Tengku Evan memikirkan keadaan Tengku Ervan yang berada di rumah sendirian walaupun rumah agam mereka dikelilingi oleh pengawal yang menjaga setiap sudut kawasan rumah agam itu.
Tetapi itu tidak bermakna abangnya akan selamat di rumah sahaja, lagipun keadaan Tengku Ervan masih belum pulih sepenuhnya. Dia masih tidak mampu mempertahankan diri jika musuh mereka menyerang secara tiba-tiba, dia pasti akan kehilangan abangnya yang dianggap kawan baik walaupun mereka hanya adik-beradik susuan. Tetapi, abangnya tetap menjaganya dengan baik dan penuh kasih sayang walaupun mommy dan daddy sudah meninggal dunia.
Mommy dan daddy sempat memberitahu dia dan abangnya bahawa Tengku Ervan hanyalah anak susuan yang diamanahkan oleh kawan baik mereka, Tan Sri Amarillo Devon Lee. Ketika mommynya mengandungkan Tengku Evan selama sembilan bulan dan hanya menunggu masa untuk Puan Sri Ellyra bersalin. Tetapi, mommynya tetap tabah menghadapi pelbagai situasi walaupun hamil.
Tengku Evan bangun dari kerusi pejabatnya dan terus mencapai kot dan luxury black gold masquerade masknya dipakai sebelum keluar dari pejabat bagi mengelak wajahnya diketahui umum Tengku Ervan dan pembantu peribadi arwah daddynya yang memaksanya memakai topeng itu. Manakala, abangnya hanya memakai luxury plain black masquerade mask tidak sama dengan yang dia pakai.
Tengku Evan berjalan menuju ke kereta Skyline miliknya yang berada di tempat parkir VVIP yang dikhaskan untuknya, Tengku Ervan dan kawan-kawannya saja dibenarkan meletak kenderaan di kawasan itu. Tengku Evan memandu dengan sangat laju supaya dia cepat sampai ke rumah dan melihat keadaan abangnya di rumah.
Selepas hampir lima belas minit memandu Tengku Evan melangkah menuju ke pintu utama rumah agam itu. Tengku Evan terus ke ruang tamu untuk naik ke tingkat lima menggunakan lif. namun, langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat abangnya yang berada di atas sofa sedang menonton televisyen yang sedang menayangkan cerita mafia Turki bertajuk Price Of Passion. Yang disiarkan selama dua jam dari pukul dua hingga empat petang.
Tengku Evan masih setia memerhati abangnya yang khusyuk menonton cerita kegemaran mereka tanpa menunggunya. Tengku Evan berjalan perlahan ke arah abangnya yang berada di sofa dua tempat duduk, Tengku Evan menyentuh lembut bahu Tengku Ervan sambil mengambil tempat di sebelah Tengku Ervan yang terkejut melihat kemunculan tiba-tiba adiknya di rumah agam milik keluarga mereka.
"Eh, bila kau balik. Aku tak perasan pun kau dah balik?" Tanya Tengku Ervan dengan nada gugup. Tengku Ervan cuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan gugup di hadapan Tengku Evan.
Tengku Evan hanya tersenyum sinis melihat reaksi abangnya yang sedikit gugup setelah menyedari kehadirannya yang berada di sisi abangnya sejak tadi yang khusyuk memerhatikan heroin cantik dalam cerita itu sampai dia balik pun abang dia tak perasan dan berada di sebelah abangnya. Tengku Evan mengerling sekilas ke arah televisyen sebelum menoleh ke arah abangnya. Senyuman sinis tidak pernah lekang dari bibirnya sebelum menjawab soalan abangnya dengan penuh sinis.
"Macam mana kau nak perasan, kalau kau khusyuk sangat tengok heroin cantik dalam tu. Kalau musuh datang serang rumah ni belum tentu kau dengar, kan? Kalau kau mati, kau tak sempat nak kahwin," kata Tengku Evan dengan nada sinis. Bibir Tengku Evan tidak berhenti tersenyum sinis, mata Tengku Evan tajam merenung wajah abangnya yang sangat dirindui.
Tengku Ervan tersentak setelah mendengar sindiran dari adiknya yang sangat menusuk ke jantung, Tengku Ervan memegang dada kirinya yang tiba-tiba terasa sakit dan pedih setelah mendengar sindiran adiknya yang sangat sinis dan tajam itu. Tengku Evan kalau dah menyindir orang sama saja seperti daddy mereka, ayat kalau tidak savage, tidak deep, memang bukan merekalah jawapannya. Macam orang selalu cakap 'Like Father Like Son.' Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan? Betul tak?
YOU ARE READING
Evan's Amore
ActionTengku Evan Alpha Xavier Smith Lelaki misteri yang berperwatakan childish ketika bersama keluarga. Namun, di sebalik perwatakan childish itu terdapat kegelapan yang boleh membunuh sesiapa sahaja yang cuba mendekatinya. Namun, segalanya berubah selep...