BAB 2

155 16 2
                                    

“AGAK- agaklah kan ibu you akan okey ke kalau I jadi menantu dia?” tanya Adid ketika mereka dalam perjalanan untuk bertemu dengan ibu Riyana. Riyana berharap ibunya akan bersetuju dengan pilihan hatinya.
“Ibu I bukannya jenis memilih.” Riyana sengih kepada Adid. Cuba untuk menyedapkan hati sendiri.
Adid menarik dan menggenggam jemari Riyana. Meramasnya perlahan.
“I risau tau. Kalau dia tak setuju , matilah I. Macam mana I nak hidup tanpa you.” Adid masih gusar. Daripada cerita Riyana, ibunya itu tegas dengan segala hal yang berkaitan dengannya.
“You ni lebih-lebih pula bimbangnya. I yakin ibu I akan terima you…” Riyana menjauhkan rasa bimbang dalam hati Adid. Kereta yang dipandu Adid sudah berhenti di depan pagar rumah. Jangankan Adid, hati Riyana pun bimbang sejak tadi. Riyana risau andai ibunya tidak sukakan pilihannya. Kalau ibunya suka dengan pilihan hatinya dia sudah boleh merencanakan pernikahan mereka.
Riyana mahu segera keluar dari rumah ibunya. Kalau masih tinggal di sini dia bimbang satu hari nanti dia akan berperang besar-besaran dengan ibunya. Sudah lama dia memendam rasa hatinya. Hatinya sakit bukan hanya sebab dipukul, tetapi dilayan bagaikan dia bukannya keluar dari rahim ibunya.
“Riya…” panggil Adid. Riyana memandang Adid. Adid menunjukkan telapak tangannya yang berpeluh. Riyana ketawa kecil , lalu dia menarik tangan Adid masuk ke dalam kawasan rumahnya.
Ini kali pertama Adid melangkah masuk ke dalam rumah Riyana. Sebelum ini, Riyana hanya akan berhenti jauh sedikit dari rumahnya. Riyana juga cukup bimbang dengan penerimaan ibunya. Adid sedar jurang umur yang jauh itu membuatkan Riyana teragak-agak.
“Ibu…” panggil Riyana apabila dia nampak ibunya itu duduk di sofa. Adid memandang ibu yang dipanggil Riyana. Perempuan itu bangun apabila ternampak mereka. Adid tidak berkelip memandang Norina. Ibu Riyana yang langsung tidak nampak seperti ibu Riyana. Hanya nampak seperti kakaknya. Dengan pakaiannya yang tersarung di badan buat Adid terpaku. Rambut Norina beralun-alun . Tubuh badannya jangan cakaplah. Bagaikan model yang sedang mempergakan pakaian. Patutlah, Riyana cantik. Keturunan mereka cantik-cantik.
“Adid, kenalkan ni ibu I.” Riyana memperkenalkan mereka berdua. Adid terus menghulurkan tangan kepada Norina. Menyalaminya.
“Hai, I Norina.” Norina memberitahu namanya.
“I Adid.” Adid memberitahu namanya walaupun Riyana sudah memberitahu namanya tadi.
“You nak kahwin  dengan anak I?” tanya Norina berterus-terang. Dia memandang Adid. Pertama kali memandang Adid , terdetik dalam hati Norina betapa kacaknya Adid. Memuji pilihan Riyana meskipun dia rasa jarak umur Adid dan Riyana agak tidak sesuai.
Adid anggukan kepala dan memandang Riyana.
“You tak rasa you agak tua nak kahwin dengan dia?” tanya Norina. Dia sengih.
“Umur tua bukan penghalangnya. I rasa Riya pun okey saja.” Adid ketawa kecil. Pantas pandangannya itu berkalih kepada Riyana. Riyana mengukirkan senyuman kepada Adid.
“Umur you berapa?” tanya Norina kepada Adid.
“Dua tahun lagi ,I cukup 50 tahun.” Beritahu Adid dengan bangga kerana dia memang sedar ,dirinya tidak nampak seperti umurnya itu bagaikan sudah menghampiri 50-an.
“Tengok… umur you jauh betul dengan Riya. I tak benarkanlah.” Norina menolak. Norina memeluk dirinya. Riyana dan Adid saling berpandangan.
“Kenapa? Alasannya sebab umur?” tanya Adid.
“Ibu…” Riyana sudah rasa mahu menangis.
“Dia tak sesuai dengan kaulah Riya. Kau kena cari orang muda.” Norina menjeling Riyana. Riyana memandang Adid dengan pandangan pilu. Dia tahu jika ibunya sudah berkata sedemikian, dia tidak akan berganjak dari situ.
“Tak apa sayang. Kita akan cuba lagi…” Adid menenangkan Riyana. Patutlah Riyana cakap memang susah untuk berhadapan dengan ibunya. Walaupun dia nampak ibu Riyana itu moden, tapi bukan sewenang-wenangnya dia akan menerima.
Norina menjuih dengan panggilan sayang Adid kepada Riyana. Cubalah kalau dapat. Norina berkata dalam hatinya. Dia nak tengok sejauh mana mereka berdua akan memujuknya. Norina tidak suka dengan pilihan Riyana kerana pilihan Riyana tidak sesuai dengan gadis sepertinya. Adid hanya sesuai dengan orang sepertinya. Berada dalam kelas umur yang hampir sama.
Riyana memandang Adid yang duduk di tempat duduk pemandu. Selepas itu Riyana berpaling semula ke luar tingkap. Tiba-tiba belakang tangan terasa panas dek sentuhan Adid. Riyana memandang Adid.
“Sayang, kita cuba lagilah. Ibu you mungkin baru pertama kali bertemu dengan I. Dia tak kenal I dengan baik lagi.” Adid memujuk Riyana. Sedih melihat muka Riyana yang masam saja.
“Ibu tak akan mengubah apa yang dikatanya. I kenal dia,” balas Riyana.
“Tak apa , I akan cuba. Mana tahu kita boleh ubah fikirannya.” Adid berjanji dengan Riyana. Adid sendiri tidak sabar mahu mengahwini Riyana.
“Bukan ibu saja yang tak setuju…” Akhirnya Riyana bersuara.
“Maksud you?” tanya Adid sambil memandang Riyana. Lama dia menatap Riyana.
Riyana memandang Adid. Bimbang Adid akan mengamuk dengan Azneen. Mereka sudah menyembunyikannya sehabis baik. Tak sangka, akhirnya Azneen tahu juga.
“Neen…” Riyana menjawab perlahan.
“Neen?” tanya Adidi tidak percaya.
“Dia buat apa kat you?” tanya Adid. Dia tahu tahap keberangan Azneen itu bagaimana.
Riyana menggeleng. Malas nak bercerita tentang dia diserang di restoran. Nanti hubungan mereka akan keruh pula.
“Neen tu mustahillah tak buat apa?” Adid bertanya dengan kening terjongket.
“You tengok I masih sihat kan? Jadinya Neen tak buat apa-apa,” kata Riyana sambil tersengih.
Adid menggelengkan kepalanya. Kedua-dua belah keluarga tidak merestui hubungan mereka.
“Kita akan cuba bersama ya, sayang.” Adid berjanji kepada Riyana.
“I bimbang.”
“I tahulah nak pujuk macam mana nanti.” Adid tersenyum. Dia mahu menenangkan hati Riyana. Riyana keluar semula dari kereta Adid. Dia melambaikan tangan kepada Adid yang sudah memandu pergi.

RIYANA membelokkan motornya setelah hampir sampai ke lorong rumahnya. Tapi, kakinya itu tiba-tiba membrek terkejut. Dia terkejut melihat drama di depan matanya. Riyana sungguh tidak menyangka apa yang yang sedang dia lihat sekarang. Ibu dan Adid sedang berpelukan di tepi sebuah limosin  dari lapangan terbang. Terkebil-kebil dia memandang. Mustahillah dia tidak dapat berfikir dengan waras apabila melihat drama sebabak itu. Patutlah bila Adid memberitahunya mahu out-station, ibunya juga menghilang. Tapi, dia tidak menyangka akan disajikan dengan drama pukul 7 di depan mata.
Riyana nekad mahu bersemuka dengan mereka berdua. Dia memecut motorsikalnya. Berhenti mengejut tidak jauh daripada mereka. Adid terus melepaskan pelukan. Mukanya kelat. Tapi, muka ibunya itu tidak beriak langsung. Langsung tidak ada penyesalan di wajahnya.
“Riya…” Hanya itu saja yang keluar dari bibir Adid.
“You dah buat pilihan kan?” tanya Riyana tegas. Buat apa dia nak bersedih lagi. Adid diam saja. Sakit hati kerana ditikam mereka dari belakang. Dia tidak pernah terfikir perkara akan terjadi begini.
“Kenapa you diam, Did. Cakaplah. Riya tanya tu,” kata Norina. Norina menjegil kepada Adid. Naik geram dengan gaya teragak-agak Adid.
“I …” Adid terhenti bicaranya.
“You ni nak yang mana satu mak atau anak?!” tanya Riyana sedikit tinggi. Sakit hati pula dengan jawapan Adid. Jika Adid tiba-tiba tidak memilihnya, Riyana tetap tidak akan bersama dengan Adid. Dia tidak lalu bersama dengan lelaki yang curang dengannya. Tambahan teman curangnya itu adalah ibunya sendiri. Cuma dia mahu kata putus saja.
“Adid , you ni dah habiskan masa dengan I  beberapa hari lepas, you nampak dia you teragak-agak pula.” Norina menjegil lagi.
“I’m sorry, Riya. I harap you akan jumpa orang yang sebaya dengan you.” Adid memandang Riyana. Riyana mengeluh.
“Itu sudah pastinya. Orang yang matang tak semestinya akan membuat keputusan yang terbaik.” Riyana menolak motorsikalnya masuk ke kawasan rumah. Adid sudah membuat keputusan, jadinya lebih baik dia biarkan saja. Tak guna dia meratap dan merayu. Kalau hati sudah terbahagi dua, tak perlu terhegeh-hegeh lagi.

WANITA KEDUA HARMAINWhere stories live. Discover now