Part 1🔪

812 23 0
                                    

Tengku Mi Amore bangun pada pukul 3:30 pagi selepas mengalami mimpi ngeri yang cuba dilupakannya untuk sekian lama.

Namun mimpi ngeri itu sentiasa menghantuinya selama 13 tahun hidupnya sunyi tanpa kehadiran mama dan papa di sisinya ketika ini. Tengku Mi Amore menoleh ke arah abangnya yang sedang tidur di sebelahnya sambil memeluk erat pinggangnya.

Tengku Mi Amore cuba bangun perlahan-lahan sambil cuba meleraikan pelukan abangnya. Namun semuanya sia-sia setelah telinganya menangkap suara serak basah milik abangnya.

Tengku Mi Amore perasan abangnya merenung dia dengan pandangan tajam, Tengku Riz melihat jam dinding di bilik tidurnya. Dia menoleh ke arah Tengku Mi Amore yang terpinga-pinga melihatnya yang baru bangun dari tidur. Tengku Riz telah menjangka perkara ini akan berlaku setiap hari dan setiap malam.

"Cadence mimpi ngeri lagi ke, sayang?" Tanya Tengku Rayden yang berada di sebelah kiri gadis itu. Manakala Tengku Riz di sebelah kanan menunggu jawapan dari mulut Tengku Mi Amore.

Tengku Mi Amore tidak menjawab tetapi hanya mampu menganggukkan kepalanya. Tengku Riz dan Tengku Rayden mengeluh perlahan selepas melihat reaksi adik mereka. Tengku Riz dan Tengku Rayden memeluk tubuh kecil Tengku Mi Amore yang tiba-tiba menangis teresak-esak di hadapan mereka.

Selepas hampir sepuluh minit mereka cuba menenangkan Tengku Mi Amore. Kedua-dua telinga mereka menangkap bunyi dengkuran halus milik Tengku Mi Amore dalam dakapan mereka.

Tengku Riz dan Tengku Rayden berhati-hati meletakkan Tengku Mi Amore di sebelah mereka agar tidak mengejutkan adiknya dari tidur. Tengku Riz meraup kasar wajahnya.

Tengku Rayden menepuk-nepuk badan adiknya seperti sedang menidurkan seorang bayi sehingga Tengku Mi Amore tidur nyenyak. Tengku Rayden mengusap rambut adiknya dengan sangat lembut.

Tengku Mi Amore memicingkan matanya perlahan sambil menahan silau cahaya matahari yang menembusi matanya melalui langsir pintu beranda bilik tidurnya bersama abangnya.

Tengku Mi Amore memandang jam dinding tidak jauh darinya. Terbeliak matanya apabila jam di dinding menunjukkan pukul lapan empat puluh pagi.

Tengku Mi Amore tergesa-gesa berjalan menuju ke bilik air dan tangannya mencapai tuala yang berada di ampaian baju di sebelah wardrobe milik mereka berdua. Tengku Mi Amore menolak pintu bilik air itu perlahan-lahan kemudian dia masuk dengan berhati-hati kerana lantai bilik air itu sangat licin.

Klak!

Tengku Riz membuka pintu bilik tidurnya secara perlahan-lahah agar tak mengejutkan Tengku Mi Amore daripada tidur. Tapi tak lama lepas itu system pendengarannya menangkap bunyi pancuran air di bilik air. Tengku Riz tahu yang adiknya sudah bangun dan sedang mandi di bilik air.

Tanpa melengahkan masa, Tengku Riz terus melangkah menuju ke arah wardrobe milik Tengku Mi Amore yang berada bersebelahan wardrobe miliknya. Tengku Riz menyakut blaus biru cristal yang dibeli semalam dan sudah siap digosok olehnya sebentar tadi bersama note kecil berwarna baby blue yang sudah dilekatkan pada sarung blaus biru cristal itu.

Tengku Riz melangkah keluar menuju ke ruang tamu tingkat bawah setelah meletakkan blaus pemberiannya kepada Tengku Mi Amore secara senyap-senyap.

Dia pasti Tengku Mi Amore akan suka dengan pemberiannya kerana hanya dia dan adik-beradiknya saja tahu citarasa gadis itu. Kerana mereka sangat menitip beratkan soal permakaian adik perempuan mereka yang satu itu.

Tengku Mi Amore melangkah keluar dari bilik air setelah selesai membersihkan dirinya daripada kotoran. Tengku Mi Amore melangkah menuju ke arah wardrobe miliknya yang bersebelahan wardrobe milik abangnya.

Evan's Amore Where stories live. Discover now