𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 30

182 8 0
                                    

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵
𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berjalan pulang dari kubur ke rumah maklang.Aku merenung langit yang mendung.Seakan faham perasaam yang terbuku di dada.

Sampai sahaja di rumah maklang , aku melihat saudara mara masih memenuhi rumah.Aku melabuhkan punggung di kerusi.Aku hanya termenung.

" Lis pergi la rehat.Dari tadi lagi maklang tengok Lis buat kerja. " maklang melabuhkan punggung di kerusi sebelah aku.

Aku menghadiahkan senyuman. " Tak apa la maklang.Lis tak penat pun.Maklang pergi la rehat. "

Maklang hanya menggelengkan kepala lalu tersenyum.

" Lis tak sangka paklang pergi secepat ni.Tapi Lis bersyukur dapat ada di sisi dia sehingga nafas terakhir paklang. " aku memandang maklang di sebelah.

" Dah sampai masa dia untuk pergi.Kita tak tahu bila pulak.Maklang dah redha dengan pemergian dia.Suami maklang dah tunggu maklang dekat sana Lis.Terima kasih ya Lis dah tolong maklang uruskan semua benda harini. "

" Tak ada apa la maklang.Maklang kena kuat.Lis yakin arwah paklang pun taknak tengok maklang sedih. " aku mengusap kekura tangan maklang.

Ibu menghampiri aku dan maklang.Entah apa yang diberitahu oleh ibu kepada maklang.Maklang bergegas masuk ke dalam rumah.

" Lis pergi ambil barang barang.Kita nak balik rumah kejap.Lepastu datang balik nanti malam nak buat tahlil untuk arwah paklang. "

Aku membuka langkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg.

Sampai sahaja di rumah , aku terus merebahkan badan di atas katil.Telefon di dalam beg aku ambil lalu melihat mesej mesej yang tentera di skrin.

Baru sahaja aku ingin membuka telegram suara ibu dari luar kedengaran.Aku meletak telefon di atas katil lalu mengorak langkah keluar bilik.

" Aria datang ni.Pergi la borak dengan dia.Ajak dia masuk dalam rumah. " ibu berlalu pergi ke dapur selepas memberitahu aku.

Aku melihat Aria berdiri di luar rumah.

" Masuk la Ria.Panas kat luar tu. " aku menyarungkan selipar.

" Tak payah la.Kita borak kat luar je.Aku dengar paklang kau meninggal. "

" Haah.Kejap lagi aku nak pergi majlis tahlil dekat rumah maklang aku. "

" Lah kau nak pergi dah ke? Kalau macam tu aku balik dulu la.Lain kali borak lagi. "

Baru sahaja Aria ingin bangun , aku menghalang. " Bukan nak pergi sekarang.Nanti malam baru pergi.Duduk la dulu. "

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now