•Bab 1•

6 0 0
                                    

Jam ditangan menunjukkan pukul 11.00 malam.

Pintu utama rumah mewah milik ibu bapanya dibuka perlahan, tidak mahu membangun penghuni-penghuni yang sedang tidur.

Jaket yang dipakainya dilepaskan. Kaki melangkah ke arah meja makan yang terletak di sebelah tangga rumah itu.

 Kaki melangkah ke arah meja makan yang terletak di sebelah tangga rumah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aria menarik satu kerusi dan melabuhkan punggungnya. Nafas lega dihembus. Akhirnya dia dapat juga pulang ke rumah selepas dua malam dia tidur di pejabat.

Syarikat yang diwariskan kepada abangnya terpaksa dia jaga selama tiga bulan.

Sudahlah syarikat milik mama yang sudah menjadi miliknya harus dia jaga inikan pula syarikat abangnya yang terpaksa dia jaga. Kesudahannya sekarang dia sedang menjaga dua syarikat.

Walaupun tidak mahu, dia tetap terpaksa kerana dia seorang saja yang sudah mahir dalam hal-hal yang berkaitan dengan syarikat dan sudah mencecah usia dewasa.

Adik kembarnya Dhul dan Dayyan langsung tidak berminat dalam bidang syarikat sepertinya dan memilih bidang masakan.

Dhul memiliki cafe sendiri dan Dayyan pula adalah chef yang berkerja di hotel keluarga mereka.

Manakala Adik kembar tiganya Azlan, Ayaz dan Aryan masih lagi meneruskan pembelajaran.

"Hahaha." Suara yang sedang ketawa kecil menyapa gegendang telinganya membuatkan Aria tersedar dari lamunannya.

Dia berpaling ke arah tangga. Kelihatan Ayaz dan Azlan yang sedang santai sambil bergelak ketawa menuruni tangga itu.

"Why are you two still awake?" Aria memandang tajam ke arah Ayaz dan Azlan.

"Terkejut aku, ingat sape tadi." Azlan terperanjat mendengar suara Aria yang bertanya kepada mereka berdua. Tangannya dinaikkan mengusap dada sendiri.

"Nak ambik air haus." Ayaz memberi alasan supaya tidak ketahuan ingin menonton filem bersama-sama dengan Azlan.

"Hah? Bukan kita nak ambik jajan ke? Kan nak tengok cerita." Azlan berpaling ke arah Ayaz dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa bodoh sangat abang aku ni." Bisik Ayaz pada diri sendiri. Dia memejam matanya dan mengurut batang hidungnya akibat tidak tahan dengan perangai lembab abang kembarnya itu.

Aria menggeleng perlahan dengan senyuman kecil. Tawanya cuba ditahan apabila melihat kebodohan Azlan dan Ayaz yang seperti malas mahu melayan abangnya.

"Oh. Enjoy your movie night then." Dia bangun dari duduknya dan jalan menaiki tangga.

"Jangan stress sangat. Nanti waktu peperiksaan hilang semua benda dalam otok tu." Pesan Aria. Dia menebuk sekali bahu Ayaz.

"Hiks, terima kasih ya Allah kerana memberi aku kakak yang memahami." Ayaz menadah tangan dan berpura-pura menangis.

"Wei, kau nangis ke?"

"Kau diam. Malas aku nak layan." Ayaz sambung menuruni tangga. Meninggalkan Azlan berseorangan di tengah-tengah tangga itu.

     Aria membuka pintu biliknya. Seisi biliknya dipandang dengan teliti. Bersih, tidak sama seperti ketika dia meninggalkan bilik itu.

Kaki melangkah ke katil miliknya yang bercadarkan warna hitam. Badannya direbahkan. Sudah dua hari dia tidak tidur di atas katil. Disebabkan itu juga badannya terasa sakit.

Mata dipejam. Baru saja dia ingin terlelap sebelum kedengaran bunyi pintu biliknya diketuk.

"Aria? Mandi dulu baru tido." Aria bangun dari baringnya apabila mendengar suara Datin Freya. Dia turun dari katil dan membuka pintu bilik itu.

"Mama." Aria terus memeluk Datin Freya. Dagunya diletakkan di atas bahu Datin Freya.

Datin Freya ketawa kecil melihat telatah anak perempuannya itu. Tangannya mengusap rambut panjang Aria.

"Aria dah makan?" Dia mencium pipi gebu berwarna putih itu. Aria memiliki paras rupa yang amat cantik.

Matanya yang berwarna hijau, hidung yang mancung dan juga kulit yang putih gebu.  Hanya satu sahaja sesuatu yang tidak ramai wanita ada yang ada padanya, iaitu ketinggian.

Aria memiliki ketinggian seperti lelaki, atau mungkin lebih tinggi daripada lelaki. 183 CM, itulah ketinggian Aria. Hampir sama tingginya dengan papanya, Dato Adam.

"Dah, Aria makan dengan client."

"Kalau macam tu Aria pergi mandi, lepas tu baru tido." Pelukan Aria dilepaskan. Datin Freya membetulkan rambut panjang Aria yang menghalang matanya.

"Hmm, okey." Aria senyum dengan mata yang terpejam. Mengantuk.

"Bye, goodnight." Aria mencium pipi Datin Freya dan masuk semula ke dalam biliknya.

     Keesokan paginya seluruh ruang rumah itu sudah kedengaran bunyi kekecohan yang datang dari bawah.  Dhul dan Azlan yang sedang bergaduh kerana berebut mahu duduk di sebelah Datin Freya.

"Argh takde kau dah duduk sebelah mama semalam, akulah pulak." Dhul menyepak peha Azlan.

Sudah dua jam mereka bergaduh hanya kerana hal kecil itu. Biasalah, anak manja.

Azlan memeluk tangan Datin Freya yang hanya santai menonton tv dan mengabaikan Dhul yang membebel.

Dayyan yang sedang duduk di hujung sofa yang sama hanya bermain dengan telefon bimbitnya.

Aryan pula hanya duduk diam di sofa bujang sambil memandang mereka berdua berganti kemudian menjuling matanya ke atas.

"Mama, tengok abang. Dia pukul Azlan." Adu Azlan. Tangan Datin Freya digoncang.

"Janganlah kacau, mama nak tengok tv ni." Paha Azlan dipukul menggunakan remote tv yang dipegangnya.

Anaknya yang satu ini selalu bermanja dengannya, walaupun terlalu manja dia layankan saja.

"How dare you mama." Azlan melepaskan pelukan pada tangan Datin Freya dan memeluk diri sendiri sebelum berpaling ke arah lain. Sahaja ingin menunjukkan yang dia sedang merajuk.

"Merajuk lah, mama ada lapan orang anak lagi nak kena jaga." Datin Freya kembali fokus kepada tv. Saja dia ingin menyakitkan hati anaknya itu.

"Why are you all so loud in the morning." Kata Aria. Kakinya melangkah turun dari tangga dengan mata yang  separuh tertutup dan masih menggunakan baju tidur.

"Pagi apa ye, dah tengah hari dah." Aryan mula bersuara setelah lama berdiam diri menahan dirinya dari membebel. Aryan dan mulut biadapnya tiada pisah.

Aria duduk di bawah lantai kerana tiada ruang untuk dia duduk di atas sofa. Biskut yang tersedia di atas meja kopi di ambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Aria!" Suara dari tingkat atas membuatkan Aria membuka besar matanya. Dia pandang ke arah Ayaz disebelahnya yang juga memandangnya.

"I didn't do anything." Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"If you did do something I'll make you regret for lying." Jari telunjuknya dicucuk ke pipi Ayaz. Dia bangun dan berjalan naik ke bilik pejabat milik papanya meninggalkan Ayaz duduk di lantai itu seorang diri.

FreyjaWhere stories live. Discover now