Part 19 🔪

724 18 4
                                    

Seth Dexrielz meletakkan keretanya di hadapan restoran. Tengku Mi Amore dan Seth Dexrielz meluru keluar selepas mematikan enjin kereta. Tengku Mi Amore terus berlari ke ruang VVIP yang berada di tingkat atas, matanya tajam mencari kelibat abang-abangnya. Tercungap-cungap nafas Seth Dexrielz mengikut langkah Tengku Mi Amore.

Laju betul budak kecik ni lari. Seth Dexrielz menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nafasnya secara perlahan-lahan. Boleh tahan laju jugak Tengku Mi Amore lari sampai sesak nafas dia nak kejar budak kecik tu.

"Abang!" Tengku Mi Amore terus berlari ke arah abang-abangnya yang berada di hujung sana, jauh dari orang ramai dan agak tersorok. Tengku Mi Amore terus mengambil tempat di sebelah Tengku Rayden manakala Seth Dexrielz mengambil tempat di sebelah Tengku Ryanz.

"Eh, baby girl datang dengan abang Seth? Tak pernah-pernah pun, abang Ghibran pergi mana?" soal Tengku Rayden dengan nada lembut sambil mengusap lembut kepala adik kesayangannya itu. Tengku Rayden mengucup lembut dahi Tengku Mi Amore sambil tersenyum manis.

Tengku Mi Amore tersengih suka melihat tindakan abang keduanya itu. Dia terus menghulurkan fail yang diminta abangnya sebentar tadi. Tengku Mi Amore dan Seth Dexrielz memesan minuman dan pencuci mulut yang sama walaupun Seth Dexrielz tidak suka makan makanan manis tetapi kerana Tengku Mi Amore memujuknya dia menurut sahaja permintaan gadis itu.

"Entahlah, abang Ray. Mana baby tahu," ujar Tengku Mi Amore dengan nada lembut sambil fokus mendengar lagu di iPhonenya sementara menunggu pesanan sampai. Tengku Rayden menggelengkan kepala melihat sikap selamba Tengku Mi Amore yang menghuraikan keadaan sekeliling dan hanya menikmati dunianya sendiri.

"Abang Dex, jom balik. Cadence bosan," kata Tengku Mi Amore dengan nada lembut dan perlahan. Belum sempat dia dan Seth Dexrielz bangun dari kerusi mereka, satu suara menyentak Tengku Mi Amore. Perbuatan gadis itu terhenti. Suara itu, suara yang sangat dia kenali. Tengku Mi Amore dan Seth Dexrielz terus menoleh ke arah pentas tidak jauh dari mereka.

Tengku Evan?

Terkebil-kebil mata Tengku Mi Amore memandang Tengku Evan yang berada di atas pentas bersama adik-beradiknya dan Ghibran De Erol. Jadi mereka semua ada di sini termasuk pengawal peribadinya yang hilang entah ke mana rupa-rupanya dia berada di sini di atas pentas bersama Tengku Evan dan abang-abangnya.

"To my beautiful girl named Tengku Mi Amore Cadenza, I'm sorry for what I did to you this morning. It's just a prank, I didn't mean to make you upset with me. I'm truly sorry, Il mio gattino. I have a special song for you, I hope you like it."

Tengku Evan dan yang lain bersedia diposisi masing-masing sebelum melakukan persembahan nyanyian. Tengku Mi Amore menutup mulutnya dengan tangan, tubir matanya bergenang dengan air mata. Terharu melihat bagaimana cara Tengku Evan ingin memujuknya.

"I promise anytime you call me.
It doesn't matter where I am.
I'll always be there like you've been there.
If you need me closer, I'll be right over.
I swear, I swear."

Tengku Mi Amore tersenyum manis sambil menahan sebak di dada, dia sangat gembira dan terharu melihat betapa seriusnya lelaki itu ingin memujuknya. Tengku Evan yang berada di atas pentas hanya mampu tersenyum, kalaulah dia dapat membelai wajah cantik Tengku Mi Amore dan menenangkan gadis kecil itu. Namun, perbuatan tidak menghalalkan cara dia perlu bersabar sedikit masa lagi.

"Every time that I need you by my side.
Every time I lose my way in life.
You're my circle of life, compass and guide there behind me," Tengku Mi Amore menangis teresak-esak sambil menutup mulutnya. Dia sebak melihat kesungguhan Tengku Evan, rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana marah dan mengabaikan lelaki itu tanpa memberi Tengku Evan peluang untuk terangkan segalanya.

Evan's Amore Where stories live. Discover now