Bab 1

15 1 0
                                    

*listen to the music above while reading this story*

Kedengaran bunyi penggera pada telefon aku berbunyi dengan sangat kuat. Itu merupakan petanda yang kau kena bangun Dian. Aku melihat jam ketika ini menunjukkan 6.15 pagi. Lekas aku bangun dan bersiap untuk pergi ke interview kerja. Di kala aku menunaikan solat subuh, aku berdoa agar segala urusanku dipermudahkan dan tidak lupa juga doa buat raja dan permaisuri hidupku. Teringat pula aku akan mereka pada kala ini.

Tiba-tiba! Telefonku berdering. Panjang umur. Ibu menelefonku.

"Asalamualaikum anak ibu, kakak dah siap ke?" terbit mutiara kata daripada ibuku.

"Waalaikumusalam ibu, dah. Kakak tengah siap-siap nak pergi ni. Ibu, kakak minta ibu titipkan doa ya buat kakak nanti."

"Ibu tak pernah lupa doakan kakak. Kakak bukti cinta ibu dan abah. Ibu tahu kakak boleh buat dan Insyaallah akan dapat."

"Terima kasih ibu. Ibu dah makan ke?", tanyaku kepada ibu.

"Tengah siap-siap sarapan ni. Kakak pun jangan lupa makan ya sebelum pergi interview tu."

"Nanti kakak singgah beli sarapan dulu, ibu."

"Kakak ada duit ke nak beli sarapan? Kalau tak ada, ibu boleh transfer duit dekat kakak."

Pada saat ini, menitis air mataku saat mendengar soalan daripada ibu. Benarlah apa yang orang selalu kata, naluri seorang ibu sangat kuat untuk mengetahui keadaan anak. Tapi, aku sering menolak duit daripada ibu. Aku tak sanggup untuk mengambil duit jualan ibu. Itu adalah titik peluh yang dia usahakan sendiri untuk menyara kami anak-beranak. Cukuplah aku menyusahkan ibu semasa aku kecil hinggalah aku memasuki zaman degree. Sekarang, aku cuba untuk membalas jasa ibu balik.

Keluarga aku bukanlah kaya mana. Sederhana itu mudah kan? Jadi, dengan duit peninggalan arwah abah, kami mampu meneruskan hidup. Bagi aku, takpelah hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Asalkan kehidupan kami terjaga.

"Ada lagi ibu, duit kerja part time dulu pun kakak guna sikit je nak bayar sewa bilik."

"Okay, kakak. Kalau takde duit bagitahu ibu tau. Jangan senyap je. Ibu risau. Kakak bawa kereta elok-elok kejap lagi ya? Jangan nervous sangat sampai terlanggar orang pula tau." Kedengaran tawa kecil ibuku di hujung talian.

"Insyaallah ibu, doakan kakak tau, Asalamualaikum ibu."

Setelah ibu mematikan telefon, aku lantas bergegas keluar dari rumah menuju ke arah kereta. Aku melihat kereta peninggalan arwah abah dan menggamit semua memori kami bersama. Terlampau banyak kenangan kami. Tapi, Allah lebih sayangkan abah.

Aku menuju ke kereta dan membaca doa sebelum naik ke kereta. Bermulanya perjuangan aku sebentar lagi untuk pergi mencari rezeki.

Sedang aku memandu kereta dengan lancar, ada sebuah kereta mewah keluar dari simpang tanpa memberi apa-apa isyarat dan menghentam keretaku.

Masinnya mulut ibu pagi tadi. Aku terkejut sampai trauma aku kembali menyerang. Aku kejung di seat driver. Ketukan tingkap kereta menyedarkan aku dengan realiti. Suara itu agak kelam di telingaku. Aku tak mampu dengar suara tersebut dengan baik.

"Encik, boleh ulang semula? Saya tak dengar apa yang encik cakap."

"Aishhh, budak ni. Aku cakap tadi punya banyak, kau berangan pulak ek? Kereta aku kena langar dengan kau sekarang ni? Kau tak nampak ke tadi? Buta ke?"

"Eh encik selfish, baik sikit ek cakap tu. Tak reti dah ke nak cakap elok-elok? Mana budi bahasa encik? Untuk pengetahuan encik, encik yang keluar simpang tak bagi signal, pastu nak salahkan orang. Agaknya kan encik tak habis ke buat lesen dulu? Manalah tahu lesen beli je. Orang kaya kan?" marahku terhadap si dia.

Bidadari Milik DyanWhere stories live. Discover now