Lisa Erica
seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai seseorang yang berjantina lelaki tak pernah wujud dalam kamus hidupnya.
takdir telah mempertemukan dia dengan seorang lelaki di satu app yang...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Aku gagahkan diri untuk bangun daripada katil.Sakit yang terasa pada badan aku cuba abaikan.Aku meletak tapak tangan pada dahi.Panas.
Aku lihat semangkuk bubur dan air ada di atas meja belajar.Ini mesti ibu yang letak tadi.Aku lihat ada kertas di bawah mangkuk bubur.
" Lis , ibudengan ayah nakpergi hospital kejap ya.Paklang tak sihat.Kejap lagimakanbubur ni lepastumakan ubat.Kalau ada apaapa call ibuterus. "
" Paklang tak sihat? Kenapa aku tak tahu apa apa pun? " aku meletakkan sticky note di atas meja lalu bergerak ke tandas untuk mengambil wuduk.
Selesai sahaja solat zuhur aku duduk berteleku di atas sejadah agak lama.
Brang !
" Rayyan ! "
Nama itu terpancul keluar.Aku menggosok dada yang terkejut akibat guruh.
" Astagfirullah ! Kenapa aku masih tidak boleh melupakan dia tuhan? Kenapa perasaan ini semakin hari semakin kuat? " air mata menitik di atas sejadah.
Guruh yang kuat membuatkan aku takut.Aku cuba mengawal perasaan.
Telefon pintar di atas katil aku capai.Aku lihat mesej daripada bot Rayyan tiga puluh minit yang lalu.Lama aku tenung skrin telefon sehingga terpadam.Perlahan lahan aku tekan mesej.