Bab 1

378 20 3
                                    

RIYANA meletakkan motorsikalnya. Mirnilah sibuk nak makan di sini disebabkan hari  ini adalah haru gaji mereka. Jika tidak, Riyana malas mengikut Mirni pada awalnya. Tapi, Mirni bernasib baik, disebabkan Adid ada kerja luar. Jadi Riyana tidak jadi keluar dengan Adid. Adid pun sejak akhir-akhir ini semakin sibuk. Langsung tiada masa dengannya. Tapi, Riyana faham dengan kesibukan Adid sebagai ahli perniagaan itu. Hubungan yang berlangsung selama 2 tahun itu tidak pernah dilanda badai. Adid yang terlalu dewasa amat memahaminya.
Riyana tidak kisah pun dengan jarak umur mereka. Baginya hati dan perasaan mereka yang penting. Tapi, itulah Riyana risau jika ibunya itu tidak merestuinya pula. Mungkin kerana Adid berumur walaupun masih kacak. Pening kepala memikirkannya juga. Sudahlah hubungan mereka tidaklah rapat seperti ibu dan anak yang lain. Bagaimana mahu memujuk pun dia tidak tahu. Harapannya nanti selepas dia membawa Adid berjumpa dengan ibunya,  dapatlah memujuk ibunya selepas bertemu dengan Adid.
“Kau ni nak makan ke tak?” tanya Mirni. Dia mengetuk meja di depan Riyana. Sejak mereka sampai Riyana asyik melamun , tapi tangan membelek menu. Maksudnya tak tahu apa yang ada di buku menu tersebut.
“Nak makanlah.” Riyana menjawab.
“Habis tu , kau belek saja menu tu kenapa? Kau ingat pakwe kau eh?” tanya Mirni ketawa kecil. Riyana sengih sedikit sebelum membelek menu sekali lagi. Dia menulis menu di atas kertas yang diberikan kepada mereka. Dia menolak kertas itu ke depan Mirni.
“Kau memang suka berahsia kan?” tanya Mirni. Dia menjeling Riyana. Riyana ketawa kecil. Riyana berahsia kerana dia bimbang hubungannya dengan Adid tidak sampai ke penghujungnya. Dahulu dia yakin, sekarang apabila ibunya menentang dia jadi tidak yakin pula.
“Nanti dah kahwin aku tak akan berahsia lagi.” Riyana sengih.
“Yalah tu.  Jangan nanti kahwin senyap-senyap saja.” Mirni menjuih.
Riyana menggelengkan kepalanya.
“Taklah…” Riyana menggeleng.
Baru saja mahu menyuapkan makanan, ada sepasang kaki yang dipandang Riyana. Kaki seorang perempuan terdedah keputihannya. Kerana dia memakai skirt pendek. Riyana mendongak. Terkebil-kebil memandang gadis yang berambut separas leher itu.
“Daripada pandangan kau , kau dah tahu siapa aku kan?” tanya gadis itu dengan sinis.
Riyana meletakkan sudu. Dadanya berdebar hebat. Selama ini Riyana dan Adid menyembunyikan hubungan itu dengan begitu rapi sekali. Tapi, akhirnya terbongkar sebelum mereka berkahwin.
“Macam mana awak tahu?” tanya Riyana.
“ Aku dah lama tahu, tapi tak tahu nak cari kau kat mana. Mujurlah aku ternampak kau hari ini di sini.” Gadis itu memberitahu.
“Kau ingat kau sesuai dengan papa aku? Aku tahulah perempuan macam kau ni hanya tahu menghabiskan duit papa aku saja.” Dia menjuih.
Mirni hanya mendengar saja. Dia tidak tahu hujung pangkal kerana Riyana sendiri berahsia dengannya.  Sekarang baru dia faham serba sedikit apabila mendengar gadis seksi ini bercakap.
“Macam nilah. Aku bagi duit supaya kau lupakan papa aku.” Gadis itu membawa keluar buku cek dari dalam begnya. Dia meletakkannya di atas meja. Dia menolak buku cek dan pen ke depan Riyana.
“Kau tulis saja berapa yang kau nak. Selepas kau dapat duit, kau tinggalkan papa aku.” Dengan angkuh dia berkata. Bagaikan semua masalah boleh diselesaikan dengan duit.
Riyana menolak semula buku cek itu ke depan gadis tersebut.
“Saya tak mahu duitlah. Saya memang sayangkan dia.” Riyana menjawab jujur. Tak pernah dia terfikir mencintai Adid berdasarkan wang ringgit. Dia sayangkan Adid kerana itu adalah Adid. Gadis itu ketawa.
“Oh, tak nak duit? Tapi, kau nak kahwin dengan dia. Itu bukannya alasan kau nak duit dia juga. Kalau dah kahwin sahlah papa akan habiskan duit dia untuk kau!” jerkahnya. Pelangggan di dalam restoran itu mula memandang. Ada yang sedang berbisik-bisik.
“Neen, kita cakap kat tempat lain…” kata Riyana. Naik segan pula apabila ramai yang memandang mereka.
“Oh, kau juga tahu nama aku. Apa lagi yang papa aku ceritakan?” tanyanya.
Riyana hanya menggeleng saja. Adid hanya bercerita Azneen itu bekerja sebagai model sambilan di samping menguruskan spanya sendiri.
“Aku nak kau tinggalkan papa aku! Aku tak nak perempuan sebaya aku jadi ibu tiri aku!” Azneen menaikkan suaranya lagi. Azneen sengaja menguatkan suaranya itu. Dia mahu memalukan Riyana. Kali ini semua pelanggan terus memaku pandangan kepada meja mereka. Sudah terang lagi bersuluh, kata-kata Azneen menjelaskan lagi kesalahan itu di atasnya. Nampak sangat dialah antagonisnya kerana merampas papa Azneen.
“Kami saling mencintai, Neen.” Riyana mempertahankan dirinya.
“Cinta konon! Kau ingat jarak lebih daripada 20 tahun tu cinta. Itu cintakan duitlah!” Azneen bersuara kuat lagi.
Pelanggan restoran mula berbual sesama sendiri apabila mendengar kata-kata Azneen. Mula menjuih ke arahnya.  Azneen bertambah suka dengan suasana yang dia lihat sekarang. Riyana bingkas. Dia tersangat malu.
“Jom, Mirni…” Riyana mengajak Mirni. Kasihan dengan Mirni kerana terpaksa menghadapinya juga.
“Hei! Aku belum habislah.” Azneen menjerit lagi.
Brurr! Air melimpah di muka dan meleleh ke bawah. Tersentak Riyana dengan aksi spontan itu. Dia tidak menyangka Azneen akan berbuat demikian. Terkelip-kelip matanya itu.
“Padan muka kau! Jangan sesekali cari papa aku lagi!” Azneen memberi amaran.
Azneen terus melenggang pergi. Mirni mengambil tisu dan mengelap  muka Riyana.
“Perempuan tu tak ada adab betullah.” Mirni mengomel sambil tangan laju mengelap baju Riyana pula.
Riyana memegang tangan Mirni. Dia menggeleng dan mengajak Mirni berlalu. Tak sanggup melihat mata-mata yang sedang memandang mereka. Riyana berjalan laju keluar dari situ. Sementara Mirni membayar makanan yang tidak sempat dijamah pun. Riyana berjalan laju ke motorsikalnya. Dia menyandar di dinding. Pelbagai halangan pula apabila dia dan Adid mahu bersama.
“Riya…” panggil Mirni.
Riyana menoleh.
“Maaflah kau terpaksa tengok drama tadi.” Riyana sengih sedikit walaupun kelat.
“Hmm, tak apalah. Nak buat macam mana kan?” kata Mirni.
Riyana menggeleng kepala.
“Kau jangan marah kalau aku tanya eh? Kau nak jadi bini nombor dua ke?” tanya Mirni. Riyana cukup berahsia tentang dirinya. Baru hari ini dia tahu Riyana ada kekasih. Anak sang kekasih pula menyerbunya.
“Taklah. Mak Neen tu dah bercerai.”
“Aku risau betul kalau kau nak runtuhkan masjid orang.” Mirni membalas.
“Kau jangan risaulah. Aku balik dululah.” Riyana benar-benar perlu bersendirian sekarang.Dia memakai topi keledar.
“Riya, kau okey ke?” tanya Mirni sekali lagi. Dia bimbangkan Riyana. Mana mungkin hati Riyana bertenang selepas diserang oleh anak kekasihnya. Mirni pun tidak menyangka bagaimana Riyana boleh jatuh cinta dengan lelaki berusia.
“Okey aje. Kau jangan risau.” Riyana sengih dan motor sudah dihidupkan. Riyana melambaikan tangan sebelum dia berlalu. Mirni hanya dapat melihat saja Riyana berlalu.

WANITA KEDUA HARMAINWhere stories live. Discover now