SELESA

9 0 0
                                    

aku lemas dalamnya bahari
saat cuba menjadi nakhoda
hampir binasa ditelan hawa
yang dulu aku kira satu nikmat ardi
yang manusia damba
yang iblis suntik dalam dada
yang Tuhan sengaja duga

cuma aku khilaf, sombong beraga
gelora dalam jiwa pun tak mampu aku jinakkan,
masih cuba mengapungkan diri, lupa akan tenggelam.

wahai budi yang utuh
tolong tetap teguh
tolong tetap kukuh
kerana ada hati goyang yang perlu kau pegang.

Nota HatiWhere stories live. Discover now