. Alah,musang dengan Wolf lebih kurang je struktur badannya. Sebab tu dengan senangnya Kai dapat detect masalah pada anak musang itu.

"Aku tengah dalam perjalanan balik dari tusyen,tiba2 dia lintas. Gedebam ! Accident lah.." Jawab Suho sambil melangkah ke bilik air bersama tuala yang diambil dari almari Kai. "Aku tumpang mandi kejap."

Kai pula masih tertumpu pada anak musang yang sudah selesai dirawatnya. Macam ada yang tak kena ja pada musang ni. Dah la warna putih. Musang Artik sesat ke ? Kai terus membelek2 anak musang itu. Hm,mungkin spesis albino kot bulu putih ni. Kai membuat kesimpulan.

************
Esoknya

Suho berjalan berjengket2 masuk me dalam rumah. Matanya liar memerhati kiri dan kanan. Di dalam jaketnya disembunyikan anak musang putih yang dilanggarnya semalam.

Ok,line clear !

Cepat2 Suho berlari masuk ke dalam bilik. Pintu bilik terus ditutup dan dikunci. Anak musang itu diletakkan di dalam bakul baju.

"Maaf lah ya kalau berbau sikit. Bakul tu asalnya tempat aku letak baju2 yang dah aku pakai sebelum aku basuhnya." Suho bercakap dengan musang itu.

"Kenapa aku tak boleh faham kau ya ? Hairan pulak. " Suho berbicara lagi. Biasanya Wolf boleh memahami dan berinteraksi dengan haiwan. Tapi dengan musang ni tak boleh pulak.

"Tak apa lah. Yang penting mulai sekarang aku akan jaga kau sampai sembuh." Suho mengusap lembut bulu musang tersebut.

***********

Alamak nak ke tandas ! Suho bangun dengan segera. Sempat dia melirik jam dindingnya.

3.30 pagi.

Selesai segala urusannya di tandas,di kembali ke katil dengan niat untuk menyambung tidur. Tapi sekali lagi dia bangun apabila melihat bakul yang sepatutnya ada si musang.

Eh mana pulak dia ni.

Tiba2 suho terlihat kelibat lalu di hadapan pintu biliknya yang sedikit terkuak. Suho segera keluar.

"Siapa tu ?" Dilihat kiri dan kanan,tiada sesiapa. Suho masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

Sekali lagi dia terkejut. Eh,macam mana dia ada kat sini pulak dah...? Si musang elok sahaja tidur di dalam bakulnya.

Suho menggaru kepalanya. Aish,pelik ni.

mencari Yeoja buat Wolf (EXO Suho fanfic) |malayWhere stories live. Discover now