*listen to the music above while reading this story*
""Encik?"
Ketika itu, ketiga-tiga wajah penemu duga memandang ke arahku. Dengan wajah yang sangat sinis, Encik Dyan memandang tepat ke arah aku. Aku memulakan mukadimah untuk sesi interview ini untuk menghilangkan gugup.
"Saya minta maaf. Izinkan saya perkenalkan diri saya. Nama saya .." belum sempat aku perkenalkan diri, dengan tiba-tiba Encik Dyan menyampuk.
"Saya tau dah nama awak, Dian Haura Binti Hilman Han." bersahaja dia menyebut namaku dengan riak bangga.
Aku sedaya upaya senyum dengan manis sekali walaupun riak wajahku menunjukkan sebaliknya.
"So, Ms. Dian, which position you applied for ?"
"Chemist."
"Are you sure? I don't think a girl like you is interested in any chemical stuff since the chemicals are such troublesome." sampuk Encik Dyan di situ.
"I'm pretty sure that I love chemistry since this position suits me well. My background also matches the position that I applied for. I know that chemistry is not something easy to handle but I think it is great since I learn a lot during university. I can apply those techniques that I had learned in university to this company. Chemistry is too interesting and makes me wonder how those researchers tend to find something that is beyond the box."
"Wow, great explanation. I bet that you must be a top student. By the way, are you a fresh graduate? Since your appearance looks like that you are still young." soal Encik Adha yang merupakan pembantu kepada Encik Dyan.
"Yes. I'm a fresh graduate. I just ..." sekali lagi aku disampuk oleh Encik Dyan.
"Tak payah banyak tanya la kat budak ni. Esok masuk kerja terus." bicara Encik Dyan.
Aku ketika itu tergamam. Pelik dengan situasi sekarang. Bukan sepatutnya ada tempoh untuk dia tapis bakal pekerja yang dia akan ambil ke? Takkan la senang sangat Encik Dyan nak bagi position ni pada aku. Bukan aku tak bersyukur tapi mesti ada something yang dia cuba rangka dalam minda dia ni. Mana tahu otak di ani kadang-kadang tak boleh pakai jugak. Aku cuba menahan sabar dengan dia pada hari ini. Okay, Dian. Let's get back to reality.
"Tapi Encik Dyan, supposedly, there are a few questions that we need to ask her. Are you really sure that you want to hire her as our chemist?" tanya Encik Zaquan dengan lagaknya.
"Yes, I am. So, Ms Dian. Mr. Adha will send you an email about the position that you applied for and an offer letter. Please, make sure you open the email. Jangan pula ignore email, pastu koyak tak dapat kerja."
Dah kenapa dengan mamat ni. Ada je yang dia tak puas hati dengan aku. Besar sangat kot dosa aku dengan dia.
Aku ketika itu sedar bahawa doa daripada ibuku termakbul. Aku yakin Allah SWT telah turunkan rezeki dan tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. Tanpa aba-aba, aku cuba untuk mengakhiri sesi temuduga ini kerana aku nampak Encik Dyan menunjukkan bombastic side eyes and criminal offensive side eyes kepadaku.
"Terima kasih untuk segala-galanya hari ini. Saya sangat menghargai dan tiada apa yang boleh balas atas kebaikan encik-encik semua. Sekali lagi terima kasih."
"Most welcome. Please meet me in my office after this ya?" pantas dia menjawab dan mengarah aku.
Ah, sudah. Dah kenapa pulak dia suruh aku pergi pejabat dia. Agaknya dia dapat baca muka aku la tu. Kenapa tak pandai sorok riak muka tu, Dian?
Aku bangun daripada kerusi dan melangkah keluar. Ketika itu, datang seorang wanita hamil yang sangat sarat ke arahku. Aku dapat meneka yang wanita ini mungkin setiausaha kepada Encik Dyan.
"Cik Dian kan?"
"Ya, saya. Ada apa ya?"
"Encik Dyan minta saya untuk bawa Cik Dian pergi ke pejabat dia. Meh saya tunjukkan jalan ya? Sebelum itu, lupa pula saya nak perkenalkan diri saya, saya Nasya, setiausaha kepada Encik Dyan."
Ketika itu, aku jatuh kesian melihat keadaan Nasya yang sangat sarat mengusung perutnya. Aku memintanya untuk memberitahu sahaja kepadaku arah ke ruang pejabat Encik Dyan tanpa dia mengikutiku.
"Eh takpe, saya pun nak ke arah pejabat saya sebenarnya. Boleh la sambil-sambil tu kita berborak."
"Nak berborak ke nak korek rahsia ni? By the way, jangan panggil saya Cik, please." gurauku dengan Nasya.
"Dua-dua hehehe. Okay boleh je. One more thing, random stuff. Saya baru perasan yang nama korang berdua lebih kurang ya. Entah-entah korang ni sebenarnya jodoh.
Aku ketika itu dapat merasakan perut aku mula memulas apabila mendengar benda yang menggelikan deria telinga aku. Itu bukan jodoh, Nasya mungkin hanya bodoh. Aku pasti dia bukan jodoh aku. Awal sangat nak fikir pasal jodoh ni.
"Eh tak mungkinlah. Saya tak minat pun dengan Encik Dyan tu. Dahlah malaun tak sedar diri." tanpa sedar aku mengucapkan perkataan malaun itu kepada setiausahanya sendiri.
Aku ketika itu terkejut mendengar ketawa daripada Nasya. Dia ketawa dengan sangat kuat. Aku memerhatikan keadaan sekeliling ketika itu. Masing-masing sedang membuat kerja dan menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Beberapa langkah aku berjalan bersama dengan Nasya, akhirnya kami sampai jua di hadapan pejabat Encik Dyan.
"Silakan masuk ke dalam pejabat Encik Dyan ya. Saya nak beransur ke ruang kerja saya dulu. Ada masa kita jumpa lagi, boleh borak-borak, gossip terutamanya. Suka betul saya dengan Dian ni."
"Insyaallah, nanti-nanti ya."
Aku melihat plat di pintunya yang tertera jawatan beliau. Dr. Dyan Hayder Bin Dr. Firman Adlan, Chief Executive Officer.
"Perghhh, Dr bai! Gila-gila mamat ni. Pangkat kemain lagi. Ouh padanlah tak nampak Dr Firman Adlan. Rupanya anak dia yang ambik alih. Nampak ayah baik tapi anak dia perangai hauk. Kucing lagi baik daripada dia. Macam mana la hidup aku lepas kerja dengan dia. Roller coaster la hidup aku." bicara aku dengan perlahan.
Tanpa aku sedar, bahaya datang menerpa ke arah aku ketika itu.
Quotes of the day:
"Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma- which is living with the results of other people's thinking." - Steve Jobs.
P/S: If you guys have anything to ask about chemistry, then you are welcome to ask! Benda lain pun boleh tanya.
YOU ARE READING
Bidadari Milik Dyan
Romance- SHORT STORY- 💗 Bahagia itu satu subjek yang kadang kala kekal dan kadang kala tidak. Benarkah kebahagiaan itu milik mereka? "Dyan janji takkan sia-siakan Dian dalam hidup Dyan sebagai seorang isteri. Dyan akan ambil alih tanggungjawab daripada Ab...