Prolog🔪

1.9K 43 2
                                    

Tengku Mi Amore berjalan di sekeliling tasik sambil menunggu teman lelakinya yang bernama Carl Zafriel sampai ke tempat yang telah ditetapkan oleh lelaki itu pagi tadi.

Walaupun masa sebenar yang ditetapkan lelaki itu ialah 9:30 pagi. Tetapi Tengku Mi Amore setia menunggu teman lelakinya datang menemuinya hari ini.

Tengku Mi Amore cuba berfikiran positif terhadap Carl Zafriel bahawa tidak akan ada orang lain di hati lelaki itu selain dirinya.

Itulah yang cuba disematkan oleh Tengku Mi Amore di hatinya sejak pagi tadi walaupun dia tahu banyak kemungkinan yang akan berlaku dalam pertunangan mereka.

Tengku Mi Amore tetap akan cuba mempertahankan hubungan mereka walau apa pun yang berlaku dia tetap akan cuba mempertahankannya walaupun nyawanya terpaksa menjadi galang ganti. Dia sanggup melakukannya untuk orang yang dia sayang.

Walaupun kini jam tangannya sudah menunjukkan pukul dua empat puluh lima petang, namun mujurlah dia sudah pun menunaikan solat zohor di surau berhampiran tasik Como.

Tetapi kelibat Carl Zafriel masih tidak kelihatan. Mata Tengku Mi Amore meliar ke seluruh kawasan tasik mencari Carl Zafriel yang mungkin berada di sekeliling orang awam yang berjalan di sekitar tasik Como.

Tengku Mi Amore masih mencari kelibat Carl Zafriel di sekeliling tasik tanpa berputus asa dengan teman lelakinya.

Tanpa disedari oleh Tengku Mi Amore, seorang lelaki misteri berpakaian serba hitam sedang memerhatinya dari jauh dengan orang kanannya yang setia di sisi bosnya yang sedang mengawasi keselamatan gadis yang disayangi oleh bosnya itu.

"Cosa vuoi fare adesso, giovane maestro? Vuoi tenere d'occhio la ragazza da lontano o Young Master vuole passare al prossimo spettacolo, Young Master?" Kata Brayan sambil memandang bosnya yang sedang khusyuk memerhati gadis yang telah berjaya mencuri perhatian bosnya itu.

Ketua kumpulan mafia mereka dikenali sebagai DARK KNIGHT KILLERS. Yang ditakuti oleh seluruh dunia kerana pemerintahannya yang sangat kejam dan menakutkan. Hampir semua kumpulan mafia yang berkuasa takut dengan kumpulan mereka yang diketuai oleh ketua mereka yang sangat berbahaya, dingin, beku, kejam dan heartless.

"Passando allo spettacolo successivo, non avevo tempo per suonare, avevo molto lavoro da fare nel mio ufficio e troppo tempo perso," Arah lelaki misteri dengan nada dingin, matanya tidak lepas memandang gadis kesayangannya dari jauh, belum tiba masanya dia muncul di hadapan gadis itu.

"Sì, giovane maestro," Brayan hanya akur dengan arahan yang diberikan.

❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣❣

Tengku Mi Amore masih setia menunggu teman lelakinya datang menemuinya di tasik Como yang tidak jauh dari rumah agam keluarganya. Abangnya Riz, akan mengikutinya tidak kira ke mana dia pergi, abangnya akan bersamanya.

Jika abangnya tidak dapat menemaninya, abangnya akan mengubah orang untuk mengawasinya dari jauh kerana faktor keselamatannya yang diancam untuk dibunuh oleh musuh arwah papa mereka. Yang merupakan ahli perniagaan terkenal suatu ketika dulu.

Dan kini semua harta keluarga mereka diwarisi oleh mereka sembilan beradik. Abangnya yang kelima ialah Tengku Marcello Akhanzan Celio Bin Tan Sri Aarayan Hernandezz Lester, keenam, Tengku Marcus Armor Carl Bin Tan Sri Aarayan Hernandezz Lester, Tengku Marcelino Adrirl Carlos Bin Tan Sri Aarayan Hernandezz Lester dan Tengku Markuez Airelle Carly Bin Tan Sri Aarayan Hernandezz Lester.

Mereka semua sangat posesif terhadapnya, kerana mereka semua telah kehilangan kedua ibu bapa mereka. Tetapi tidak seteruk abang sulungnya, Tengku Riz Darren Qaiser Bin Tan Sri Fabricio Ariel Alfred.

Evan's Amore Where stories live. Discover now